
Bayangkan (baca dengan kuat perkataan ini), aku seorang artis, lagenda dan selebriti dunia blog.. Dan bayangkan lagi aku diletakkan disebuah meja yang dipenuhi microphones pada sebuah sidang media yang turut dipenuhi dengan wartawan² yang tidak sabar mendengar jawapan dari aku.. Sudah dapat bayangkan? Ok, aku tahu intro ini sangat keji.. Mari ke perenggan seterusnya..
Sebab utamanya; minat menulis, walaupun penulisan aku tidak tergolong dalam tahap sasterawan.. Memang dari sekolah aku minat menulis, jadi untuk mengikut arus aku tukarkan pena kepada papankekunci.. Dalam masa yang sama, aku suka berkongsi apa yang aku rasakan dan pendapat yang aku luahkan.. Sebab itu aku buat didalam blog bukan di diary.. =)
Memang aku bermula dari wordpress secara serius.. Bukan mahu berlagak, tapi aku sudah nampak keseriusannya aku berblog dengan menggunakan wordpress.. Aku mementingkan kekemasan bila berblog, jadi pilihan aku pada wordpress memang tepat.. WordPress juga mudah untuk diselongkar isi dalamannya.. Mana aku tahu pasal SEO semua bagai masa itu, sebab aku menulis pun semuanya pun syok sendiri!
Jujur aku katakan aku tidak pandai mengendalikan blog dengan platform blogspot.. Bukan tidak pernah mencuba, malah sudah banyak kali aku lakukan percubaan dan kebanyakan hasil adalah lebih terarah kepada kegagalan.. Jadi aku tabik pada mereka yang bijak mengendalikan blogspot ini.. Tahniah diucapkan.. Aku? Sudah putus asa..
Ada yang anggap aku nie romatik dan berpuitis, tapi tidak benar sama sekali.. Ada juga yang anggap aku ini serius dan sombong, juga tidak benar dan dibangkang sama sekali.. Mungkin pemikiran aku yang berbeza.. Selalu disalah anggap dengan apa yang dimaksudkan..
Oh ye.. Aku bukan blogger suka tayang muka (apatah lagi muka buat-buat comel).. Aku takut ada yang muntah kaca nanti.. Tayang body lagilah tidak, nanti ada yang cakap aku bawak piano atas badan pula.. Tapi apa yang perlu korang tahu, identiti aku sebenarnya agak jauh berbeza dengan dunia internet.. Aku di luar sangat jahat tahu?
Jika anda stalker berjaya, bukan susah nak cari muka aku nie.. Bukan niat mahu sorokkan identiti, cuma aku tidak selesa dengan menampal muka sendiri di blog sendiri.. Lagipun aku mahu pembaca menilai penulisan aku dari kekreativitian penceritaan itu sendiri, bukan membaca kerana aku kacak! Ok, aku dah melebih.. Abaikan ayat terakhir itu walaupun ada tersiratnya..
Aku adalah blogger yang sangat payah menyertai mana-mana komuniti.. Mendaftar atas talian, ya.. Turut serta aktiviti, tidak.. Aku sedar kepentingan menyertai sesuatu komuniti ini.. Mengembangkan sayap blog kononnya selain mengenali antara blogger.. Tapi kenapa aku tidak turut serta? Tiada jawapan yang pasti..
Aku akui disaat bermula terciptanya blog ini aku sangat teruja hingga timbul rasa ketagihan ini.. Bayangkan jika dahulu 90% masa melayari internet aku adalah dihabiskan dengan blog! Jika tidak melawat blog orang lain (dengan harapan sangat tinggi tuan punya blog akan singgah ke blog aku dan tinggalkan komen), aku akan mencari idea menulis entry baru ataupun geledah tema blog ini sehingga berpuas hati.. Jadi nasihat aku, berhati² dengan masa..
Serius semasa aku cipta menteil.net ini sikit pun tak terlintas pasal pulangan yang aku akan dapat dari blog ini.. Ye lah, jika tidak masakan aku berani laburkan duit yang banyak semasa membeli hosting dulu.. Nampak? Keikhlasan itu penting dalam dunia blog nie.. =) Jika hari pertama buat blog dah terbayang duit jer, memang sampai ke sudah tak akan jadi la.. Belajar bertani dahulu sebelum inginkan buah.. Ingat tu adik-adik.. Hehe..
Ya aku mengaku aku pentingkan populariti blog ini dahulu (dan sekarang pun, cuma tidak seghairah dahulu).. Kenapa? Sebab aku mahu orang baca penulisan dan penceritaan aku.. Tanpa populariti, macam mana orang boleh membaca blog aku.. Betul? Dan ya, aku tidak dapat mengekalkan populariti itu kerana tidak dapat memberi keutamaan dalam dunia blog atas urusan harian yang padat..
Maaf, aku ingin selitkan sedikit info dari buah fikiran aku sendiri disini.. Sekarang, untuk mendapat populariti sudah dicabangkan dengan pelbagai cara.. Ada yang dapat dari penulisan blog itu sendiri dan ada yang dapat dari promosi percuma pihak ketiga..
Dari penulisan juga dipecahkan pada dua bahagian.. Satu; penulisan yang baik, hebat, menarik dan kreativiti penulisan itu sendiri.. Kedua; penulisan yang kurang enak seperti kontroversi murahan, kata cacian, kutukan dan bermacam lagi.. Perkara ini sering berlaku dan aku percaya tidak perlu memberikan contoh untuk buat anda percaya.. Abaikan gosip, kerana penulisan tentang gosip memang selalu dicari..
Maksud aku populariti dari bantuan promosi pihak ketiga ialah akhbar, majalah, media elektronik dan komuniti.. Ini adalah berkat usaha seorang blogger itu sendiri bagaimana mereka mahu ditonjolkan.. Populariti itu juga boleh diterima dengan bantuan blogger lain yang turut sama mempercayai kualiti sesuatu blog.. Barang hebat sudah tentu perlu dihebah, betul? Itulah maksud aku.. Contest? Ini juga cara mudah untuk sebuah blog berada kekal dalam popularitinya.. Caranya sila fikirkan sendiri.. Dalam banyak cara diatas, apa yang aku nampak komuniti adalah cara yang paling berkesan kerana ianya berkekalan..
Betul SEO ini salah satu cara membantu menaikkan populariti sebuah blog secara tidak langsung.. Cara yang paling mudah yang selalu digunakan adalah permainan kata kunci (keyword).. Dan aku mengaku pernah menggunakan permainan kata kunci ini secara ekstrem.. Tetapi sampai suatu masa aku insaf (cheewahh) dan membuang beratus² kata kunci yang sama sekali tidak berkaitan dengan entry (mungkin ada yang tinggal seketul dua).. Lihat pautan.. Pendapat aku; tak salah menggunakan penipuan cara halus ini jika berniat baik, tetapi berpada² supaya dapat mengekalkan kualiti sesebuah blog itu.. (akan diceritakan akan datang jika rajin)..
Sekarang kita berbalik pada menteil.net
Tiada pencapaian yang boleh aku banggakan selain mendapat penghargaan dari pembaca aku sendiri, dapat mengumpul pembaca tetap, dapat berkenalan dengan insan² hebat.. Aku juga ada mendapat seketul dua email maklumbalas dari pembaca senyap blog ini.. Dan hanya inilah pencapaian yang aku dapat dari menteil.net.. Tiada anugerah dan tidak pernah mencuba untuk bertanding kerana aku tidak pernah terfikir blog ini layak dicalonkan..
Aku menulis secara santai dan aku menganggap blog ini sebagai pengantara si tukang cerita (aku) dan pendengar (anda).. Jadi penggunaan bahasa pasar sering berlaku di blog ini, TETAPI (baca dengan tegas) aku seboleh²nya tidak sesekali akan mencemarkan bahasa ibunda s3p3t1 1N¡.. Curahan idea aku tidak stabil, terkadang aku mesra dan kadangkala terkurang ajar.. Baiklah, persoalan ini mudah dijawab iaitu Bahasa Melayu (pasar, dialek harian), yang lain itu sebagai pelengkap perenggan sahaja.. Dan lagi satu, aku suka bereksperimentasi dengan bahasa..
Aku tidak pernah ceritakan perkara ini (eksklusif kononnya).. Insan yang betul² menarik minat aku buat blog adalah Khai.. Sebelum aku buat blog, agak lama juga aku menjenguk blog dia (sebelum wujudnya justkhai).. Dan otak aku diracun olehnya dengan satu artikel (aku sudah lupa yang mana) supaya membina blog.. Dan aku mengaku ketika awal kemunculan, aku banyak membanding dan meniru serba sedikit paparan blog dia.. Sebenarnya aku gunakan blog dia seperti bahan rujukan..
