
Ok lah.. Terus terang cakap aku memang sangat malas nak update blog.. Tapi tetiba tadi ntah macam mana jari-jemari aku yang halus bagai gadis ayu (orang cakap, aku tak suka pon) yang empunya ni ajak bersenam.. Sebenarnya idea nie lama dah terbang kesana sini dalam kepala otak aku nie, aku jer malas nak tangkap dan hidangkan kat sini.. (tetiba bahasa aku sangat pelik)..
Sewaktu aku meronda-ronda ke kampung halaman yang tercinta bersama rakan sejak di bangku sekolah dulu, kami membincangkan soal alam rumahtangga yang kadangkala menyakitkan hati.. Tapi memang itulah kenyataan.. Nak tak nak, tempuh jer la.. Nak tau apa? Layankan ajer..
Dialog di bawah nie bukannya dialog bersambung..
——————— sewaktu zaman becinta ———————
1. “ko tengok anak pak mael tu.. duk berkepit jer dengan si leman tu.. belum ada apa-apa ikatan dah tunjuk macam tu.. huh!”
2. “ke hulur ke hilir aku tengok leman bawak si tonah tu.. bertunang la dulu kalau iye pun.. takde la orang mengata macam kita nie.. dah la hobi kita nie duk mengata orang jer!”
——————— sewaktu zaman betunang ———————
1. “si leman tu dah bertunang, tak reti-reti ke nak dirikan mesjid?! dia kena ingat, baru bertunang.. belom boleh buat apa-apa”
2. “dah lama si leman tu bertunang dengan tonah.. bila nak kawin nyer? huh! takde duit la tu.. tu la.. dah tau xde duit menggatal nak kawin!”
3. “duit hantaran RM6 ribu jer?! cukup ke semua tu?”
4. “apa?! hantaran sampai puluh ribu.. spm je pun si tonah tu..”
——————— sewaktu sedang berkahwin ———————
1. “ish! kenduri si leman ngan si tonah nie beriya sungguh majlisnya.. macam anak raja pulak aku tengok.. kawin je pun.. biasa-biasa je sudah lah”
2. “kenduri leman tu biasa-biasa je.. takde yang best pun.. dah la lauk tak sedap.. tau tak mampu tak payah la buat kenduri..”
3. “aih! buat doa selamat jer? lorh! buat kenduri sikit-sikit pasang khemah jadi la.. ini takde apa pulak..”
——————— sewaktu selepas berkahwin ———————
1. “eh? tak pegi honeymoon ke leman ngan tonah tu? bajet dah lari ke? kikiki..”
2. “fuyoo… si leman tu pegi honeymoon ke paris? banyak duit tu.. buat bazir jer.. “
——————— sewaktu belom ada anak ———————
1. “tak beso-beso pun perut si tonah tu.. kawin dah setahun lebih dah.. apa leman tu tak mampu ker?!” “ngihiihiikkiiikiikki kiikiingihiihii” (gelak gedik orang tua.. bayangkan jer la macam mana)
——————— sewaktu sudah ada anak ———————
1. “uishhh.. berderet-deret anak si leman ngan tonah tu.. ingat kilang buat anak ke apa?”
——————— sewaktu anak sudah besar ———————
1. “anak leman tu dah besar dah.. bila la nak kawin tu..”
— lagi? — — ulang la balik macam yang pertama kat atas tu —
mana penting? ikut agama ke ikut adat?
gambar gua curik kat gua
Dibawah file: aku memang, alam perkahwinan, bajet, bencinta, berkahwin, bertunang, cerita lelaki berkahwin, gadis ayu, gambar gadis ayu, hantaran, ikatan, ikut adat, ikut agama, kalau nak kahwin, kenapa bertunang, kenapa bertunang diam, kenapa lelaki sebok kalau nak kahwin, kenduri kahwin, khemah kahwin, mas kawin, mengumpat, Mengutuk, orang tua mengumpat, tak suka, tonah, YM
[...] This post was mentioned on Twitter by mohd hafizuddin, menteil and menteil, menteil. menteil said: Alam Perkahwinan Versi Cakap Orang http://goo.gl/fb/CdSFO [...]
klau dh nama manusia mmg bsikap mcm tu kebanyakknnya
termasuklah aku kadang2 hehe
tak pernah nk sedar diri dok mengumpat je kejenye
termasuklah aku kadang2 haha
pedulikn apa org nk kata.lain la klau family sendiri
ada kepentingan berbanding jiran atau sekadar ketua kg
hehe.. kita nie sebenarnya memang suka mencari salah orang..
orang akan diam kalau tak lebih tak kurang aka sederhana.. ntah la wei.. huhu..
