Macam biasa, aku suka merungut.. Merungut dengan perangai orang yang tak pernah surut bikin kepala otak serabut! Yang bikin hati membara lebih puaka dari lipan bara.. Yang bikin hati kacau sekacau burung berkicau.. Er… Ok! Stop mengarut dalam merungut. Apa? Aku kedekut?! Aah! Aku memang kedekut, so?!!
Tapi dorang tak terfikir ke kenapa dan mengapa aku kedekut? Aku kedekut mestilah ada sebabnya..
Aku bagi contoh kalau aku bagi pinjam barang.. Janji nak pulang 3 hari lagi.. Cukup 3 hari tak nampak lagi barang yang dipinjam.. Tak apa lah kan.. Sabar lagi… Hari ke-5 baru nampak, itupun setelah diminta beberapa kali.. Memember, no hal lah kan!
Selang beberapa hari nak pinjam lagi.. Oh.. Biasalah manusia memang suka diberi daripada mencari.. Lagipun manusia mana pernah puas dengan sekali.. Kali pertama boleh dapat, makanya kali kedua mestilah mahu lagi.. Seperti janji sebelum ini, 3 hari lagi mesti pulang.. Tapi janji mulut puaka, paham-paham jer lah!!
Setelah menyedari sikap si peminjam, dah tentulah kita akan rasa sangsi untuk memberi lagi kan?? Maka dengan itu terkeluarlah bermacam alasan dari kita untuk mengelak dari status ‘pinjam’ bertukar kepada ‘harta sendiri’ !! Betul?? Kenapa tak berterus terang jer? Ini semua mestilah soal menjaga hati.. Payah!!
Tapi yang tak syoknya bila balasannya macam nie;
“ahhh!! Sudahlah… Tak payah nak berdalih lagi la beb!! Cakap je tak nak bagi! Kedekut punya orang.. Haa.. Bawak la harta ko tu masuk kubur!! Elok la ko berkawan ngan Haji Bakhil!!”
What the heck!!!!
“Kalau aku betul-betul Haji Bakhil dah tentu dari dulu lagi aku tak bagi pinjam jahanam!!!!”
*Created; May 9, 2010 @ 07:26
Dibawah file: aku memang, akumemang, contoh, Haji Bakhil, ipin, kawan, kebaikan kedekut, kedekut, kenapa manusia kedekut, kenape awek kedekut, manusia kedekut, menjaga hati, orang kedekut, perangai manusia, pinjam, puaka, start
yang lagi hantu, pinjam duit tak reti nak bayar. time nak bayar, cakap pinjam kurang daripada yang diminta. oh, sungguh hantu la perangai semacam itu.
ok jugak tu.. aku kena langsung hilang tak nak bayar..
ada RM20 jer beb, boleh hilang terus senyap..
kalau betul tak boleh bayar, bagitau je la ye tak.. boleh la kita halalkan..
kalau diam tu yang buat sakit hati..
jumpe kat akhirat je la dgn org2 cmni…. XD
aku pernah bayar jersi utk 1 team bola lebeh 1k..yg bayar blik separuh je..blom dikire hutang kwn2..sabar je la…
hahaha.. dah masak dgn perangai member mcm ni.. skali dpt, nak dpt balik-balik.. tp bila dah tak kena bg, mula lah nak bermulut puaka.. memang hantu betul..
[...] This post was mentioned on Twitter by menteil. menteil said: menteil.net – Aku Memang Kedekut, So?!: Macam biasa, aku suka merungut.. Merungut dengan perangai orang yang tak p… http://bit.ly/bnxEJJ [...]
hoho..mmg gitulah..ade member2 yg mase nak pinjam..bak menanam tebu diatas bibir..sungguh manis..uhuk uhuk..
menteil, pinjammm ipong
wahahahahahaa…. sah2 ko dah mentel ngan perangai mereka2 itu..
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. (39) – Surah Saba’”
sabo.. jek laa menteil ngan perangai diowg tuh.. rase2 kne tegur tuh.. ko tegur jek laa k…
Bab bab meminjam ni memang sensitif, kekadang tu boleh hilang member. Tambah plak kalo pinjam duit, pinjam barang boleh tahan lagi. Kalo duit memang sakit hati bile tak dipulangkan dengan macam-macam alasan ngarut tak masuk akal diberi.
ada awek nak pinjam hati aku tp malangnya hatiku sudah ada yg punya..hehe
apekata suruh dia pinjam hati aku pulak? =P
haha… sama je mcm aku ni… rajin bg pinjam org tp org tak pulang balik ramai… rasa mysesal plak kasi pinjam…
waa…marahnya
tenang2..boleh bawak bincang;)
jenguk2 lah blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
huhu~ ade orang bila pinjam, elok jer
bile pulang xde rupe
sedih gak :(
kita sama bro..lagi2 kalau bab duit..ingt aku ni tukang cop duit ke nk pnjm byk2, pstu lmbt byr
naseb baek aku dah bayar semua hutang:)
lega rae..
tenang r..6t satu ahri 6t ad lah org bayar hutang kita tu..juz wait n see je..kita da wat baik kat org..6t org wat baik plak ngn kita..
lagi satu jangan jadi penjamin kalo orang nak buat pinjaman. kang hidup kita bayar hutang orang je..
yup.. pernah orang kata walau adik beradik sendiri.. tapi tulah, kalau tak tolong dikata tak mengenang jasa pulak..
dilema tu..
haaa…sgt menyampah klo org pinjam brg kte x reti nk pulangkan balik. bukan main payah lak tuh nk pulangkan. jd kan cam peminta sederkah jek mintak blk brg kte dr dorg..puiii.
better jd kedekut drpd sakit hati…kan kan..hehe
betul! padahal barang sendiri tu, jadi pengemis untuk barang sendiri pulak..
Tu le tak kasi pinjam kita dilabelkan Haji Bakhil..
Bagi pinjam bukan tau pulang..
x nak fikir pasal ni…
menyakitkan hati..
dahlaa pinjam barang org, pergi hilangkan plak tu, pastu x nak ganti balik..
apa punya manusia daa..
so better jd kedekut..
wah.. azah amin kah?
sudah berdomainkan .my
pinjam domain.. =P
wow~ mesti byk duit.. hahaha… XD
huhu..ada org pinjam ngn aku, sampai skrg tak pulangkan…jahat betoi org tu
xbagi mengata bagi buat harta pulak susah2
aku pun kedekut gak.. hiks…
entry ko ni buat aku ingat aku pinjam novel kawan aku bertahun2 dah.tak pulang2kan LOL HAHAHA. kejam sungguh. habis dah mmg tak jumpa lepas pinjam tu ha.nk buat cmno?
tp benda paling aku elak, pinjam duit atau meminjamkan orang duit aku. 10-20 takpe. 100-200 kalau, goodbyeeee lah. hahaha.
tp bab2 duit ni ah orang paling liat dowh. kalau kata tunda 2-3 kali tu, baik ko culik dia siap2 paksa bayar jugak hahaa. kalau tak,sampai sudah tak bayar ha
oraang tu cakap suruh pas je novel tu kat aku.. sebab dia dah tak minat lagi dengan novel tu…
sekian.. huhu..
huh! kalau colek dia ada harga takper.. ini duk colek dia kena sara pulak hidup dia sebab takde sape yang kisah dia hilang.. =P
bagi pinjam CD 20keping, balik 15 ja
bagi pinjam duet rm200, balik rm100 ja
leh amok woo ceni
He he he! Memang itu lumrah dunia. Apa boleh buat, kita jer kena hati-hati walaupun dengan kawan sendiri.
p.s: Baju hadiah contest Niagakit dah dapat tak?
dapat dah… tengok sini
http://menteil.tumblr.com/post/570811524/hadiah-saguhati-untuk-peraduan-ulasan-niagakit
dan ini digayakan dengan kacak sekali
http://www.facebook.com/menteil
thanks… =P
Tak salah jadi orang kedekut. Asalkan memang perlu dilakukan.
oh..
jap nnti aku pergi byar balik hutang aku…
haha
[...] Hirrahman Nirrohim…. Lepas kene sindrom Monday blues kene plak sindrom Tuesday Mentel. Mana tak menteil, kalau dah semalaman dari semalam kene siapkan report presentation boss. Hari ni dia nak pergi [...]
haha. betol-betol. kengkadang, kita lak yang malu dan segan nak mintak balik. tapi, kena wat dek jer mintak balik.
lagi satu, kalo kita simpan duit gaji @ scholar pun, orang cakap kita kedekut. padahal, kita bukannya kedekut, tapi berjimat., ahaks ;)
betol..ader awek pinjam hati aku..dah dipecahkan nyer jadi seribu butir ader lak nak di gam balik..takyah ler,buat sakit ati jer.
p/s..ader sesaper kat sini still available tak??
bila kita bagi pinjam ok je.. bila nak pinjam barang dia lak dia kedekut. sepatutnya toleransi la sikit. waktu dia nak pinjam dulu, terkedek-kedek dengan muka seposen,bila turn kita., hampeh.
ahaha kenapa ni
membe buat hal ke
sapa pun tak suka org jns camtu
Ana kudukut lah..
ada gak orang macam ni eck…. hampeh tul kawan ko tu…
hehe..banyak kisahnnya kalau bab-bab kedekut nih..
hahaha sebenarnya dia yg kedekut nak keluarkan duit beli barang tersebut
adat peminjam la…kalau nak pinjam kn hantar balik
aku suke bg pinjamkab barang ke duit ke kat org
tapi aku tak suke pinjam rete org lain
dan disebabkan kebaikan aku tu la, aku selalu jadik mangsa
buat baik dibalas ngan alasan dan penipuan
dan yg terakhir menjadikan aku serik dan kedekut tak beringat
salah ke kalau nak buat baik?
kecewa sgt rasenye :(
hahahahhahaha,,,,,,,,aq pon same?tnsion gk klo org pnjm brg aq?……time nk pnjm pndai dtg umh aq…….ble nk plang…..smpai b,buln2…..dah 2 plak aq kne amik sndiri blik…..mmg bangsat r bdk xrety kenang budi cm 2