Dari segi penulisan, aku lebih terarah dengan gaya Mohd Ismail (mohdismail.net) dan Chika (aku dah lupa url dulu).. Jadi gabungan dua gaya inilah wujudnya menteil.net pada awalnya. Dan gaya penulisan aku berubah sedikit demi sedikit untuk mencari sebuah originaliti.. Siapa yang boleh mengesan gaya penulisan aku, tepukan ikhlas dari aku.. Perkara ini agak rumit untuk dikategorikan.. Ada juga aku terasa gaya penulisan aku ditiru, tapi itulah seperti aku katakan tadi perkara ini agak rumit untuk dinilai kerana ianya tidak dipaten untuk jadi milik individu.. Jadi, biarkan..
Tiada siapa yang menjadi guru aku dalam dunia blog ini.. Tiada siapa yang ajar aku buat blog dan tiada siapa mengajar aku untuk menulis blog.. Semua atas usaha sendiri dan bantuan Encik Google.. Ada juga aku bertanyakan pada yang lebih pakar, itu pun selepas penat mencari jalan penyelesaian.. Pengajarannya, usaha sebelum meminta.. Baru ada kepuasan berganda! Betul, aku tidak menipu..
Aku buat blog ini dulu ketika aku sedang menjalani Latihan Industri, sewaktu aku sedang belajar.. Punya banyak masa untuk diisi.. Jadi aku buangkan masa itu pada blog.. Kini aku sudah berkerjaya.. Betul, aku sudah tiada masa untuk bercumbu dengan blog sendiri..
Idea? Mungkin juga.. Aku seperti sudah buntu memikirkan cara.. Apa yang perlu aku tulis? Apa yang perlu aku kupas? Selalu aku menulis separuh jalan.. Mungkin curahan aku pada dunia sudah kehabisan idea.. Mungkin semua yang aku ingin sampaikan sudah dilepaskan.. Ya, memang banyak kemungkinan..
Bosan? Ada juga.. Tapi kadangkala masuk juga menjenguk.. Entahlah! Aku pelik kemana hilangnya keghairahan dulu.. Seperti ada pasang surutnya pula.. Kalau dulu seminggu tak update huru hara jadinya, sedaya upaya merangka cerita.. Sekarang? Enam bulan tak update pun tak kisah! Entahlah!
Dulu ada kenalan blog pernah mengupas isu blog sampah dan aku bangkang sekerasnya pendapat dia.. Mana mungkin blog disampahkan.. Blog adalah hak individu, penyampaian dan penceritaan adalah kuasa individu itu sendiri.. Itu apa yang aku fikir dulu.. Sekarang aku sudah faham dan mengerti apa yang ingin disampaikan beliau dan aku bersetuju adanya segelintir blog yang boleh ditongsampahkan! Mahu aku cerita lanjut? Tak perlu, lihat saja sekeliling..
Semasa aku berblogging dulu komuniti itu tercipta secara automatiknya.. Tiada pergaduhan (jika ada, boleh dibilang dengan jari), tiada cemburu buta, tiada masam muka, tiada huhu haha (macam lagu malique pulak), tiada isu credit sana sini, tiada isu copy paste dan macam² lagi.. Walau langsung tak bersua muka, tak tahu rupa, masih ragu dengan jantina, kami masih tetap bersahabat dalam dunia maya ini.. Sekarang jika tidak menampal gambar sendiri boleh dicop pengecut pula.. Pelik kan?
Aku berblog sebelum kekalahan teruk BN semasa PR di zaman pemerintahan Pak Lah dahulu lagi.. Dipercayai kuasa blog antara faktor utama penyumbang kemenangan pembangkang.. Aku yakin sejak itu medium blog ini dipandang tinggi oleh media arus perdana.. Dan sejak itu berlakunya pertumbuhan blog yang begitu deras.. Maka, terciptanya blog diatas minat sudah boleh dikira berapa banyaknya.. Yang lain hanya mengikut, mengikut dan terus mengikut..
Berblogging semata² mahukan pulangan? Aku tak salahkan mereka ini.. Mungkin fikiran mereka sudah diracun oleh entah siapa yang mengatakan blog ini adalah jalan mudah untuk kaya.. Biarkan.. Tapi tahukah anda dengan adanya pemikiran beginilah tertumbuhnya dengan lebat blog yang dikategorikan sampah seperti yang aku katakan tadi? Jawapan aku; Ya! (dengan yakin)..
Soalan nie macam kelakar pun ada.. Masih ramai yang beranggapan berblogging ini hanya untuk suka².. Walaupun kita sebagai blogger sendiri tahu dengan blog ini kita dapat belajar pelbagai ilmu yang berfaedah.. (terpulang pada individu bagaimana menggunakannya).. Jadi jawapan aku untuk soalan ini, insya-Allah blog akan dinaiktaraf kepentingannya seperti yang pernah aku imaginasikan di enrty Dunia Blog 10 Tahun Lagi (lihat pautan).. Siapa tahu?
Walaupun aku sering bergurau mengatakan aku blogger pencen, tetapi tidak pernah terniat untuk bersara atau kata lainnya berhenti menulis blog.. Selagi aku masih bernafas aku tidak akan berhenti walaupun sudah tidak sekerap dulu.. Ramai rakan seangkatan aku dulu sudah meninggalkan blog, tapi aku akan terus berjuang didalam arena blogging ini.. Sehingga dunia blog malaysia ini dimartabatkan, insya-Allah..
Sekian sahaja entry poyo dari aku.. Banyak sangat yang aku kupas.. Walau mahu dicerita memang tak akan habis.. Jika anda perasan isi²nya, ambil dan simpan jika mahu, buang dan tinggalkan jika tidak suka..
Akhir kata dari saya, ada soalan lain? Hehe..
Dibawah file: apa itu blogspot, buat duit dengan blog, cara popularkan blog, dunia blog malaysia, dunia blog sekarang, identiti penulis blog, idola dunia blog, kenapa blogspot, kenapa wordpress, ketagihan blog, komuniti blogger malaysia, mengatasi ketagihan blog, menjana pendapatan lumayan dengan blog, mentor dunia blog, pedapat dunia blog, penggunaan bahasa dalam blog, permainan kata kunci, permainan seo, populariti blog, rujukan dunia blog, sidang media, soal jawab, sorok identiti
Erkk! Tiada Komen Lagi Untuk Entry Ini..
waaahh aku org petama ke tulis komen ni….lame dh x tgk blog ko….seperti biase…penulisan y menarik…… :) sejak blogger jd femes dlm tV,aku dh jarang menulis…..walaopon penulisan aku tadek kaetan langsung ngan dunia apetah lagi negara kite~ hahahhahha….
Walaupun dah lama, aku still kenal kau.. kau antara orang terawal aku kenal dalam dunia maya nie.. sejak zaman forum lagi.. =)
Kau dah kawen kan?
taw xper….ni y wat aku sayang ko lebeyh ni~ hahahaha….a’a aku kawen ujong bulan 1 ritu….tgh sabar menunggu kelahiran cahaya mata ni~ ahaks….*padahal bru 3bulan* eksaited terlebeyh :P
Salam…wah rindu nak komen di blog ni…
First of all, rasanya typo ‘dialeg’ sepatutnya ‘dialek’..hehe
Keduanya…memang terasa perubahan antara blogging zaman aku mula dulu sekitar 3 tahun lepas dengan sekarang…dlm masa 3 tahun je bro..lagi 10 tahun ntah mcm mana la…
Apapun love this entry so much..setuju ngan semua point..keep on writing bro..:)
Haha.. betul².. aku pun ragu² dengan dialeg tu.. thanks.. akan dibetulkan nanti..
Yup.. baru sekejap dah macam² jadi.. nak carik semangat macam dulu bila berblogging ntah hilang kemana..
Thanks..
memang susah nk dpt mood dlu tu~ aku ni mood menulis y ilang gare2 isu2 bloger jd glemer dlm buletin utama dlu~ hahahahaha…. **tetibe**
nahh..kemain panjang lagii.. skang saman sorang 18blog..no wonder la bersepah semak sangat..kehkeh
Jika seorang boleh menguruskan 18 blog, itu boleh dikira hebat!
Walaupun blog dah berkembang pesat, tapi aku masih susah nak jumpa kawan ofis atau kwn kat universiti aku yg ada blog, bila jumpa takleh nak sembang2 pasal blog,maknanya masih ada ruang kosong utk blog berkembang lagi, secara positif.
Ya, aku setuju juga pendapat kau..
Jadi silalah bergaul dan berkomuniti, jumpa kenalan blogger di luar sana.. hehe..
Aha. Ini cerpen!
Aku rasa harus aku buat entri balasan kepada penulisan kau ni. Sebagai sokongan cara blogger, cara kita, cara aku.
Silakan.. tak sabar aku nak baca.. =)
Panjangnya.. Memang terbaik…
Lama tak update blog nie…
Apapun, aku sokong apa yg ko tulis…
Tp aku lebih suka cara penulisan mohdismail.. Tapi syg skrg dah pencen..
Bukan dia pencen, lebih kepada blog hiburan =) ada yang personal, tapi aku lupa pulak apa address nya..
Recievo.com tue ke? Tp kurang update gak…
[...] ini balasan pada entri orang karang, menteil mulakan aku hanya sambung cerita, kenangan aku dari dulu sampai sekarang, dan disambung hingga saat aku [...]
Puas baca entri ini – cara kita zaman kita. Kita bertahun kenal rapat melalui ‘identiti’ blogger masing² , masihg2 hormat hak privasi masing² dan bertahan sekadar apa yang perlu saja
Tak perlu nak mention BFF tetapi ada bila diperlukan.
Samalah, Kak Jie selalu cakap nak jadi blogger pencen tetapi tak mungkin kot…cuma mengurangkan aktiviti di blog, cuma tidak mahu nampak terlalu ketara kehadiran dalam dunia blog. Priority kehidupan yang berubah.
Terima kasih kerana puas.. saya pun puas hati bila ada yang puas baca.. =)
Ya lah.. mana mungkin dapat menahan jari yang menggeletar mahu menulis sesuatu..
mana like buttooooonnnn :p
Ambikk, sekali tulis dah 5 muka surat, tapi best baca dari awal sampai habis.
Betul la tu, aku setuju dunia blog dah berubah, kita sebagai penulis blog pun berubah mengikut prioriti kehidupan macam kata kakjie.
Btw, aku admire juga blog ni, minat dgn gaya penulisan yg sempo. Susun atur blog pun kemas. Aku pnh cuba theme ni, tapi footer die tak center. Last2 aku tukar theme haha
Terima kasih..
Aku rasa masalah footer lari tu sebab sidebar.. aku pun dah lama tak godek theme nie..
akhirnya Menteil dah kembali =) kita sama, blog wujud berpunca daripada salah seorang blogger yg berpengaruh di kalangan remaja
Terima kasih untuk kau yang tak jemu mengintai blog ini.. =P
zaman blog dulu tak sama dengan zaman blog sekarang.aku pun tak tau kenapa.haha
dulu lain ma..blogger zaman sekarang ni memang pelik dibuatnya. Lama gila ko tak menulis. Ko kerja apa sekarang wehh..
Aku masuk line management.. kadang2 ada jugak masa, cuma mood nak menulis tu x penah nak ada.. hehe..
janganlah pencen, hehe
Kadang sampai satu tahap cemuih dah nak memblog. tapi bila baca balik komen2 tu yang jadi naik balik semangat. Teruskan berblog!
Nah… sekali tulis… panjang berjela.. hahaha.. hang antara blogger terawal aku kenal sejak aku di zaman blogspot. blog ni jugak antara salah satu blog aku wajib baca masa aku bujang dulu. sekarang dah lain. singgah gak la.. tapi nak komen tu payah skit. skill nak komen pon tak macam dulu dah… semua dah tumpul.
ape pon… entri best… mengingatkan balik motif aku menulis blog. haha.. thanks!
sama juga… blog ini dan juga blog bro antara blog terawal… :)
suke baca blog ne….walaupun u tulis panjang menjela, tp i ttp suke baca…yg paling suke sekali topic”cinta pertama” coz i dpt nasihat dr frendz yg reply…
aku asyik baca je entry ni tapi lupa nak komen hehe, weh jgn la behenti menulis. syg woo :D hehe
Panjangnya tapi best membacanya,,,
lama tak menjengah sini. apabila berubah gaya hidup tabiat pun kena ubah. kau antara yg terawal aku kenal masa mula-mula start blogging. rasanya masa aku start dengan blogmas. rasanya wujud lg blogmas tu cuma x update wordpress version.
salam kenal….saya first time sampai ke blog ni, melalui blog kak jie…panjang gila entri ni, tapi baca gak dari atas sampai bawah, sebabnya cara penyampaian yang sempoi…
saya pun berblog sebab minat menulis, plus minat membaca..so apa yang orang tulis, saya baca..tapi kalau jenis yang ejaan pun ke laut, memang terus tekan pangkah kat atas tu la gamaknya..
p/s; suka theme blog ni…sangat kemas..sedap mata memandang..