Secara jujur aku bukan seorang pencerita politik yang bagus. Aku bukan seorang yang tegar pada satu-satunya aliran parti. Ya, aku boleh dikategorikan ‘atas pagar’ sahaja. Tapi sebagai anak jati Hulu Selangor, aku punya pendapat sendiri yang patut aku lemparkan. Lemparkan? Ah! Itu ayat skema yang jelik! Tukar saja ‘lemparkan’ kepada ‘hempukkan’!
Kenapa aku kurang gemar dengan dunia poliTIKUS ini? Banyak point yang aku boleh tuliskan. Tapi kebanyakannya akan membuatkan aku tidak lagi boleh mengemaskini status facebook selepas ini. Kerana tidak pernah ada kemudahan infernet di dalam tahanan ISA. Ya, dunia internet yang semakin banyak sempadan kerana ada yang takutkan kebenaran.
Hulu Selangor? Pernah hendak ambil tahukah sebelum ini? Kenapa sekarang heboh sana sini dengan Hulu Selangor ini? Selepas ‘kehilangan’ memang satu perkara wajib menabur emas merata-rata jika ingin dipilih sebagai ‘pengganti’. (Maka sebab itu jika inginkan perubahan di tempat anda, bunuh saja w***l r****t di tempat anda!). Yang terbaru RM32 juta pula sebagai taruhan (hello?! Kampung aku sebelah je, xde pape ke? Oh ye.. Lupa pulak kampung aku tak besar, so tak ramai pengundi ye tak?).
Kenapa dulu tidak pernah ambil kisah? Untuk pengetahuan abang-abang (kenalah panggil abang, kalau tak jatuh la ranking panggil pakcik.. Tak bolehlah kawin artis!) yang punya kuasa, kami penduduk disini bukanlah berharap dengan kemajuan yang mega. Tapi cukuplah andai keselesaan itu bepanjangan. Bukan hari ini janji, esoknya lari! Kami tak pernah minta tegak bangunan sana sini yang akhirnya menjadi sarang penagih dadah sebab terbengkalai!
Kebanyakan anak jati disini adalah perantau. Alangkah senangnya hati pulang ke kampung jika jalannya tidak berlubang-lubang! Oh maafkan saya, bukan berlubang-lubang, tetapi berkolam-kolam! Kenapa masih banyak lori keluar masuk? ‘Kepala’ lama yang rumah berjuta-juta itu masih memegang lesen lori haramkah? Tak habis lagi projek masyuk?! Kenapa pengagihan tenaga elektrik sering terputus sementara? Kenapa penerimaan air mentah sering tersangkut? Marilah (sila taranumkan seperti ‘come on..’). Kuno sangatkah kampung kami?
Oh ya (sudah banyak kali oh ya), nama kampung aku FELDA Gedangsa. Orang atasan FELDA, sila semak status pengurus FELDA kampung aku samada layak atau tidak! Dan sila kaji hasil pengurusan dia selama ini. Aku tidak nampak langsung perubahan yang boleh dibanggakan pun. Kenapa setiap kali aku pulang ke kampung banyak sangat cerita buruk tentang dia. Aku masih ingat bagaimana dia anak tirikan orang kampung sendiri dan sanggup memenuhkan kampung aku dengan mat bangla!
Undi tetap rahsia, tapi aku sendiri masih tidak tahu mahu pilih siapa. Jika kesannya tetap sama, buat apa mahu bersusah payah ye tak? Ambil batu, baling saja. Siapa kena dialah ketua! Faham maksud aku? Kalau tidak faham juga, kampung aku ada sekolah namanya tadika. Aku rasa cikgunya sanggup mengambil anak murid lembap macam itu.
Bodoh melantun-lantun.. Umpama bola, makin ditepuk makin naik! Toink toink!
Oh lagi satu, kepada sesiapa pun yang pandai membaca. Anda kena ingat, duit haram akan tetap jadi haram walupun ditanda dengan logo halal!
*maaf jika ada typo, aku masih tak biasa dengan papankekunci skrin sentuh.. image [via]
Dibawah file: akhirnya, artis, Barisan Nasional, cikgu, contoh flyers, contoh flyers pilihanraya, facebook, FELDA, felda gedangsa, gedangsa, hulu selangor, janji tinggal janji, kenapa aku, logo, lubang, Parti Keadilan Rakyat, Pas, penagih, penagih dadah, pilihan raya
politik? buekkkk! childish? peduli apa aku.. hahaha
punya la jelik dgn politik berita pun aku dah skip dh skarang ni. buka part sukan dgn berita lain je. bila keluar politik aku layan axn hahaha
hehe.. kadang2 aku kena amek tau jugak.. karang tertinggal pulak.. tapi aku pun boleh dikatakan tertinggal jugak dengan dunia politik nie.. sebab tiba2 ada pilihanraya kat tempat aku tanpa aku tau sebabnya.. haha.. gile..
memilih pemimpin kita dah jadi tanggungjawab bila dah sampai seru. kalau2 tiada pilihan yang terbaik, pilih yang lebih baik antara yang tidak baik tu.
Betul tu…sejijik-jijik politik,pilih YB pun ada saham syurga atau neraka!
well said
yup.. thanks.. memang saranan yang baik..
betul tu beliamuda…
tempat ko dah jadi pilihanraya kecil ke sepuluh.. sape la calon nye.. nak dekat pilihanraya nanti mesti trafik mencanak nye ni.. peace!
hehe.. tak terfikir pun nak naikkan trafik.. dapat sikit pon ok.. =P
plihanraya kecil sebenarnya pilihanraya besar..semua pemimpin parti nak turun padang kat pilihanraya kecil. masa ni ramai la yang prihatin ketuk pintu tabur janji sana sini. rakyat tempatan kena ambil kesempatan. mintak apa-apa yang patut..jalan, bantuan segala..lepa abeh pilihanraya nanti kirim salam la pemimpin nak tengok balik..tempat aku dulu macam tuh la..tapi masa tuh aku kecik lagi..tak reti apa..tau bagi flyers and amek duet ja..haha
itulah yang aku maksudkan.. lebih banyak tabur dari menuai hasil.. memang dari dulu asam garamnya begitu..
mintak ja bro..titik kow2 time neh..nanti dah tak dapat dah
woit, org hulu selangor, PRK sudah mari. selamat dtg durian runtuh, selamat dtg jalan tar baru, selamat dtg projek baru, selamat menunggu bulan jth ke riba. kahkah. jg diri baik2, jg kg elok2.
hehe.. lu perli ke sokong PKR?
Dalam Parlimen Hulu Selangor ada 3 DUN. Ketiga-tiga dun ni, BN menang. Biasanya pengundi akan undi parti bukannya individu. Ada kira2 3000+ orang yang undi BN untuk DUN tetapi undi PKR untuk Parlimen. Kenapa? Sebab org Melayu pilih kaum jugak, yang bertanding di Palimen mewakili BN tu dari MIC. Kalau BN nk selamat kena letak org Melayu, tp BN ni x berani sangat buat perubahan drastik, selalu play save sampai byk tergadai. Aku harap ramai yang bukak mata, konsep Selangor Negeri Berkebajikan tu aku rasa byk bagi kelebihan kpd orang2 yang berpendapatan rendah atau sederhana. Harap org2 Hulu Selangor sedap. Janji manis BN di Bagan Pinang pun x terlaksana, fikir2kan.
Hidup biar sedap!
Saya setuju untuk kita ambil tahu isu politik ni serba sedikit. Kalau kita tak ambil tahu atau sengaja kita tak mahu tahu, maka senang senang je diperkotak-katikkan oleh politikus yang tak bertanggungjawab. Biasa la time pilihan raya ni, tu nama dia ‘projek segera, cap pilihan raya’. :)
politikk????
bosannn..dulu amik tau..sekarang baca & no komen..aku masih menyokong pihak yang sama.
aku cuma tunggu 1 may nanti macam mana harga minyak ni.. jauh lagi penting. PR kecil ni dok untung yang menang lahh… lantak kat depa yang aku kisahkan sangat harga minyak ni nantiii..oh maii god
undi parti ke 3
ahaha
pasal masalah kmpg tu boleh report kat aduan rakyat tu
oo..org gedangsa rupanye.. selamat mengundi ye nnt..
[...] tentang cerita sebelum nie.. Baru sekarang la aku nampak muka pengurus kampung aku.. Kalau tak ko kemana? [...]