Maaf sedikit lewat untuk update terkini pilihan raya.. Aku sedikit penat setelah pulang dari kampung.. Sampai je sini layan tido dululah.. hehe.. Semua dah tau, barisan dah menang.. Apa lagi aku boleh cerita? Mari aku selongkar disebalik pengundian di sekitar kampung aku.. Bercerita melalui gambar kan lebih seronok.. Jom kita tengok..
Sekitar Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor
Sekitar Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor
Ini kata-kata aku sebagai pemerhati politik yang tidak diiktiraf kenapa PKR tidak mampu mempertahankan kerusi.
1. Pencalonan Zaid sendiri dipertikai dan dipersoalkan oleh ahli PKR sendiri. Dulu kata terlalu ramai calon yang layak, tapi kenapa memilih calon yang pernah mengecam PAS sendiri?
2. Dalam masa yang sama, ketidakpilihan Halili (yang dikatakan jauh lebih layak) sebagai calon juga menjadi antara penyebab penyokong berubah arah.
3. Zaid umpama bidan terjun, perjuangannya tidak jelas dan tidak punya hala tuju. Umpama lembu yang sudah ditambat hidungnya, menurut saja apa orang atas kata!
4. Kepercayaan Zaid pada rakyat Hulu Selangor mula goyah bila dia sendiri menganjurkan perhimpunan anak kelantan di Hulu Sepangor.. Apakah? Kelantan pegi sanalah!
5. Kamalanathan punya rekod bersih jika dibandingkan dengan Zaid yang dikatakan kaki botol, taik judi, menyokong kuat kes Lina Joy dahulu dan sebagainya. Tapi aku sendiri tidak senang dengan BN karat yang mengedit gambar Zaid dan Tuk Guru dengan botol arak. Terlalu bangang!
6. Keyakinan ‘pasti menang’ seperti BN 2 tahun dulu nyata jelas pada kempen-kempen PKR. Berbeza dengan BN yang ‘berhati-hati’ tapi masih yakin.
7. PKR hanya menumpang semangat PAS sahaja. Yang banyak keluar peluh hanya PAS, yang lain cuma duduk bawah kipas menghilangkan peluh. Adakah benar dakwaan kononnya PAS dipergunakan PKR? Fikirkan…
8. Perjuangan Anwar sudah lapuk! Ramai yang sudah nampak ianya perjuangan peribadi bukannya untuk rakyat dan sebagainya. Reformasi sudah basi!
9. Rata-rata manifesto yang dijanjikan 2 tahun dulu gagal dilaksanakan. Mungkin tersasar dari kiraan ataupun hanya cakap lambung. Bagi aku sama jer, pusing sana pusing sini. Yang sini pegang wat hal, yang sana pegang pun buat hal!
10. Jika dulu kami belia yang memberi impak besar pada keputusan pilihan raya untuk perubahan kononnya, samalah juga kesnya kali ini. Cuma ianya perlu ditukar kepada perubahan yang benar akan berlaku.
11. BN sendiri menggunakan cara berkempen yang agak ekstrem. Media majoriti dipegang dan … duit? No komen.. Tengok saja berapa ramai yang keluar parti setiap kali ada pilihan raya kecil.
Aku petik kata-kata seorang pembaca di sebuah akhbar tempatan;
“beruntung rakyat Malaysia di kawasan yang sedang menghadapi pilihan raya kecil, banyak isu dan masalah beres, banyak peruntukan pembangunan lulus, menteri-menteri dan pegawai tinggi turun daerah membuat tinjauan”
Fikirkan apa yang tersirat disitu.. Tapi masih ada yang belum beres!
Nota kaki;
Jangan salah anggap. Aku bukan orang barisan atau pakatan. Mana-mana parti suruh aku isi borang pun aku lari. Ini pendapat aku sebagai anak jati Hulu Selangor. Tanah tumpah darah kebanggaanku!
Dibawah file: adap, Barisan Nasional, BN, dara, edit gambar, gambar tolong senyap hari mengundi, gedangsa, hari mengundi, hulu selangor, mengundi pilihanraya dapat duit, pakatan rakyat, pengundi hantu, pilihan raya kecil, PKR, provokasi, UMNO, widget
yg penting kalau nak mengundi cari calon yg paling tua atau sah ada penyakit kronik.
kalau tak ada aral melintang tiap2 tahun leh mengundi
jalan pun tiap2 tahun bersalin tar.
jambatan makin lama makin lebar
bus stop makin banyak dan makin cantik
lot kedai makin bercambah utk org kg berniaga
tiap2 tahun dpt duit sbg pengundi
dpt cuti balik kg
pendek kata tu jgn difikirkan sgt siapa anu tu.. dari parti mana…
diorang bkn kenal kita pun selain hari mengundi.
fikirkan apa kebaikan kita dpt… PAS ke PKR ke BN ke…
hanya yg tahu je tahu tp mulut kena gam
yg tak tahu lak ramai tapi harem tak tahu pun…
aku baca komen aku sendiri pun pening haha
haha… aku baca pon pening ar bro..
baik tikam terus je bro.. haha…
apa yang penting kojo samo… huhuhuhuuu
ha..ha..lawaklah lu..betol2….wa atas pagar!
kat kawasan Kak Jie, tiba2 jalan di tar, akibat tergesa2 dan di buat dalam hujan renyai
jalan yang baru di tar kualitinya lebih teruk dari asal
macam tikus membaiki labu
dulu air tak bertakung, sekarang baru seminggu tar dah serpih2 tanggal
apa nak jadi tak tau lah….kena hadapi jalan yg teruk tu sampai ada PRK baru
erk! itu bukan untuk kebaikan, tapi bertambah buruk pulak.. alahai…
oh.. ko la rupanya pengundi atas pagar ek.. anyway BN dah menang da pun. pasni kamalanathan kena la bekerja utk rakyat.. takleh la senyap je.. kang jd MP dua tahun je kang..
huhu… atas pagar la senang… tak payah nak gaduh sana sini..
kalau kamalanathan tak buat kerja, pangkah pulak orang lain.. huhu.. tapi ntah sampai bila nak macam tu kan..
Bagus untuk org Hulu Selangor, kiri kanan dapat, dr kerajaan negeri dapat, dr persekutuan pun dapat.
memang la dapat.. tapi bertambah baik atau buruk?
Kalau yang dijanji ditunaikan baik lah.
brp puluh tawon bn pegang?x dak perubahan pon!gedangsa cam tu gak….hope dato deris tu pun diturunkan….x main peranan langsung!the best hanya masa ustaz zainal sakom&mat tyson jer…
yeay!.. entry yang sangat2 bagos! goodjob manteil!!!!
psst2!.. ko ngundi x? ko undi sape… anyway adelah sgt sokong.. utk kite mude belia nih berfikiran bebas dari mana candu2 parti2 politik dan ade pendirian sendiri..
minta izin.. nak copyeditpaste skit ko nyer pengamatan kat blog eh~
Undi tetap rahsia.. Hehe..
Ok.. Boleh jer..
Nice.. thankz eh menteil.. saya dah publish pon.. ade mase jenguklah entry yang ade ulasan kamu tu,
http://mrfinal.blogspot.com/2010/04/inchek-kamal-menang.html
haish, ramai laa plak yang jadik pengundi dalam kalangan kengkawan bloghop aku nie.. haha, yang pasal faktor2 BN menang tue aku tak kisah, tapi yang pasal duit tue.. betoi ke lepas mengundi dapat duit?
haha.. cuba ko tanya pulak pengundi lain yang ko kenal tu.. =P
akhirnya, dah tahu sapa yang menang dan kalah..
so NEXT please..hehe
erk… aku tak bape minat bila dah masuk politik nya hal ni.. sbb tu sampai skrg aku mls nak daftar dan mengundi.. politik malaysia walau mcm ne pon tetap teruk…
okeh..sayonara orang hulu selangor..lepas ni senyap sunyi la..nak jumpa orang-orang penting pon susah dah..masing2 sebok..meeting la, apa la..haha…
keadaan dah kembali normal..hulu selangor dah sama balik macam kawasan lain..
Aku pernah kena station kat blah2 sana, kat area kuala kubu bahru..mak ai..boring giler beb..tapi elok la untuk besarkan anak2 tempat2 cmni
tension ngan politik zaman kini…politikustik…haha
Walau sekejam manapun politik itu, kita sebagai rakyat sangat memerlukan politik untuk menjamin masa depan kita. Politiklah yang menentukan hala tuju hidup kita. Dan pada bahu kita jugalah sebagai rakyat yang akan menentukan hala tuju politik melalui sistem demokrasi. Tetapi tugas sebagai rakyat bukanlah hanya pergi mengundi tetapi lebih kepada membuat suatu keputusan hidup mati mengenai kepada siapa tanggungjawab menjaga politik kita itu perlu diberikan. Tersalah memberi amanah maka padahlah jawabnya. Dan dengan itu sebagai rakyat juga kita dimestikan mencari kebenaran dan janganlah pula kita dibayangi dan dibutakan dengan khabar yang pelbagai yang mampu memesongkan cara pemikiran kita…
Kaedah politik di Malaysia sangat sukar kerana kita perlu menentukan kerajaan yang boleh menjamin perpaduan antara 3 kaum terbesar di sini iaitu Melayu, Cina dan India. Tanpa kestabilan politik, ketiga-tiga kaum ini mampu mencetuskan perbalahan dan seterusnya menggugat persefahaman antara agama dan kaum. Tetapi kita bukannya perlukan kaedah politik yang liberal tanpa mengikut perlembagaan negara. Kerana itu akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Apa yang kita perlu adalah sebuah kerajaan yang mampu mewujudkan keharmonian di antara ketiga-tiga kaum ini. Dan jika itu dapat direalisasikan sampai bila-bila, InsyaAllah negara ini akan sentiasa berada dalam kemakmuran..
Wallahu’alam..
Emi tak pernah pun pergi mengundi, nanti nak daftar..heheheh
tak kisahlah soal politik ni.. undilah siapa yang baik..
aman damai di malaysia pun ni dah kira ALHAMDULILLAH..
yg kalah, biarlah kalah, yg menang, biarlah wat keje nnt..hehe
warghh..aku nak mintak tolong kepada semua blogger2 di menteil..maner nak carik database email free??aku perlu pertolongan korang semua yang bijak2..saper yang rase bijak kne tolong la..kakakka
untuk tujuan apa? free?!`pakai gmail je la en pian oi..
ko nak berdatabase sendiri? beli hosting la..
ada yang free, tapi aku yakin ko mesti tak puas hati punya..
aku sampai sekarang tak daftar mengundi lagi.. bila tengok politik skrg ni, xtau nak undi mana 1.. huuhuhu..
Lama aku tak singgah sini.. Wah dah citer pasal politik ek.. kalau jadi pengundi takpe. kalau keje jabatan kerajaan negeri memang sakit le.. kena buat adhoc itu ini time pilihanraya tu,