*komen masuk spam.. ayookk.. xtau.. haha..
hehe masuk spam ke?
aku komen guna opera mobile kat hp tu
haha aku setuju bro..itulah lumrah kehidupan orang kita, lagi2 melayu
ntahla kalau nak diceritakan skop melayu tu.. karang sentuh sikit dah melenting..
bila nak kawin bro? =)
benda ni takkan habis sampai hari kiamat bro! takkan nak berhenti orang akan mengata kat kita. Percayalah! haha
Itulah yang aku paling geram bila dengar cakap-cakap orang tentang hal begini. Sibuk & menyibuk hal orang~
kdg2 pelik, awat lah manusia ni dok nampak kat anak orang ja. padahal anak pompuan sendiri berderet berduyun. tak sedar ke? nk kena letak cermin banyak2 kot kat rumah tu baru nk sedar yg dia pn ada anak pompuan jgk…
haish.
aku ada kenal beberapa orang yang duk sebok pasal orang lain.. last2 anak sendiri carik pasal.. kan dah kena batang hidup sendiri.. dan sekarang mereka2 ini sudah pencen dari menjadi penjaja cerita sensasi pada orang kampung.. huhu…
kak Jie tak nak masuk dalam lingkungan manusia seperti itu – hidup msti ada ilmu
ilmu dunia dan ilmu akhirat
kahkahkahkah!…nape la orang kita suke sangat amik tau hal ehwal umh tangga orang lain..(mcm la dorang nk bagi duit)…..kadang lebih dari mak bapak lak tu….ishh
tu le manusia.ada je tak betul…
Aku masih tercari-cari lagi… soalan2 diatas tak kena kat aku sebab lagi teruk soalan kat aku..
manusia :)
x kawen salah..da kawen pun salah…prsoalan yg x kan terjawab sampai bile2…
begitulah life aku kat opis…bile nak 2nang…?bile nak kawen….? tension dbuatnya…
mcm la aku nie x leh nk pk benda len slaen kawen….hmmm…nasib2…
senasib ler kita… =(
kikikiki…..nasib labu labi :p
ikut kemampuan
yang penting jangan berhutang :p
tetiba aku touching time zaman tunang tu.. gyahhahahha~
i bertunang dah 2 tahun, lagilah lama gila T____T sepatutnya majlis dah lepas dah tapi disebabkan bakal mak mertua sakit, tangguh dulu semua benda. orang taktahu, diaorang nak mengata pun mengatalah. itu mulut kita cakap kan? tapi hati ni, sedih juga sebenarnya bila orang mengata tapi takkan lah kita sebagai orang biasa ni nak buat press conference menyatakan sebab kenapa majlis terpaksa ditangguhkan dulu T__________T
haha.. yang part yang sedang berkahwin tu pernah kena.. tapi layan jerlah..
orang kita punye mulut mmg sayal. eh ko umur sbaya aku an menteil? lek lu, xyah pikir kawin lu. :D
memang sempoi laa entry ko kali nie.. ha ha ha…
sungguh baik ulasan bro, memang salute lah…yang penting bagi aku ikut la agama, jgn terlalu ikut adat kalau nak kahwin ni
dan yang paling penting persetankan apa orang nak kata
aku pun suke ngan blog bro nie…..best…thumbs up!!!!!!
salams tuan umah.
biasa dah mcm tu xle nak watpe. mulut tempayan leh ditutup, mulut org cmne nk wat. huhu :p
termasuk la aku pun kengkadang kne ada juga rasa macam jadi juruanalisa hidup org.. tapi bukan utk mengutuk, utk dijadikan teladan.. huhu :p
Ahakz, kalau dah bercinta tak ikut agama, macam tu la jadinya, cuma prob mulut org kalau campur urusan rumahtangga org ni.. susa2, gaga~
mulut orang, sampai bila2 pun tak boleh tutup… mulut tempayam boleh laa.. huhu
hahahaha……….
hai saya newbie kat sini…nice gambar2 kat sini saya suke :)..
nnti komen balik kat saya ye http://www.hantaranqaseh.blogspot.com
terbaek r..papepon,jgn pk pe owg ckp…yg penting agama wajib di utamakan