Bajet 2009 Yang Sudah Terlambat

bajet-2009

Pertamanya aku SANGAT BERTERIMA KASIH pada yang memberi pendapat dan nasihat yang bernas pada entry yang lepas.. THANKS!! Majoritinya memang sangat membantu.. Itulah berguna dan bermanfaatnya penggunaan internet ini.. =) Oklah.. Sebagai pembakar semangat aku dikala berkerja dengan lebih tekun dan jujur aku ada senarai yang harus aku dapatkan sebelum sampai hujung tahun ini..

vaio
1. VAIO® Notebooks
Disebabkan aku dahulu seorang gamers yang tekun juga, maka aku batalkan niat aku untuk mengambil notebooks sebaliknya aku membeli desktop pc.. Akhirnya aku sedar aku bukanlah seorang gamers yang sejati dan mengambil keputusan untuk membeli notebook ini untuk memudahkan kerja aku nanti.. Kenapa aku memilih notebook ini masih menjadi tanda tanya.. hehe..
Jangkaan capaian = minggu depan

11
2. Digital Single-Lens Reflex Camera (DSLR)
Aku sememangnya cemburu pada rakan² blog khususnya topo kerana sudah memiliki barangan ini.. Cis kataku dalam hati.. =) Maka dengan ini aku bertekad untuk membeli juga barangan ini.. Sebab aku yakin aku punya bakat dalam bidang photography dan aku sedikit kecewa bila gambar yang diambil orang lain tidak menepati cita rasa aku.. huhu.. Jenama apa dan model apa aku masih belum tentukan lagi.. Aku perlu bertanya si pakar dahulu nanti..
Jangkaan capaian = bulan oktober 2009

sony-ericsson-c905
3. Sony Ericsson c905
Pembaca tegar blog aku mesti sudah mengetahui yang handphone aku sebelum ini sudah di curi oleh lakhanat sial itu.. Dan sekarang aku masih lagi menggunakan handphone baling anjing lagi.. =) Semenjak aku menggunakan k800i, memang hati aku sudah dicuri oleh sony ericsson dengan kecermelangan kepuasan penggunaannya.. Maka aku takkan beralih arah kepada jenama lain.. Kenapa ya aku tak berminat dengan iphone?
Jangkaan capaian = dalam masa terdekat

perodua-myvi-se
4. Kenderaan Berbumbung Tanpa Curahan Hujan
Dengan kata lain kereta la beb! Sampai bila aku nak merempit ye tak? (er.. aku bukan mat rempit.. cuma rempit itu disalah ertikan) Kereta jenama apa dan model apa aku masih belum putuskan.. Kemungkinan besar jenama tempatan (support beb!) Tapi aku ada hati jugak nak membeli toyota vios.. Huhu.. Perodua Myvi pon ok apa.. Tengoklah nanti..
Jangkaan capaian = hujung tahun

kawin
5. Alam Rumah Tangga
Kawin? Haha.. Tak la.. Gurau jer.. Yang pasti aku takkan berkahwin pada tahun 2009.. (tapi itu mengikut jodoh la) Maknanya gadis² diluar sana tak perlu bimbang.. Haha..

Sebenarnya 4 aset di atas bukanlah wajib dikejar pada tahun ni.. Cuma ini menjadi pembakar semangat aku jer untuk menjadi yang lebih berjaya.. Doakan aku..

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

52 Komen untuk "Bajet 2009 Yang Sudah Terlambat"
  • Azah June 4, 2009 at 6:52 pm

    rindunye kt menteil…
    :alaa:

    • Adam June 7, 2009 at 3:03 pm

      Haha. Die Hard Fan nie.

  • HuRuL_AiNi June 4, 2009 at 6:54 pm

    salam
    hoho….
    cayo2….
    aku pun plan nak dapatkan DSLR & handphone canggih sikit….kalau dapat dalam tahun ni….tengah merencana kewangan jugak…haha

    apapun, harap ko dpt online dgn lebih kerap nanti…hehe:baik2:

  • Azah June 4, 2009 at 6:55 pm

    kalo nk kawin jemput la..
    biar satu ada meja khas utk komuniti bloggers.
    :baik2:

    • hanc June 4, 2009 at 8:06 pm

      betul2. hanc pun sokong cadangan azah :)

  • mrkay June 4, 2009 at 7:11 pm

    korok mu! sejak bile proton kuarkan myvi? ajaran sesat ko neh.. aku rasa kat keta aku tuh tulis PERODUA MyVI… cets!

    • MuNsYi-SaMa June 5, 2009 at 7:29 pm

      hoho..sah2 ade lambang perodua kt gamba tu..haha..bkan Naza MyVi ke?
      :hehe:

    • beliamuda June 8, 2009 at 12:24 pm

      hampir tidak perasan tadi.. PROTON Myvi… :cak2:

    • menteil June 9, 2009 at 4:24 pm

      haha.. ye la. aku salah.. nanti aku betulkan.. cis!!
      *buat dlm masa 10minit..
      :cak2:

  • sickchild72 June 4, 2009 at 7:16 pm

    haha aku tau ko nak kawin ngan aku.
    bapak banyak gila siot duit ko.
    arghhh jelesnye aku.
    :alaa:

  • Hasbullah Pit June 4, 2009 at 7:31 pm

    Ada ke telefon lagi baik drpd k800i?

    C905, bagi aku tak sebaik k800i.

  • PakciQue June 4, 2009 at 7:42 pm

    Wei. Rindu bangat sama kau, Ha-ha.
    :cak2:

  • Khai June 4, 2009 at 7:48 pm

    Fuh.. semua target dalam tahun ni? ko menang TOTO ke pe bro? hahaha…

    Neway good luck.. insyaAllah boleh tercapai..

    mengenai kereta tu, sejak bila proton ada keluarkan proton myvi? perodua la sayang..

    p/s: ko ada sms aku tanye pasal laptop kan? aku xde kedit nak reply time tu.. dah topup aku lupa plak nak reply.. so jawapan aku bagi sms tu, Vaio la the best choice.. harga pon best… hehehe…

    :alaa:

  • cidimidi June 4, 2009 at 7:57 pm

    semoga tercapai target kamu itu.. Amin..:comey:

  • hanc June 4, 2009 at 8:12 pm

    salam…
    semoga happy selalu ngan keje and kehidupan.. ye..
    buat pilihan yang betul..
    semoga segalanya berjalan seperti yang di rancang,,
    amin…:baik2:

  • Kujie June 4, 2009 at 9:53 pm

    DSLR tu dlm list kak jie juga…erk
    meh kita main kutu…kahkahkah

    akhirnya muncul juga…

  • Dieyla June 4, 2009 at 9:54 pm

    good luck weh.
    bosan dowh ko lama tak update!
    benda lain aku tak kesah.
    aku kesah dgn notebook tu,
    aku pun nak beli notebook baru gak weh!!!

  • Kreuger June 5, 2009 at 12:08 am

    giler beb… bagus bagus… tinggal separuh tahun lagi.
    aku sure separuh dapipada mende yang nko idamkan tuh
    dah hampir menjadi kenyataan… maybe nko buat site servey la
    ni…

    ok paham le tuh… cume site server yang terakhir tuh kene
    buat servey yang berpatutan dan yang betoi betoi kene
    pada pilihan hati… hehehe salah pilih… sindirik yang merana.
    ok… aku doakan nko berjaya~

    • topo June 5, 2009 at 3:06 am

      hahahah aku baca komen ko baru aku sedar yg skrg ni dah pertengahan tahun dah.. hohoho aku ingatkan still awal tahun lagi…:cak2:

  • topo June 5, 2009 at 2:59 am

    hohoho hidup lagi ko rupanya kat alam maya ni.. hohoh sekarang ni aku dah tek bernafsu dah nak beli henset canggih2.. lagi selesa guna henset baling anjing.. bila bosan boleh main campak2.. :cak2:

    • PakciQue June 5, 2009 at 2:56 pm

      Memang mati lah anjing tu kalau kena baling dengan hp kau tu..

      :cak2:

  • Wira DuniaMoto June 5, 2009 at 9:11 am

    Bagus la bro dah ada sasaran hidup. Pada aku yg
    penting adalah keutamaan dalam setiap tindakan
    kita.

    Kalau kita pandai pilih keutamaan dalam setiap
    tindakan IsyaAllah semua akan teratur dan terurus.

  • pjan June 5, 2009 at 10:08 am

    gla ahh menteil semua ko nak beli dlm tahun ni…gaji ko patpuluh ribu ke hehehe…aku nak kawin dulu pun amik masa 2 tahun..nak beli keta 2 tahun gak ni kau semua dalam masa terdekat..perghhh cayalah..

    ke ko ikut no ramalan dalam harian metro then ko g beli nombor hahaha

  • Ryehana June 5, 2009 at 11:26 am

    wahh byk duit ko…
    aku jeles gile ngan notebook Vaio tu!! arghhh nak jugak!!

    “Yang pasti aku takkan berkahwin pada tahun 2009.. (tapi itu mengikut jodoh la) Maknanya gadis² diluar sana tak perlu bimbang.. Haha..”

    Nape lak gadis2 xperlu risau???
    :cak2:

  • aE Da June 5, 2009 at 3:42 pm

    fuh tak sedar2 dah setengah tahun pla…
    bestnya menteil suma yg diimpikan cam senang je nak capai..huhu:alaa:

  • zuriaf June 6, 2009 at 1:07 am

    banyak duit kau? 2 bende nak dicapai dalam masa terdekat..

  • asbesstos June 6, 2009 at 8:56 am

    VAIO ; Beli je bro..melabur untuk yang terbaik takkan merugikan…segalanya mungkin sama dengan brand lain..tapi percayalah kau akan rasa kepuasannya bila guna vaio…damn i love my vaio….

    SLR: Kalau kau suka ambik gmbar orang kawin atau gambar yang seantero dengannya..aku cadangkan canon the best…but kalau kau suka tangkap gambar pemandangan u better go for nikon..aku pun akan pilih nikon…hehehe

    KERETA: Dulu aku tak suka myvi..tapi kenapa aku tetiba mcm suka sangat myvi..lagi2 myvi SE yg latest ni..orange or white color mmg sangat mengiurkan…SAGA pun ok jerk…modified mesti lawo….kekekekeke..(support malaysia product)

    HANDPHONE: Sony Erricson memang yang terbaik…susah nak curang ngan sony kalau sekali kau dah pakai brand dowang…itu apa yang aku rasa la…huhuhuhu

  • adol June 6, 2009 at 9:41 am

    bagus la ko nie ada matlamat… huhuhu

  • milsum June 6, 2009 at 10:48 pm

    cayalah tell…
    balik2 trus citer psal target2 nih..
    msti ade bnda best yg ko buat msa mghilang nih..:apa:
    apepun…wlcome back!
    :nari:

  • Adam June 7, 2009 at 3:01 pm

    Mesti dapat projek banyak juta neh, Skali angkat kereta beb. Gudluck.

  • Roslan Nazri June 8, 2009 at 3:31 am

    target sume dalam jangka masa terdekat… bagus2..bujet lambat pun kalo dah dapat nti leh display @ show off kat blog ye..nice!!!

  • Ua June 9, 2009 at 9:14 am

    Part kereta idaman tu aku minat btol.. Minat nk komen. Err.. Lesen dh amik? Cop! Gear 1 tolak dpn ke blakang? Biar menteil yg jwb sbb aku tau die x tau.

  • Pert DMQ June 9, 2009 at 5:32 pm

    oh tidak! aku cemburu membaca post ini :wargh:

    Nota kaki: post ni membakar semangat aku yg sedikit down ini..setelah kekecewaan berlaku. “There always another mountain to climb”:chayok:

  • PakciQue June 9, 2009 at 6:39 pm

    Pergi…Datang…Pergi semula…Apa ni menteil..
    :cak2:

  • mohdisa June 10, 2009 at 1:43 am

    wah, menarik ni…aku teringin gak suma tu…hehe

  • ubey June 10, 2009 at 1:58 am

    huk3. insya Allah mst dpt klu rjn usaha. jeles lak rase. huahuahau

  • Kill-Vearn June 10, 2009 at 8:00 am

    eh pelik betoi… aku rasa aku dah lama komen kat sini.. takkan takde kot… ades…. ko nak beli smua tu mesti lebat kan duit… alang² beli viao tu leh la bg aku rm50 wat belanje.. hahaha… ko nak balik s.alam bile beb? kalo balik leh la pekene mamak agi.. hahaha…

  • Adam June 11, 2009 at 4:08 pm

    Salam ziarah. Bila nak buat keputusan?

  • loq June 12, 2009 at 12:55 pm

    aku pon dah siap draft untuk whislist jangka masa pendek
    tunggu nak publish je

  • zelo55 June 13, 2009 at 4:20 am

    aku…
    ermmm…
    dgn ape yg ko nk beli ni…
    jauh sekali…
    huhuhuuuu….

  • gelengkepala June 13, 2009 at 2:34 pm

    wow.. vaio saja dah berapa ribu dalam 4-5 ribu gak aku rasa.. DSLR dlm 1800 hanphone lagi, kereta lagi.. perh mcm mana nak archive nie? ko keje aper? business man ke? Engineer ke? aku tak mampu la nk capai mcm ko.. tapi kita kena pasang impian barulah berusha untuk capai.. apa-apa pun tahniah

  • cidimidi June 13, 2009 at 5:46 pm

    Salam … Menteil.. Awk g mane? Serisubuh.com perlukan bantuan awk.. :alaa:

    Saya mintak maaf klu ade wat salah pape.. Dah mintak tolg pie sbb awk bz.. tp xtau ape nk buat.. :haish: Please… Erm.. ade sesape ble tolg.. ym kiter pun ble

  • riyana June 13, 2009 at 10:49 pm

    menteil. cm lama xde update ye. bizi ngan kerja kah? =)

  • si lampu lampi June 15, 2009 at 2:04 pm

    banyak juga goal ko yer zzzz

  • VuJiE June 16, 2009 at 8:27 am

    “gadis di luar sana tak perlu bimbang”
    haha tergelak aku baca. :D
    selamat mencapai semua target menteil~
    tapi kalau nak beli keta tu, beli dua ek.
    aku nak satu. haha.
    bajet vaio aku dah tcapai. hik3.

  • zulfitry.com June 16, 2009 at 6:57 pm

    wah..banyaknya wish list anda…semoga berjaya hendaknya..:apa:

  • cidimidi June 17, 2009 at 6:03 am

    Semuanya da ok.. terima kasih… :comey:

  • chempaka June 17, 2009 at 1:37 pm

    Alahai sama la benda yang kita nak.. sebijik2 plak tu kecuali kahwin dengan hp sony slide tu sbb xminat slide phone… Tapi aku rasa dalam masa tahun ni aku leh dapat satu jer la aset2 tersebut.. x mampu ma…:nangis:

  • hanc June 19, 2009 at 6:23 pm

    hai broo…..:ohtidak::comey:

  • ika June 19, 2009 at 6:34 pm

    kawin tu kalo dah dapat semua yang kat ats and plus umah. nanti senang lenang bini kaw heheehehe
    :comey:
    (mateku juga bersinar-sinar melihat semua dah ade..wah3)

  • zool June 21, 2009 at 12:49 pm

    Kalau ikutkan 5 perkara di atas memang aku ingin capai gak tahun ni. tapi setakat ni baru satu je kete.. yg lain masih belum kemampuan..
    huhuhuhu

  • kusu June 21, 2009 at 4:15 pm

    aku nak semua yang ko nak tu..hee..
    sama!

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog