7 Punca Blogger Menjadi Malas

Err.. Malas la nak buat ayat permulaan yang panjang-panjang.. Baca teruslah isi-isinya.. (aku buat macam nie sebab nak bagi contoh blogger yang malas jer) (alasan!!)

1. Tiada Respon

Bila blog tak mendapat perhatin mulalah hilang semangat, lepas tu jadi malas pulak.. Rileks ar bro, kalau nak selalu dapat respon pi main facebook la.. =P Jumlah komen bukan penentu kualiti entry.. Ingat tu..

2.Kekeringan Idea

Yang ini memang selalu jadi alasan.. Ermm?? Aku pun tak tau macam mana nak membanteras gejala kekeringan idea nie.. Pi copy n paste jer lah mana-mana entry blogger yang mendapat respon yang tinggi.. Haha.. Gurau je lah! Banyakkan membaca, baru dapat idea..

3. Server Down

Alamak! Memang tak boleh buat apa lah kan.. Bersabar jer lah tunggu server up balik.. Nak buat apa nak mengamuk sana sini bila server down.. (ciss!! padahal dia lah dulu paling heboh mengamuk bila blog dia down) Penyelesaiannya mudah jer, gunalah yang berkualiti..

4. Keghairahan

Seperti yang diceritakan sebelum ini mengenai keghairahan dengan blog sendiri nie, memang payah nak mencari kembali semangat berblog ni.. Terjadi pada aku sendiri bila aku berhenti seketika dari dunia blog dulu.. Skill merangka ayat semua sudah jatuh ke longkang.. =P So kena ambil masa lah nak pujuk balik mood berblogging..

5. Faktor Masa

Selalu terjadi pada aku.. Yelah, aku kan dapat kerja yang agak berat.. Bila balik jer jadi penat dan malas! Penyelesaian bagi aku, ambil sedikit waktu kerja untuk mengarang satu entry.. Idea aku memang selalu datang time kerja.. Sebab tu 90% entry menteil.net tahun ini dicipta di handset/gadjet aku.. Bila dah siap email, edit dan siarkan!

6. Talian Internet

Ini memang masalah yang sukar dibendung lalu menjadi punca kemalasan pada blog sendiri.. Maka penyelesaiannya aku rumuskan cerita satu bulan dan rangkakan menjadi satu ceritera.. Sebulan sekali update kira oklah! Sekurang-kurangnya rekod satu bulan itu tak tertinggal dalam simpanan archive.. =P

7. Dikutuk, Dikeji dan Dicaci

Aik? Xde respon malas, dah ada respon pun malas lagi? Hehe.. Sapa yang tak bengang bila kena kutuk kan? Apatah lagi bila dikeji dan dicaci.. Bila aku dah tulis nie mestilah ada pengalaman sendiri.. Senang jer.. Biarkan… Hati yang dengki memang seperti bangkai, makin dibiar makin busuk.. So tak boleh buat apa lah..

Tapi jika ia kritikan membina berterima kasihlah padanya.. Kira beruntung lah kan ada yang nak tegur.. Fikir positif.. Itu maknanya kita diambil berat.. Kan tandanya sayang tu.. Hehe..

jangan malas-malas, tuhan tak suka.. =P

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

28 Komen untuk "7 Punca Blogger Menjadi Malas"
  • syahirul June 22, 2010 at 6:55 am

    good entri, jgn jadi mls ye… ko nape mls nak belanje aku nasi goreng sotong kat tepi giant tuh? hahaa

    • menteil June 22, 2010 at 6:56 am

      haha.. datang ler.. aku belanja jer.. no hal la memember…

      • syahirul June 22, 2010 at 6:57 am

        really? hehehe.. mesti dah dapat gaji ni.. bagus2.. leh la aku mintak milk shake chocolate bersama ice blended cappucino.. hahahaa…

        • Melz June 22, 2010 at 7:02 am

          yeeeehah.. no 1 tuh aku pernah rasa .

          aku buat entry bagai nak rak.. tapi semua silent reader. oh sedihnya :P

      • chempaka June 22, 2010 at 7:29 am

        aku ko xnak belanja ke wei.. hahahaha…. dengan tak malunya…

  • chokilala June 22, 2010 at 7:09 am

    eh aku la tu. saya pilih jawapan D, semua di atas. hehehe. tapi kena ikut mood juga, kalau semata-mata nak kuantiti baik xyah. better quality than quantity, for me la :D

  • sendra June 22, 2010 at 8:09 am

    haha..terbailah entry ni..no 1 dengan no 2 tepat2 kena kat batang hidung aku tw..tu lah faktor aku selalu malas update blog..haha,nway terima kasih,kau telah mengubah perspektif aku.

  • [...] This post was mentioned on Twitter by menteil, menteil. menteil said: menteil.net – 7 Punca Blogger Menjadi Malas: Err.. Malas la nak buat ayat permulaan yang panjang-panjang.. Baca te… http://bit.ly/9MN3Kj [...]

  • ashraf June 22, 2010 at 11:11 am

    ko pakai hp model apa? leh karang panjang2?

    eh kemas la komen ko ni…

  • Anarm June 22, 2010 at 12:03 pm

    terima kasih kerana berkongsi semua fakta ni.. :P

  • lazaac June 22, 2010 at 1:32 pm

    lucu jgak bila tgk blogger skrg… kekadang idea takde, main post jer… kualiti faham2 jer.. :) yg penting ada post…

  • Diya June 22, 2010 at 2:50 pm

    Hehe. Macam baru perasan, menteil dah makin aktif berblog. Bagus2 ;)

    Diya start bulan april baru ni macam slow down sket bab update blog, mula nya ingatkan sebab faktor masa. Yelah, masa tu bizi ngat ngan study. Tapi, bila da tak bizi, rasa macam aikkk apesal still malas nak update nih? Hihi. Mungkin faktor diya dah terbiasa update di blog private kot =p

    • menteil June 22, 2010 at 3:39 pm

      Idea tengak mencanak nie la boleh update.. Lepas nie kemungkinan besar akan sepi kembali . Hehe..

      Itulah.. Sampai kita pun tak di bagi bacanya.. Hehe..

  • RozaniGhani June 22, 2010 at 3:18 pm

    Apsal 7 je? Baik cukupkan 10.

    • menteil June 22, 2010 at 3:41 pm

      Idea dalam kepala otak nie ada 7 je yang boleh fikir.. Mana tau saudara nie boleh tambah lagi 3 untuk dikongsi bersama pun lagi baik..

  • beliamuda June 22, 2010 at 10:45 pm

    nak komen rasa malas lak.. haha.. ok, dah terkomen jugak.

    kemalasan ni boleh kata sinonim dengan hilang kenafsuan untuk menulis entri la kan… kiranya mati hujung jari.. err.. :P

  • Azah June 22, 2010 at 11:27 pm

    aku dah la malas, tambah lagi dengan malas. pastu makin la malas. kesudahannya, tak berupdate. haha… aku setuju dengan pendapat saudari choki. D: semua di atas. :p

  • azizan4444 June 23, 2010 at 8:24 pm

    2 dan 6 tu slalu je aku alami..feel nak update down klu line internet slow..

  • encik luth June 24, 2010 at 1:31 am

    hehehhe nampaknya takdak lg tanda2 mcmtu kt diri aku. wohoohoh

  • naz June 24, 2010 at 11:15 pm

    nice! just nak story, kalau blogger oversea yang malas diorang curi feed blog lain, then diorang buat *Autoblog + Adsense. tiap tiap bulan income masuk (income haram) hoho

    *dont try this trick at home

    • aidilx June 27, 2010 at 3:18 pm

      ada gak eh stail camni? wah!

  • h3r0 June 24, 2010 at 11:40 pm

    memang ada betul apa yg dikata…

  • aidilx June 27, 2010 at 3:17 pm

    1.keghairahan aku berblogging hilang
    2. Faktor masa
    3. Xda theme yang lawa untuk menarik hati untuk menulis.. (ni mmg alasan sgt²..haks)

  • mijie June 28, 2010 at 9:07 am

    bila baca entri ni, no 6 dgn no 7 tu yg aku alami…sampaikan dah sakit jiwa yg teramat….

    tapi blogger mesti diteruskan

  • .::wanie::. June 29, 2010 at 5:03 pm

    kesemua yg di atas

  • Azuan June 29, 2010 at 6:35 pm

    Inilah yang pernah terjadi kat aku, malas nak update blog.. ngah mencari kerajinan lak.. hehe

  • c.putih June 30, 2010 at 1:20 am

    situasi yang same.malas la kengkadang bagus jugak crik mood ni=)

  • fazamania August 28, 2010 at 4:42 pm

    malas sebab xde bahan….keh keh keh

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog