Apa Jang Nara Ajar Aku Tentang Blog

Idea asal ini bermula dari aenaz dan ditiru ideanya oleh chokilala.. Dan aku juga ingin meniru idea ini kerana aku juga suka akan entry keduanya (tiru cara chokilala nak curi idea) Mari kalian lihat bagaimana Jang Nara, awek nombor dua aku ini mengajar aku tentang blog..

Aku tak tau kalian jenis bagaimana kalau tak mengakui kecomelan dia.. Lakonannya tidaklah sehebat mana tapi dia jadikan pakej yang dia ada untuk berjaya..

Begitulah aku mencontohi dia dalam berblog.. Ya.. Dulu aku tak ada pembaca.. Bagaimana aku mahu melariskan blog? Sudah tentulah dengan paras rupa atau dalam bahasa blognya ialah tema! Tetapi mestilah dengan isi yang menarik untuk mendapat publisiti..

Pembaca tegar blog ini pasti masih ingat bagaimana paparan blog ini dulu.. Sehingga ada yang mengatakan aku ini ada masalah mencari identiti.. Mana tak nyer.. Blog macam dak pompuan.. Tapi apa yang aku dapat?

Jang Nara nie bukan sedap sangat pon menyanyi.. :p Tapi dia mampu menjual suaranya sehingga 300,000 salinan! Lihat bagaimana dia belajar sehingga mampu meraih pelbagai anugerah..

Samalah jugak macam aku di awal berblog dulu.. Aku bermula dengan kosong! Aku yang langsung tidak mempunyai asas dalam dunia blog nie dengan selamba arnabnya membeli domain dan hosting! Gila apakah? Tapi aku yakin aku dapat belajar dan aku buktikan hari ini bagaimana blog ini sudah wujud..

Walaupun Jang Nara sudah meraih populariti, tapi tanpa segan silu dia belajar untuk memantapkan diri dalam dunia seni.. Itu tandanya dia tahu ilmu itu mana mungkin dapat hanya duduk ditepi longkang..

Macam aku katakan tadi, aku bermula dengan kosong.. Maka setiap harilah pakcik google kena jawab soalan aku.. Macam-macam tentang blog aku tanya.. Dan entah berapa kali blog aku hancur kerana proses ‘cuba dan gagal’ aku.. Terima kasih jugak pada namsahaz yang banyak sangat tolong aku dulu..

Aku tak terfikir bagaimana seseorang itu boleh menjadi bijak tanpa belajar apa-apa.. Lainlah jika malas dan banyak duit.. Upah saje, tak payah susah-susah..  Bikin blog semudah abc dan tiada satu pon menggunakan rumus algebra.. Kenapa perlu upah walau hanya tekan beberapa butang.. Melainkan tema, sampai sekarang aku masih belajar..

Tipulah kalau artis seperti dia tak punya kekayaan kan.. Itu bererti yang dia seorang penyimpan dan pengumpul harta yang bagus.. Dan dia beringat dengan hari tua..

Cuma inilah aku tak dapat nak ikut.. Sebab tu lah hosting pun tak dapat nak bayar.. Dan baru-baru ni pulak domain tak ingat plak mati bila.. Tiba-tiba down jer.. Huhu.. Aku dapat pengajarannya disini..

Macam mana? Barminat dengan idea nie? Jom la buat sama dengan cara kalian dan personaliti pilihan kalian.. :p

Reblog this post [with Zemanta]

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

43 Komen untuk "Apa Jang Nara Ajar Aku Tentang Blog"
  • zaryl February 22, 2010 at 12:23 pm

    owh. ingat dh x nk teruskan berblog haha
    aku pun lebih kurang sama dgn ko bro cuma aku tak nyusahkan pakcik google tp aku nyusahkan kwn2 je hehe

    trimas pada ko, topo dan ET sbb banyak tolong aku dulu…

    • menteil February 22, 2010 at 3:01 pm

      huhu… aku pon tolong sket2 jer.. skang ko pon lagi otai dari aku.. siap ada theme bagai.. hehe..

  • Extremist Thinker February 22, 2010 at 12:23 pm

    heh. kena copy gak nie. jatuh bgn akoo sbg seorang beloger :) akoo bermula d typepad, kendiam team selamba bagi akoo hosting, pastu kiok, pastu dgn selamba beli pakej mahal (kiok jugak), pastu beli hosting murah (kiok, idop, kiok, idop steady da). hehe.

    yup. xperlu keluar wang utk belajar buat belog :) sape nk aku ajar, akoo kasik free jugak. syarat: macam jang nara laa.

    • menteil February 22, 2010 at 3:03 pm

      aku pon bermula dari forum.. forum ntahpape.. haha…
      beli hosting kena tengok review customer dulu baru ok…
      sebab tu aku sanggup beli mahal.. dan sebab tu jugak la lambat renew.. haha…

      erkk! pemilih terlampau…

    • wan rosli August 21, 2011 at 5:06 pm

      tolong sya bro …. sya nak blajar ….

  • Sweet Thinker February 22, 2010 at 12:26 pm

    zaryl da hebat dari ET dan bersaing sehat dgn topo. ET masih lg rembat theme premium orang. haha!

    • menteil February 22, 2010 at 3:04 pm

      haha.. aku nak join bersaing boleh?

      psst.. aku dah insaf menggunakan premium theme free..
      (di menteil.net sahaja.. yg lain masih pakai :P)

      *mana satu da nama ko nie…

  • HURULAINI February 22, 2010 at 12:35 pm

    hohoho…..aku pun nak buat gak posting cemni….hehehe

    boleh plak ko selamba badak tak ingat bila domain mati…hehehe…nasib baik dpt cover balik…hehehe

    • menteil February 22, 2010 at 3:05 pm

      sila2.. aku menggalakkan ko buat sama :P

      huhu… banyak mende nak pikir tu… ape pun thanks!

  • samanosuke_04 February 22, 2010 at 3:29 pm

    kalo tak silap aku chokilala buat post cenggini ngan sorang laki tue kan? siap 2 post lagi.. ngoohoho, dah jadik trend da nie.. tunggu aku punye plak..

    • menteil February 22, 2010 at 3:37 pm

      hehe… sila baca di permulaan entry.. adeh..

  • Mr.Bintang February 22, 2010 at 3:38 pm

    haha.. dah mcm trend lak artis ajar kita tentang blog.. ngeeee… cam nak try gak lah.. tp nak amik siapa ye? hehehee…

    nk tnye.. ape bezanya 2 tickbox kat bawah ni? followup & follow-up? hehehe..

    • menteil February 22, 2010 at 3:44 pm

      Amek je aku.. hehe.. :P

      itu takde ape beza, aku je malas edit… :D

  • mknace February 22, 2010 at 3:57 pm

    :) :) :) sharing is power

  • knightblogger February 22, 2010 at 4:46 pm

    aku pun kan tiru korang gak lah. haha..

  • h3r0 February 22, 2010 at 5:19 pm

    banyak gak u=yg boleh belajar.. kira ok la..

  • zaryl February 22, 2010 at 8:09 pm

    wey. mana aci x leh reply. aku baru nk pangkah ET yg ada masalah identiti tu.. hahaha

    mungkin aku pn berniat baik utk meniru post hang ni.. nantiiiiiiii….

  • x-po February 22, 2010 at 8:47 pm

    hehe cam satu trand plak wat entry cmni..boleh dianggap sbg idola la ni ek? kuikui

  • Hafizd February 23, 2010 at 12:28 am

    hye abang Nara~ ooppsss… hehe..

    bagus cara2 demo start blogging nih…

    dah ler template blog nih laawwaaa~ jeles2

    happy blogging en menteil~

    • menteil February 23, 2010 at 1:24 pm

      cis!! siot jer panggil aku abang nara.. marah beautifulnara nanti.. hehe…
      thanks..

  • pakeri February 23, 2010 at 1:01 am

    PM pon dah ade FB..agak2 korang die ade blog ngan twitter sendiri x?

    • menteil February 23, 2010 at 1:24 pm

      er… aku rasa dia dah ada semua tu apa…

  • Khai February 23, 2010 at 10:17 am

    Sampai hati ko kate Jang Nara aku berlakon tak lah sesedap mana? kejam!! hehehe..

    • menteil February 23, 2010 at 1:25 pm

      err… aku rasa memang tak best pon dia berlakon..
      yg best tengok dia berlakon sebab kecomelan dan kebudakan dia tu jer.. hehe…

  • syin February 23, 2010 at 12:57 pm

    ” blog mcm dak perempuan ” – perli habis nmpk…hahahaha…aku dah kalis dah dgn tohmahan tu..hahah

    hahaha…lepas ni sape plak ye yg buat posting rantaian ni ye…hahaha..

    • menteil February 23, 2010 at 1:25 pm

      aku kata kat aku lah.. bukan kat orang lain…
      silalah buat..

  • [...] ini diinspirasi dari entri aenaz, yang kemudian diikuti oleh chokilala, dan kemudian diikuti oleh menteil. Macam best je buat entri begini. Jom tengok apa pula yang diajar U-know Yunho kepadaku tentang [...]

  • zool February 24, 2010 at 12:00 pm

    dah lama tak singgah blog ni..
    berubah je ek..

    • menteil February 25, 2010 at 5:47 pm

      komen bro sik masuk akismet spam nape ek? try contact dorang…

  • wanie February 24, 2010 at 10:00 pm

    dulu-dulu blog cam ppn?? apa bezanya skrg dgn icon hello kitty kat belah atas tu???huhuhuhu

    • menteil February 25, 2010 at 3:44 pm

      argh… aku benci sama kaooo…. :P

  • Eriyza February 26, 2010 at 11:56 am

    Cam best gak wat topik gini eh.
    Hehehe!!! :)

  • Maya February 26, 2010 at 12:41 pm

    Aku mengikuti blog ini sejak awal pembukaannya lagi. Aku akui pemilik blog ini mempunyai pelbagai strategi baik punya demi menarik pembacanya.
    Aku juga prasan satu masa tu, dia seakan down sangat blogging. Tanggapanku masa tu dia MUNGKIN sudah mahu berhenti atau putus asa berblog ditambah lagi dengan tanggungjawab kerja.

    Dan masa tu aku jugalah marah dengan attitutenya sebab sebelum ini dia byk bg tips itu ini bla bla tentang blog. Bg tips tapi dia sendiri tak buat.
    Arghh di mana lagi aku akan dapat membaca sesuatu yang puitis, kreatif dan selamba seperti penyampaian blog ini… Akhirnya, dia kembali juga.. walaupun tidak sekerap sebelum2nya.

    P/S: Jangan kesah orang kata, janji ko suka dan bahagia. Aku mengaku aku selalu cemburu dengan tema yang ko guna. Simple but creative.

    • menteil February 26, 2010 at 1:02 pm

      huhu… aku memang banyak kali putus asa… tapi nasib aku still ‘kuat’… itu pun sebab pembaca yang selalu menyokong aku…

      “dia byk bg tips itu ini bla bla tentang blog. Bg tips tapi dia sendiri tak buat.”
      huhu… pedas ayat tu.. memang aku mengaku, kadang2 aku jadi hipokrit kat blog sendiri… sekarang pon aku masih lagi mencari mood menulis seperti dulu2..

      apa pun, trimas! orang macam maya lah yang membuatkan aku masih terus berblog… :P

  • pelise March 1, 2010 at 10:31 am

    sinonim tul artis=blog…bagus-bagus entri kali ni…menarik…jgn bimbang sy xnk tiru…ramai dh nak tiru tu…sy out

  • pelise March 1, 2010 at 10:32 am

    tp suke ntri ni…

  • pjan March 1, 2010 at 12:10 pm

    hahaha syabas menteil…sebenarnya setinggi mana kita ni takkan habis untuk kita terus belajar.. belajar dan terus belajar…barula kita terus sukses..
    mcm kata orang tua2 jadilah seperti padi makin berisi makin tunduk..

    dulu kita zero sekarang kita da ada sesuatu tapi kita terus belajar dan merendah diri

  • Roslan March 2, 2010 at 12:27 pm

    nampaknyer sentiasa berubah theme blog nih..huhu..semoga teruskan usaha berblog..bgs gak idea camni..huhu

  • sickchild72 March 6, 2010 at 11:30 am

    aku nak tiru gak la idea ni!
    hahahahahaha.

    sape ah artis yang aku nak guna. hikhik

  • [...] ini diinspirasi dari entri aenaz, yang kemudian diikuti oleh chokilala, dan kemudian diikuti oleh menteil dan selepas itu hurulaini juga turut mengikutinya. Aku agak suka membaca post-post mereka lantas [...]

  • aizuddin March 7, 2010 at 3:12 pm

    jang nara tu sape?tak kenal pun..huhu

  • naz March 9, 2010 at 12:32 am

    hoho,bila menteil tulis mmg jd best. aku same cam ko & jang nara, kosong xtau pape, gile hape ttbe beli hosting & domain. hohoho

  • [...] ilhamkan dari blogger yang aku respek iaitu aenaz. Seterusnya ikuti blogger-blogger lain chokilala, menteil, hurulaini, topo dan [...]

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog