Hari tu aku ada terbaca sebuah entry di mana tuan punya blog marah² sebab blognya tak mendapat komen… Opss! Tak boleh la macam tu.. Kena la kaji dan cari di mana silapnya.. Disebabkan aku sedikit rajin aku buat sedikit researh dan sedikit ilmu yang aku belajar dari pengalaman yang sedikit nie.. Sebelum tu aku nak pohon sepuluh jari kalau penulisan aku kali nie akan mengguris hati sapa².. Itu bukan niat aku.. Ilmu yang aku tulis untuk panduan aku sendiri juga..
Ok.. Pertamanya aku nak bagitau ilmu yang aku bagi sedikit nie bukan sebab aku punya blog komen yang banyak.. Tak.. Aku kan pakai thread comment.. Boleh dikatakan banyak juga komen yang dibalas aku.. Sebab tu nampak banyak.. (sekarang puas la hati si pengutuk pengguna thread comment!)
Kalau aku tak balas komen bukan bermakna aku sombong, tapi bak kata khai itu sebagai menghormati pendapat yang diberikan. Maknanya tiada ayat yang perlu ditambah atau dikurangkan.. Jom berbalik pada tajuk utama.. Kenapa ye?
1. Pembaca Senyap
Kalau tak mendapat komen yang banyak tak bermakna blog tu tak bagus atau tak popular.. Aku sendiri ada blog yang tak mendapat komen, tapi pembacanya tetap ramai. Maknanya pembacanya lebih ramai dari pengomen. Ini pon dah cukup bangga bagi aku.
2. Loading Time
Bukan semua pembaca mempunyai connection internet yang bagus.. Seperti aku sendiri yang menggunakan celakekom broadband memang mempunyai masalah untuk loading sesebuah blog. Cuba check balik pada theme yang digunakan. Berusaha menggunakan theme yang ‘ringan’.. Kalau boleh kurangkan iklan. Tengok sendiri contoh google ads di blog nie yang sedikit mengganggu masa loading. (ada juga yang menyatakan celcom broadband punya masalah dns.. betulkah?)
3. Paparan Menyakitkan
Dah banyak kali rasanya aku tekankan pentingnya sesebuah paparan blog itu.. Susun dengan teratur.. Tak kiralah dari segi content ataupun theme itu sendiri.. Kalau content biarlah gunakan keseimbangan yang sesuai.. Tips; jangan terlalu panjang di dalam satu perenggan dan gunakan fungsi justify! Dari segi theme biarlah kemas dan tak menyakitkan mata bila membaca..
4. Kata Hasutan Yang Menjelikkan
Ermm… Kata² menghasut dan memaksa supaya pembaca berikan komen memang menjelikkan.. Contoh ayat (contoh je ok!) “ko dah baca tapi tak nak komen plak? macam sial dowh!” Bukan ke seperti memaki dan memarahi pembaca sendiri.. Komen itu diberikan dengan ikhlas, bukan paksaan.. Kena betulkan tu.. Berikan ayat yang lebih sopan.. Contoh “penulis amat berterima kasih dan menghargai segala komen bernas anda.. yang baik datangnya dari tuhan dan yang buruk dari penulis sendiri..”
5. Cuma Gambar Sahaja
Kalau setakat gambar je dah tentu lah susah untuk pembaca (?) memberikan komen.. Lagi² gambar yang tak menarik perhatian langsung.. Berikan sedikit penerangan atau pertanyaan untuk pembaca memulakan diskusi. Kadang² gambar yang terlalu banyak menyebabkan masa loading yang lama.. Belum sempat siap loading pembaca dah lari!
6. Entry Berjela-Jela
Pengisian isi yang panjang dan berterabur memang memeningkan kepala.. Cuba padat dan ringkaskan.. Kalau bercerita tentang makan, tak perlulah bercerita tentang proses basuh tangan, lap tangan, ambil sudu dan bla bla bla.. Boleh menyebabkan bosan! (er.. entry nie pon mungkin panjang)
7. Cerita Yang Sama
Mungkin secara sedar atau tak sedar penulis mempunyai isi yang serupa dengan penulis lain dalam masa yang sama.. Selalunya terjadi jika entry itu diperoleh dari email ataupun kupasan dari akhbar harian.. So pembaca pon malas la nak komen benda yang sama..
8. Promosi Tiada
Alamak! Macam mana nak dapat pembaca nie? Kena la usaha sikit.. Lainlah blog tu mempunyai carian google yang mesra. Contoh seperti dunia hiburan dan seks. Boleh juga bermain dengan SEO jika punya ilmu. Cara promosi? Sila google ye..
9. Tidak Berupdate
Aduh! Bosan la kalau pembaca datang tengok benda yang sama jer.. Kalau nak mendapat trafik yang tinggi, salah satu caranya dah tentulah dengan update yang selalu.. Rajinkan diri untuk hasih yang best!
10. Penulis Yang Teruk!
Erm… Mungkin sikap penulis sendiri yang menyebabkan pembaca membencinya.. Maka wajiblah menyopankan diri jika ingin mendapat respon yang baik.. Tak perlu hipokrit.. Cukuplah sedar pada batasannya.. Boleh rujuk pada entry ini..
Memang aku akui jumlah komen yang banyak mempengaruhi kepopularitian sesebuah blog itu.. Maka nilailah sendiri..
Entry sambungan untuk entry ini.. ‘9 Cara Memikat Hati Pembaca Untuk Memberi Komen‘.. Nantikan dengan sabar ok.. Err.. Dah siap pon.. Tinggal publish jer..
Dibawah file: blah, Blog, blog yang banyak info, blogger, blogger teruk, bosan, bosan er, cara bijak, comment, contoh, diskusi, entry menarik, Etika, kalau diri tak pandai jgan duk mengajar org lain, kenapa orang tak dapat blog kita, kenapa tidak boleh loading themes, komen, komen yang banyak, macammana nak kenal orang yang baik?, masalah blog, menarik, nak baca blog orang, paksa, pengalaman blogger, populariti blog, respon pembaca, sikap penulis blog yang buat menyampah, Sombong, tips blog, trafik blog
Salam bro..
Ingatkan apa la… ^_^ APa pun, perlu la usaha.. Jgn la marah2.. Apa pun, lepas nie kompom dia nmpk lebih jelas….:baik2:
hehe.. itulah dinamakan kuasa pada tajuk.. hehe..
insaf lak aku..huhu :alaa:
er.. ada kena ke bro?
sowie…
xde la. cuma penerangan ko tu buatkan aku terpikir logiknya… jadi aku insaf :wek2:
aku lak admire kat emotikon ko:tok2:
kenape saya suka menteil?
sebab dia best…
kenape dia best?
sebab dia macam sipu…
kenape dia macam sipu?
sebab dia banyak ilmu…
kenape dia banyak ilmu?
sebab dia rajin buat research dan banyak pengalaman dalam blogging…
kenape ye semua ni berlaku?
supaya aku lebih cepat berjumpa dia & blajar dengan dia macam2 mengenai blog..
sekian.. miahahaaa…
ini macam komen utk contest je… hehe… ada ke? aku nk join gak.. :cak2:
kenape syaye syuke ghumah syaye.. haha…
thanks bro..
tak layak digelar sipu..
sebab aku tersipu malu nanti.. haha..
haha.. ko nie tak abis2 jumpe..
ok boleh..
blanje makan untuk seminggu..
di tempat best2 jer..
deal? haha..
gurau jer..
hahaha… lanje mam? oke aje… nanti kita jumpa.. bila agi.. ni aku cuti 2 minggu je la waktunya… sabtu ni aku nak ajak kazen aku dating kat pyramid.. nak join ke? hohoho…
cun kah kazen mu itu?
menepati citarasa aku kah?
haha…
seperti biasa ayat aku “tak boleh janji”
comey… tapi aku aje la date ngan dia..miahahahaa…
baik punya mengampu….ekeke…juz kidding:lerrr:
eleh jeles la tu dia neh…
babap kang.. miahahahaa…
muahahaha.. belog aku yg super duper popular pun tak ramai yg tinggalkan komen. tp alhamdulillah sbb trafik masih maintain dan tolong up sket aku punya adsense nyer page impression. huhu..
ekceli ada sebab yg tersurat & tersirat knp belog tak byk komen dan antaranya mcm yg bro tulis kat atas tu la dimana salah satunya terkena kt batang hidung aku iaitu n3 pjg berjela.
ya, serius.. n3 yg panjang memang memboringkan utk baca lg2 cara penyampaian yg ntah apa2 (mcm aku) plus tkde input, jd tak hairan la kalau n3 tu takde komen sbb org tk baca habis. kui3
btw, komen memang sngat penting utk menampakkan yg blog itu hidup. nanti aku komen lg klau ada apa2 yg terlintas kt kepala hotak aku ni
:pang:
jangan merendah diri sangat bro..
mungkin kurang promosi jer kot..
boleh belajar merangka tulisan dengan banyak membaca.. memang banyak membantu..
btw (jugak) kita sendiri boleh menghidupkan blog kita sendiri..
nnt kalau ada masa aku bagi lagi tips.. hehe..
bagus2….
buat research banyak2…
nanti bleh share….
hahahaa
er… nie dah share la nie..
hehe…
aku malas nak mengomen boleh? muakkakaka..fave it sudah !
Kalau nak bagi orang selalu komen kena ade fokus pada niche yang tertentu dengan tajuk yang hype….
good point..
aku memang dah masukkan pasal nie untuk entry akan datang.. hehe..
Secara tak langsung, entri kau ini telah melanggar etika no 6 tetapi aku masih tinggalkan komen.
ps: antara sebab pengunjung tak tinggalkan komen adalah kerana pengunjung itu terlalu sibuk untuk letakkan komen. baca pun ikut rss je. cth terbaik adalah aku. hihihi:hehe:
Aku tak suka pada threaded comment. Sebabnya adalah, bahagian komen akan nampak serabut dan kusut untuk aku follow.
hehehe….suka aku meninggalkan komen di belog ini..
kenapa? sebab kata orang tu satu cara untuk promo blog sendiri…
tapi…kalau xde benda nak komen…xkan nak bagi komen juga kan…hehe…
itu la pasal…kalau buat entri yang x menarik minat orang nak baca, mmg la orang malas nak komen kan….ehehe
satu lagi…kalau entri biasa2 a.k.a common sangat (mcm ditulis dlm point no 7)…malas la nak komen…
satu lagi, biasa blogger macam aku ni, mana sempat nak baca entri yang bukan dlm ketegori yang best dibaca di kala aku patutnya buat keja kat opiz…ehehe
satu lagi, kalau tiap kali entri pasal kisah jiwang ko ngan buah ati korang…ko expect org nak bg komen apa (sorie kalau ada yg terasa…ehehe)
satu lagi (aii byk betul satu lagi nya), kadang2 sistem komen yang diguna pakai juga biasanya bermasalah…cth, kalau guna pop-up comment window…tp pop-up tu lambat sangat loading…last2 org tutup juga…
& satu lagi (okie, last ni), bila guna spam filter a.k.a yg suruh kita tulis balik word yg susah nak dibaca tu biasa buatkan org tutup je window walau dah tulis komen panjang berjela2….hehe
perkongsian & ingatan untuk diri :)
neway, a very good entry indeed, sebab tu aku rajin komen….ehehe
p/s: tambahan satu lagi (ada lg?)…suke aaa icon muka comey kat sini…tu yg suka komen ni…:comey:
ada lagi satu sebab kenapa org malas nak komen…bila dalam satu hari, ada byk sangat update a.k.a dlm 1 blog ada 3-5 entri sehari…haha…memang la org malas nak bg komen unless mmg betul2 nak respon…haha
p/s: aku komen pjg2 sini sbg perkongsian..klu buat entri kat blog aku, takut org sakit ati pula sbb bahasa aku kasar…ehehe
:baik2:
hehe.. point ko tu banyak tuju kat pengguna blogspot jer..
psstt… sbb tu aku malas nak citer banyak pasal cinta aku kat sinie…
kalau ada pon secara bermuslihat.. haha…
sebab aku sendiri pon rasa menyampah bila nak baca.. haha..
aku buat kat diari online jer pasal cintan2 nie…
oo..
takut kat blog sendiri..
kat sini berani ko ye…
:cak2:
hehe…
ko punya crita cinta, ko tulis berfokus & ada isi, bukan berjiwang (takat yg aku ada baca la..hehe) so, yg tu no problm, org lg suka nak baca…hehe
pasal brani x brani tu, maybe kena tulis betul2, kemas2, elok2…baru ok kot…tp malas la…hehe
betui..kadang2 sistem komen dia buat kita menyampah nak komen…
aku slalu jumpa dlm blog blogspot..sesetangah diorang, set buat susah org nak komen..last skali tak payah komen..smpai 2-3kali kene repeat step pun tak mau gak nak post komen!
hehehe..dulu aku nya blog lama sgt lah xramai pengunjung..
lately alhamdulillah…xkesah sgt pun org komen ke x komen..
yg penting kita puas dlm menulis blog..sbb tu la tpt kita luahkan ekspresi kita..hiks
tunjuk ajar ku sifoo :comey:
bagi aku,aku suka komen kat blog orang,aku tak kisah kalau ada atau tak yang komen kat blog aku..aku cuma nak sampaikan je..terpulang kepada pembaca nak respon.:baik2:
suka teguran2 sayang mcm ni…kadang2 org nak cepat, nak jalan pintas sedangkan utk dptkan semua tu perlu ‘memberi’ dulu
jgn harap org bagi je…sekali dua, bolehlah
kalau manjang mcm tu..bosan gak
faved entri ni…:P
kadang2 malu nk tinggal komen kt blog fofuler yg ramai reader…mcm reader dia dok tgok kita le pula..hehehehe
tak bagi susah la nak dapat ye tak? hehe..
nasib blog menteil tak fofuler, kak jie boleh komen lagi.. hehe..
thanks faved entry nie..
Edisi luahan prasan sket nih. Sy seniri adalah penulis blog yg taklah popular ttp rajin gak kemaskini blog. Dolu sy wat blog tanpa motif tp lately ni lebeh mementingkan ilmu tuk blogger khususnya blogspot, tuh pun tejadi sbb ada org yg slalu mau tau camna nak wat itu dan ini.
Malangnya, walopun ramai yg mencuba ilmu tesebut dan bejaya ttp kedekut betul depa nak tinggalkan komen walopun dgn secebis ayat “sy dah bleh wat”. Kadangkala tuh ada juga bloggers lain yg meniru topik sy ttp kredit pun x bg. Kesiankan??
Ada org kata nak bg org komen blog kita, kenalah pegi komen kat blog org dolu ttp dah bepuluh kali pi komen kat blog org tuh, depa sebutir komen pun x tabur kat blog kita. Agaknya entri kita x bemanfaat lgsg tuk depa komen. Herm, mungkin jugak blog picisan tak sudi pun depa jenguk.
Sorry Menteil, teremosi sket sbb dah lama pendam. Mekaseh tuk topik yg bisa membuatkan akak meluahkan rasa yg tependam.
ala kak. jangan la emosi cmtu. sy selalu menghargai ilmu yg org lain curahkan tp tu lah, masing2 ada sebab sendiri. masa dan ingatan tu kadang2 tak begitu membantu.
:alaa:
secara jujur aku jarang meninggalkan komen di blog eriyza..
kenapa ye?
salah satunya jika entry berkaitan blogspot, aku takde idea nak komen ape sbb aku bukan pengguna blogspot.. huhu… sori…..
tapi jika ada cadangan aku cuba tinggalkan komen..
jika ada yang dah bertanya then eriyza dah buat tuto tapi tak dapat ucapan terima kasih, erm… macam tak patut.. tapi kena pada keihklasan jugak.. huhu..
pasal copy memang hampeh jugak… ada blog nie (yang berani mati) copy habis dari blog nie.. tapi aku biarkan ajer.. nak tengok apa dia nak wat lepas nie…
takper2..
boleh luahkan segalanya kat sinie.. hehe…
tuk sejuk ati bila tgk post takde org komen..aku g tgk stat kat awstat..bila tau ramai pengunjung dlmm sehari tue…sejuk skit ati…hee
bozzo punya entry pon kengkadang ada yg takde komen langsung…but it’s ok. Blog bozzo nih cam diari utk diri sendiri…
kena rajin komen kat blog org laen gak..
nanti org komen la plak kat blog kita..
itu cara paling senang pada pendapat aku..
macam yg aku buat sekarang ni..hehe :hehe:
aku pun salah seorang pembaca yang senyap….
adakah aku perlu menulis dalam pada masa yang sama fikirkan apa yang pembaca aku patut komen?Aku hanya mahu tulis dan paparkan apa yang aku minat untuk tatapan sesiapa yang terjumpa laman web aku.Bukan tidak mengharapkan komen atau komentar dari pembaca, malahan aku gembira dan berterima kasih ( jika aku ada banyak ipod, akan aku berikan setiap satunya kepada sesiapa yang memberikan komen pada laman aku)jika ada yang sudi untuk memberi komen pada tulisan aku.
aah mungkin aku tiada pembaca sama sekali tapi aku gembira untuk menulis demi kepuasan aku sendiri dan bukan syok sendiri dan terlalu mengharapkan komen.pembaca akan ada, komen akan diberikan hanya yang perlu penulisan yang bagus.
point yang baik….
maknanya kena set dari awal apa tujuannya…
penulisan yang bagus akan mendapat respon yang bagus..
:baik2:
kadang orang menulis demi kepuasan sendiri.benar! dan bertambah lebih puas andai usaha penulis yang mengambil sedikit masa dalam kehidupannya mendapat respon daripada pembacanya.
komen/respon daripada pembaca merupakan salah satu pendorong kepada penulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan yang lebih baik.agaknya.ini sekadar pendapat.tapi, yang menyakitkan hati bila mana ada pembaca yang tidak segan silu menghabiskan masa dia dan penulis dengan menghantar komen spam.
pendek kata. aku benci spam.:wargh::comey:
selagi tidak ‘dibunuh’ oleh akismet, selagi itu ia ‘berguna’ kan?hehe walaupun komen yang ditulis..”betul tu aku setuju”..ia tetap komen melainkan kalau ianya dibuat di portal/forum.
citer pasal akismet, blog nie dah bunuh 18000++ spam, tapi tiap hari mesti ada yang terlepas beratus2.. penat aku nak check n padam..
sebab kadang2 ada komen korang yang masuk spam.. aduh…
kalo letak komen sekadar nak spamming je baik le tak yah letak komen.. wat semak je.. lagipun.. kalau tak de ape nak dikomenkan, takkan nak letak komen jugak kan..?? haaaa.. jadik silent reader je la~~
blog aku pun jarang sgt org komen.. pasal pengunjung2 blog aku sumenye kaki download, bkn kaki komen.. so, aku pn x kisah sgt..
aku lagi teruk …. yg tukang komen aku sume bukan blogger … hampeh!:alaa:
eh? apasal lak teruk?
aku lagi suka dapat komen mcm tu..
maknanya bukan blogger je yang baca blog kita..
:baik2:
haha.. takde org komen.. relax je.. its not such a big problem:baik2:
Betul tips yang ko tulis tu..
Aku pun ada beberapa artikel yang 2-3 org je komen.. tapi bukan bermakna artikel tak berkualiti mungkin orang tak tau nak komenkan…
fuh gile ah… nampaknye aku tak sempat nak
duk atas untuk entri ni. rugi betoi la.
segala tips yang nko bagi tuh memang aku setuju.
dan blog yang paling aku meluat kalau ade
statement macam nko cakap, contoh:-
dah bace...<– ni macam memaksa..tak reti-reti nak komen...
lagi satu aku tak suke kalau ade:-
Kalau nkorang<– memang ayat hipokrit.tak suke dengan apa yang aku tulis... nkorang
boleh blah dari blog aku. aku tak paksa nko bace
dan datang sini..
boleh nak pakai maksud macam tuh.. tapi
penyusunan ayat tuh biarlah kemas supaya kite
tak bermaksud seolah olah menghalau pembaca. ade
pembaca cukup tak gemar mende tuh. RUDE you
know… RUDEEEEE~
ok ar menteil.. nak layan awek sat.. muahahaha
:chayok:
memang kedua2 point ko tu buat orang meluat..
sebab tu aku kata lebih bagus buat ayat yang sopan atau friendly…
buat blog..kene cool..kalau marah2..dah tak cool dah..hehe.. so..kene la slow and steady..tak leh nak melenting2..nak komen ke tak..tu hak pembaca..lgpun..komen takde..tak semestinya takda reader.. :cak2:
buat blog..kene cool..kalau marah2..dah tak cool dah..hehe.. so..kene la slow and steady..tak leh nak melenting2..nak komen ke tak..tu hak pembaca..lgpun..komen takde..tak semestinya takda reader..kan? heheh.. :cak2:
Aku kurang reti nak komen tentang Celakekom broadband… :cak2:
Rasanya kena muhasabah balik ni. Apa niat kita menulis?
Kita tulis untuk berkongsi, untuk orang baca, dan untuk dimanfaatkan(untuk perkara-perkara yang baik).
Aku selalu baca blog orang, tapi aku jarang sangat tinggalkan komen.
Tapi tak bermakna aku tak hargai apa yg orang tu tulis.
Menulis bukan untuk mendapatkan komen.
Sekadar pendapat ikhlas aku.
Ingat ko buat cerita sedih tadi bro.. skali tips la… hehehe..
segala2nya yang tertulis adalah tidak benar melainkan benar-benar belaka… hehehehe…
cool bro!! :baik2:
herm…..:nangis:
blog shayer pun xde org nk komen…sedih.. :((
cmne nak promosi personal blog eks..
huhuuu..tunjuk ajarku sifu..:cintun:
kene rajen lawat blog org lew.. pastu tinggalkan sedikit pesanan penaja.. miahahhaaa…
masuk blog orang dan tinggalkan komen dgn ikhlas.. jgn sesekali promo atau bak kata kill vearn, pesanan penaja..
ada komen camtu kat blog aku, kalau mood baik, aku edit.. kalau tak baik, aku delete je terus ngan komen2 skali.. hohoho!
:wargh:
ades.. dan2 khai pangkah aku.. kureng tol..hahahaaaa :yeargh:
owh..camtu rupanya.. thread comment tu apa? huhu
komen yang dibalas mcm aku nie..
kalau wp ada plugin dia..
klau blogspot kena la edit sket code dia..
encik menteil…mahu promot blog sy di blog encik boleh? XD :baik2:
boleh jer… no probs…
meh bayar.. haha…
wah…best2..
aku suka part yang tulih pendek2 n justify tuh..sgt best nk dibaca..
pastu wat perenggan2..baru senang nk digest bacaan itu..
hehe..thanks for sharing dude!:baik2:
Senang cite kenala selalu update. paling kurang 3 hari sekali. Kalau malas gak, sebulan sekali pun boleh, pastu blog pun dah bersawang. Masuk sarang labah2. Kena banyak bwat research cm menteil nie.
Kalu stakat update tiap2 hari..blum abih citer g beb…byk lagi kene dipastikan.
Kalu hari2 update pun tp story post tue tak releven lgsung dgn pngunjungnya, jgn harap la ada komen.
Atau mungkin bukan masalah story post tue tak berkualiti, atau jarang update…tp niche yg tak kene…jumlah pelawat yg tak ramai & mcm2 lagi la..
lagi satu, anggap la blog kita tue cam majalah…bila wat post tue..pastikan ditulis bukan utk diri sendiri baca..tp tuk org lain bc…mcm majalah!
:yeargh:
aku akan ubah sikap dalam berblog..
time kasih sahabat..
:yeargh:
aku pun sama cam ko..lepas ni aku kena aplikasikan apa yang menteil terangkan kat sini :baik2:
:yeargh: idup blogger!
kadang-kadang kene jugak rajinkan diri komen kat blog orang sebelum dpt komen di blog sendiri.. tapi aku nih dah lama gak memberi komen kat blog2 orang nih.. huhu.. sejak braodband dah tutup akaun aku.. susah gak nak online.. blog sendiri pun 3 ari sekali jee update..
yep x semestinya takde comment yang banyak blog tuh tak popular kan. hehe :)
ye betoi… sebagai contoh blog hang la bro.
kekekekekke… komen tak banyak… tapi
site meter mencanak. RESPECTED giler… salute
sama lu beb~
blog aku boleh la dikatakan banyak komen.
tapi orang yang sama je komen ulang2.
dah jadi macam chatroom. haha.
tak caya?
gi ar tgk. haha.
hurm…
jgn r marah2 sbb org xkomen…
cian kat pembaca tu kan…
actually..
aku sendirik pon xpenah kesah ade org komen ke x…
sbb aku ni jrg gaks komen kat blog org…
hehe…
xsemestinye setiap entri yg kite baca, kite kena komen…
kang salah komen kan ade yg kena maki ngan tuan nye blog tu…
agagagaga~
yang paling tak boleh blah tu, pernah nampak ayat ni >— “Baca tanpa memberi komen umpama berak tak basuh. Sekian” Hoh! Terpana sekejap. Suka hati la kan org nak bagi komen ke tak. Ni siap cakap berak tak basuh la apa la. Jalan senang,klik pangkah je..hahaha
nice info bro
akan ku cuba praktikkan nya..
maklumlah baru setahun jagung dalam berblog ni..
lepas SPM nanti baru leh focus on blog
hehe..
sebab sekarang ni perhidmatan internet dikawal oleh parents
:cak2:
pasal yg no.4 tu ada aku masuk satu blog lirik lagu, dia tulis lebih kurang “baca post tanpa komen umpama berak tak basuh”. Kalau aku memang malas komen, dan malas datang lagi ke blog yg tulis camtu.
blog aku pun sama… takde komen. tp aku tak kisah sangat kalau takde orang nak bagi komen pun, sebab aku berblogging pun nak beritahu sedunia apa yang aku nak beritahu. kalau ada orang nak komen aku lagi bersyukur.
ye betul tu tak komen tak semesti tak popular.
ps:favicon kau dah bentuk love plak, hati dah berbunga nampak!
:cintun:
menteil.. mcm ne nak wat coment threaded dlm tu kaler pink? aku tak reti lew… hahahaa…
satu agi mcm ne nak wat quote nya backround kaler lain..?
jeles ngan ke’pink’an aku ke? haha… senang jer bro.. ko main ngan css plugin tu.. ada kat bahagian option untuk plugin nie kan…
yang quote tu ko kena main ngan css theme.. ataupun function.php
wah…betul..betul..betul…
aku setuju apa ko tulis…
pembaca senyap memang ramai ..
kalo tak caya..gi layan Google analytics tuh…
:D
*KINI BLOGSPOT PUN ADA THREAD COMMENT*
ngeh3x… betul la, ramai komen klu guna style camne…
tengs info berguna:)
hahhaa… takkan nak paksa orang kan… nak komen komen la.. taknak suda… hehehehe
selalunya la orang taknak komen sbb point no 3 la (paparan teruk)
camne nak kenal pasti paparan blog sendiri teruk?
try masuk blog orang lain dan bandingkan ngan blog kita.tengok kemas ke tak kita susun.
satu lagi tulisan jgan besar kecik dan jgan warna warni.
sukee ni!! baguslah menteil. hee thnx!
:baik2:
aku juz nak tau saper orang tuh?
haha..
aku leh katakan beliau mesti mangkuk ubi..
dulu aku mula2 blogging takde pun org komen blog aku tapi aku tetap blogging dan tak marahkan sesape..
hehe..
erm, penulisan menteil ni agak profesional..
bagus2..
hehe..
nice info to share..
:wargh::wargh::wargh::wargh::wargh::wargh::wargh::wargh::wargh:
itulah hakikatnya… kita tak boleh paksa2 orang utk ikut cakap kita… haa bab ni berkaitan dengan skill kepemimpinan yang kita ada… macam mana nak mempengaruhi orang supaya komen kat blog kita… kalau takde komen tu, err kena nilai diri kita semula la…
blog aku dah lama tak update… ni baru je aktif semula… patut la takde org masuk wakakaka :hehe:
yeahhh!! rumah baru ni.. huhu
Ko guna plugin apa ye…..menteil sampai boleh bubuh link kat komen????
SEO smart link ;)
aku ok jer beb pasal bab komen..aku rasa,kalau komen merapu pun x syok gak….
5. Cuma Gambar Sahaja….. heheh tapikan.. post main teka2 gambar akan banyak dapat komen… hohohoho:cak2:
salam.
hehehe.. entry yang bagus.
emoticon yang gile super duper kacakliciouss.. :idea:
uiks xdek komen pun boleh marah pembaca ke aduyai :P
fuh…punyalah panjang berjela komen….mng top giler menteil ni…akak kenal menteil kat wordpress cuma mgkin menteil tak kenal akak hikhikhik…tp tkpe..sbb menteil pnh singgah kat teratak akak..masa mezain buatkan blog ni sorg pun tak singgah tp akak tkpun giveup atau berhenti menulis..alhamdulillah skrg wlupun tak sehebat Azman dan menteil tp lebih sepuluh org dtg singgah dah memadai…kitapun tahu sbb blog akak bnyak kekurangan..sedang belajar2 lagi..
tengah berusaha ni memblogging kan diri maceh kongsi tip ni :baik2::hai:
Kalau nak orang komen, kita kita kena komen la gak kat blog dia. Kalau setakat komen sepapan-dua lepas tu nak harap org komen balik susah la sikit sebab orang TAK BERAPA nampak. Tambah plak blog yang FOFULER macam ni.
p/s:Aku kekok sikit komen kat blog fofuler ni, takut tak kena dengan isu. Hihi…
mencari trafik lagi elok kalau di blog yang fofuler tu..
tgk pada stat blog kita refer dari mane..
tapi kan..
blog nie tak fofular la.. huhu..
Marah xde org komen??
sape? sape? hohoho
berbalik ke basic. tujuan berblogging itu ape? penting ke komen2??
kalau byk sgt komen takut tak terbls. aku xske kalo org xrespon komen g diberi. huhu:cak2:
tapi ssh jugak kalau nak reply sume.. huhu…
nnt kang ada la yang cakap bukan2..
komen berjela la.. ape la..
berserabut la.. itu la ini la..
cakap orang memang benci..
tapi pedulilah kan.. blog aku ye tak?
err.. ape aku bebel nie?
wah mekasihh incik. dahhhhh tambah ilmu:baik2:
Aku sokong post nie…
maybe aku tak bnyk pelawat atau post tak best..
aku cuba kupaskan persoalan ini dengan lebih luas di http://26life.com/2009/04/kenapa-aku-tak-tinggalkan-komen-di-blogspot/
Kenapa aku tak tinggalkan komen di Blogspot?…
Aku juga suka tinggalkan komen pada mana-mana laman blog yang ada isu menarik perhatian aku. Tapi tidak semua pemilik laman berasaskan blogspot berkenaan mahu aku meninggalkan komen di laman mereka
Kenapa pula aku kata begitu?Rilek-rilek, Bukan mahu be…
bagi aku simple. Ada komen bonus. Takde komen, takde bonus la bulan tu. haha..:baik2:
Hehe.. best2.. dan 1 lgi pada pendapat sye penggunaan CMS Blogger..pada sye CMS blogger agak lambat nk loading mase nak bagi comen..klo WordPress tu laju sikit.. huhu :cak2:
Aku suka post ni.. aku “budak” baru belajar, seronok kalau ada yang nak mengajar…
Tips yang cukup bagus bagi aku kerana menteil mempunyai ramai pembaca dari Oh tidak…
besh besh…
ish.. awat aku dok mengomen nih… menarik sangat ka post nih… :D
banyak giler komen..teruja nak komen gak walaupun x tulis ayat pe pun sangat..
hohoho..i like this post..http://www.menteil.net/kucing_smilies/baik2.gifu like me…hohooh i bukan gay…(gurau jew)
celakekom???hahahaha…lawak jar..pandai hang reka..
pakat all blogar,maki hamoon,celakekom broabone andde astrue-pekena.now startup.
coba toka comepani apai mentenen halus,ontong nya bosar,kalu dpt teka.dpt 10 sen.taken by hand to hand
Tq menteil.
Saya paling sokong point no.9. Memang kena sentiasa update. Penting sangat-sangat update terutamanya dengan post yang bagus.
hahahahhahahaa