Aku Rindu

Aku rindu.. Betul.. Aku rindu untuk menulis begini.. Menulis berkhayal bersama akal dan nafsu yang saling bergomolan.. Kini ia sudah hilang.. Hilang dalam keserabutan angka-angka dan kata-kata.. Yang sekarang ini bahasanya sering dikacukkan.. Aku rebah.. Aku sendiri hanyut.. Tidak mahu aku salahkan akalku yang menurut alam.. Nanti dikatakan aku tidak ‘cara’, tidak ‘terkemas kini’..

Dulunya aku takut.. Takut orang tidak suka.. Ah biarlah! Biarlah aku menulis secara santai.. Baru orang suka.. Sekarang orang sudah malas berfikir.. Mensuratkan yang tersirat sangat memeningkan.. Apa mahu susah, cakap saja terus terang! Tapi aku lalai.. Terus hanyut dibawa kesenangan itu.. Akhirnya aku terus menuju ke jeram yang mana kenal tetamunya.. Dihempas, dihentam, dihumban, diselam.. Semua itu memang sudah salamnya..

“ahh! sudahlah menteil! dah banyak kali kau macam nie.. takde pendirian.. hari nie putih, esok kelabu, lama-lama terus hitam!”

Ya! Aku tak nafikan.. Jiwa aku sudah dicampuradukkan dengan bermacam resipi.. Mungkin hari ini boleh manis, mana tahu esoknya pahit.. Jari aku menari mengikut perasaan.. Kalau gembira ditaburkan gula, jika kecewa ditaburkan cuka! Mengikut alam lebih mudah dari mengikut peraturan.. Yang terkadang peraturan itu aku sendiri yang fatwakan..

cemburu aku pada bulan yang setia ditemani bintang.. tapi adakah rindu?

Dibawah file: , , , , , , , ,

22 Komen untuk "Aku Rindu"
  • [...] This post was mentioned on Twitter by menteil, menteil. menteil said: Aku Rindu http://goo.gl/fb/x1pnh [...]

  • PinkyLucia August 21, 2010 at 8:40 am

    wah.. klasik nya bahasa.. aku suka.. tapi nak faham tu… tak berapa nak faham.. kiki

  • hurulaini August 21, 2010 at 8:49 am

    waaaa….tabik spring la ngan bahasa ko ^_____^

    ada kalanya ada tanggungjawap lain yang lebih menuntut….utamakan apa yang utama…cayo cayo

  • Azah August 21, 2010 at 10:03 am

    alamaak… aku lemah la sastera2 ni…:D

  • zuls August 21, 2010 at 11:21 am

    Wah.. memang sastera :) , kadang-kadang aku jeles dengan orang yang boleh bersastera..

  • mijie August 21, 2010 at 9:00 pm

    bahasa menteil ni terlalu tinggi sampai 2,3 kali aku baca tapi masih mencari maksud yang tersirat dalam tulisan bro kali ini

  • x-po August 22, 2010 at 4:55 am

    aku pun rindu gak, rindu kat menteil yg dulu..peewwiitt

  • .::wanie::. August 22, 2010 at 11:18 pm

    menteil adikku sayang,

    meh akak bawak gi klinik.

  • zik August 23, 2010 at 2:07 am

    wah menteil… bahasa yang begitu mendalam untuk dipahami…

  • hafidz August 23, 2010 at 3:16 pm

    Bisik matahari pada sang senja, “cemburunya aku pada sang malam” ;)

  • h3r0 August 23, 2010 at 10:09 pm

    Mak aaii.. ayat yang best dari menteil…
    lama tak baca bahasa camni kat blog menteil..

  • yonna August 24, 2010 at 8:33 am

    melankoliknya weh -__-

  • Lee August 24, 2010 at 11:46 am

    kalo ko hari2 mcm ni kan best bro..banyak awek lekat tu..

  • Hafizd August 24, 2010 at 11:53 am

    perrgghh..dah bley karang nvel n published by Alaf21 nih..

    hihi..

    gmba tuh pon menarik…orng tgh rindu pada penciptanya..

  • azizan4444 August 24, 2010 at 7:47 pm

    kagum aku dengan bahasa menteil ni…

  • Donha August 25, 2010 at 4:17 am

    santai lagi cool ape. baru tau, si penulis ni macamana.

    >>___<<

  • catzer August 25, 2010 at 2:23 pm

    sekali sekala melentok takpe..kerap sgt buat aku muntah nanti :)

  • zoul August 25, 2010 at 3:25 pm

    Perghh… aku rasa perut aku menggelodak, kepala jadi pusing, tangan menggeletar, kaki longlai dan mata kuyu…. aku rasa aku kena sindrom bahasa puitis menteil… har har

  • ishak August 28, 2010 at 2:23 am

    macam bahasa kak jie..bahasa peringkat tinggi…

  • salmah hibon August 29, 2010 at 3:00 pm

    entahnya si menteil ni.. dulu aku suka and melekat je baca blog ko ni.. sekarang entah mana enkau hilang.. nak type blog ko pun boleh hilang ingatan..

    jadilah semula blogger tegar seperti dulu.. hehe

  • akubukanperempuanbaik September 21, 2010 at 1:03 am

    aku pun sangat rindu

  • babyme_farra October 19, 2010 at 3:13 am

    hehehe… I LIKE IT TOO…

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog