Berikan Aku Novel

Erm… Lama jugak idea untuk menulis entry nie datang.. Tapi aku utamakan contest kat blog aku dulu baru aku nak tulis pasal benda nie.. Idea nie timbul bila aku dapat komen dari Mr AhFa kat entry memikat kembali si dia tu.. Apa dia komen?

kekekekeke, menteil, apa kata ko buat novel cinta. Aku tolong carikan publisher, nak?

Ceh!! Aku tak tau dia nie nak tolong aku atau nak perli aku.. Haha.. Tak kisah la.. Tapi komen dia tu telah membangkitkan memori lama aku yang dah nyenyak tidur.. Apa dia?

[audio:http://www.esnips.com/nsdoc/04bcb977-4270-4a07-8173-be4919b955a1/ts_id/1225650384140/ns_flash/file88.mp3|autostart=no|bgcolor=0x000000]

Jangan gelak ok.. Aku pernah pasang impian untuk menulis novel.. Haha.. Macam lawak pulak aku yang ganas hati nie nak menulis novel.. Tapi bukan novel cinta.. Pebarang!!  Ok.. Mari imbas memori dua tiga tahun lepas…

1. Selalunya sewaktu aku dapat kertas jawapan yang sudah siap disemak oleh cekgu2 bahasa melayu aku (aku sebenarnya keliru samada bahasa melayu atau bahasa malaysia) , aku pasti akan mendapat pujian atas penulisan aku.. Sebenarnya masa tu aku tak tau pon apa yang di puji.. Bagi aku biasa jer karangan aku tu.. Tapi banyak kali jugak cekgu2 aku nie puji aku.. Masa tu yang aku tau kembang jer la walaupon tak paham.. Haha…

2. Sewaktu aku bercinta di sekolah dulu, ex aku nie paling minat subjek bahasa melayu. So.. Selalunya dia mesti bengang jer sebab markah aku yang selalu lebih tinggi dari dia.. Walhal dia cukup pemes di sekolah dengan penulisan jiwang dia tu.. Jadi kitorang selalu la bersaing dengan markah masing2 walaupon aku tak amek kesah.. Sebenarnya aku suka subjek matematik dan matematik tambahan, bukan bahasa melayu!!

3. Juga di zaman sekolah.. Juga zaman bercinta di sekolah.. Hehe.. Dulu manede handphone.. So cara kau nak berhubung dengan si dia ialah melaui surat.. Biasalah kalau surat menyurat nie, tak kan nak bagi macam SMS pulak.. Haruslah ia panjang berjela2.. Selalunya panjang surat aku akan mengambil sebanyak 5 muka surat.. Mak!! Gila!! Sampai ada member yang menegur “ayat apa ko pakai?”

4. Aku dulu suka membaca novel… Serius!! Aku tak tau kenapa.. Tapi aku tak penah beli pon.. Selalunya orang punya.. Orang pinjam aku yang baca.. Masa paling cepat aku ambil masa 3 hari dan paling lama seminggu untuk aku habiskan novel tu.. Dapat agak kan? Dah tentulah novel tu gila bagak tebalnya.. Mungkin sebab suka membaca novel, penulisan aku dulu pon turut terikut sekali..

Sehinggalah aku terlantar akibat kemalangan dulu.. Aku sendirian.. Aku tak punya teman.. Yang menjadi teman aku hanyalah bahan2 bacaan yang kadangkala naik jemu aku membaca.. Semua aku layan.. Kreko, Starz, Remaja, Anak Sateria, One Piece dan macam2 lagi la.. Termasuklah jugak novel…

Kemudian aku terfikir.. Bagus jugak aku buat satu novel yang membangkitkan memori aku bila membacanya.. Novel yang mampu menimbulkan rasa sebak bila orang membacanya.. Juga akan menaikkan semangat bagi mereka yang pernah jatuh merudum seperti aku.. Apakah?! Yup!! Novel sebuah penceritaan seorang menteil yang punya banyak pengalaman yang mungkin menarik orang untuk membacanya…

Tapi itu semua dulu la.. Bila aku dah sihat walafiat.. Semua aku lupa.. Aku kembali ke dunia yang penuh tipu helah.. Mana pegi novel, impian, memori semua dah hilang!! Pupus!! Sehinggalah MrAhFa membangkitkan kembali memori aku.. Cis!! Aku dendam kau sekarang.. Haha..

Lagipun aku tak rasa pon aku layak untuk menulis novel.. Aku tak punya skill berkaitan penulisan kreatif nie.. Buktinya? Tengokla penulisan aku kat entry nie, semua terabur!! Juga di semua entry menteil.net nie.. Haha.. Maka, aku akan menidurkan kembali memori itu..

suka dengan penulisan Ahadiat Akashah dulu.. ingat lagi lagenda budak setan? err… panjang jugak entry nie…

pada yang nak menuntut hadiah, dan aku tak reply mungkin ada masalah.. aku pon tak tau nape.. sila hantar pula ke menteil20[at]gmail.com atau YM aku di menteil_liberty, maaf…

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

63 Komen untuk "Berikan Aku Novel"
  • eni November 4, 2008 at 12:25 am

    erk??? surat cinta sampai 5 muka surat????
    surat cinta ke cerpen tu? ape la yg ko tulis ek?

    eh2… aku pon suka novel lagenda budak setan tu…
    tp xtau sape pinjam…
    novel tu da lesap…
    ouh!! sgt sayang!!!

    :alaa::alaa:

    • menteil November 4, 2008 at 12:45 am

      tak tau la..
      cerpen ada, pantun pon ada..

      pecah kaca pecah gelas
      sudah baca haraf balas..

      muahaha…

      ler..
      ko dah lupe ke?
      aku la yang pinjam…
      haha..

      • eni November 4, 2008 at 1:33 am

        haha.. tu memang kira pantun wajib tu…
        mase kecik2 kalo tulis surat cnfirm ade..

        erk?? ko yg pinjam??!!!
        PULANGKAN!!!!!!!
        :marah::wargh:

        • menteil November 4, 2008 at 1:47 am

          dah hilang…

          ada lori ada bas
          ada hari boleh balas

          muahahaha….

  • Azizwan™ November 4, 2008 at 12:25 am

    adakah aku pengomen pertama? hehehe..

    baru aku tau rupanya insan bernama menteil ini adalah seorg penggila novel. ermm.. bro nak novel apa? nanti aku belikan 2/3 buah. ahakz!

    • menteil November 4, 2008 at 12:50 am

      owh..
      yang kedua la.. hehe..

      aku nak baca lagenda budak setan tu, boleh?

      dulu je baca novel.. skang dah malas…

  • izzy November 4, 2008 at 12:32 am

    hehheh!!menteil, aku tunggu novel ko…buat aaa weiH~:yeargh:

    • menteil November 4, 2008 at 12:53 am

      hehe… mungkin takde kot..
      jangan la tunggu.. huhu

  • |1f34|-|1r3 November 4, 2008 at 12:38 am

    beb..ko nak wat novel x semestinya ko sendiri tulis…ko bg idea kat ahadiat akashah tuh…biar dia yg tuliskan utk ko…kalau ko tgk buku biografi, buku mamat tuh sendiri yg tulis, ada penulis dia sendiri….hehe…penulis tuh nanti aku soal siasat la mamat yg nak tulis biografi tuh jer..:gelakjahat:

    • menteil November 4, 2008 at 12:55 am

      huhu… berapa pulak aku kena bayar kat dia… tak mampu aku beb.. haha…
      takpon ko ke yang tuliskan..hehe

      bro.. aku banyak kali tak leh masuk blog ko la..
      adus..

  • azi November 4, 2008 at 1:11 am

    mak aii…surat cinte kemaen pjg berjela!
    haii jiwang ko ni ea…
    hahaha

    • menteil November 4, 2008 at 1:18 am

      dulu memang jiwang…
      skang tak lagi.. hehe..

      • Marzuki November 4, 2008 at 1:59 am

        pengakuan berani mati ni, kahkah

      • Mohd Hafifi November 4, 2008 at 8:19 am

        xsalah pun jiwang..awek lagi syg..hehe :baik2:

      • cty November 4, 2008 at 10:56 pm

        ha3!! ko memag.. xdinafikn lg:baik2:

  • Saffa November 4, 2008 at 1:36 am

    Wah!!!!!!!!!!!!!!! first time jumpa lelaki macam menteil ni! CONFIRM! Menteil memang UNIK!
    Saffa pun suka berangan nak tulis novel.. tapi dah jadi blogger nih.. cukuplah.. lepas gak gian nak menulis-nulis nih!

    • menteil November 4, 2008 at 1:46 am

      haha… satu lagi gelaran aku dapat..
      menteil unik.. huhu…

      itu lah.. aku pon rasa macam tu..
      lepaskan semua kat blog nie jer..

      apakah menteil.net akan menjadi blog novel?
      oh tidak…
      :ohtidak:

      • saffa November 5, 2008 at 3:18 am

        LOL.. apa salah nyer!:baik2:

  • amirull November 4, 2008 at 3:11 am

    ape yg aku taw, ahadiat akashah tu penules novel terbanyak kat Malaysia nih. betol x??:baik2:

    • menteil November 4, 2008 at 1:57 pm

      erm.. tak pasti la..
      sebab aku bukan pengikut novel nie… hehe..

      rasanya ada lagi banyak kot…

  • Hairul November 4, 2008 at 7:42 am

    Ni cadangan untuk novel ko menteil.

    “Cinta Celaru.” :cintun:

    • wanie November 4, 2008 at 8:57 am

      hahah betul betul..menteil kalau ko buat novel cinta celaru ni confirm aku beli :yeargh:

    • menteil November 4, 2008 at 1:59 pm

      haha… macam menarik jer tajuk tu…

      poyo la kau wahai cik wanie..

  • taukey November 4, 2008 at 8:07 am

    Novel ke? aku nyer BM tak capai tahap piawaian yang sepatutnya. ha ha ha. hmmm ko lupa dah semua novel yang ko dah tulis sebab ko dapat tulis dalam blog.

    sebab itu jugalah aku rasa blog ko ni menarik gak sebab gaya penulisan ko menarik tahap gaban

    :comey:

    • menteil November 4, 2008 at 2:00 pm

      lupakan kisah novel untuk blog.. hehe…

      psstt… serabut la gaya penulisan aku.. haha..

  • wanie November 4, 2008 at 8:49 am

    aku suke baca novel yg dihasilkan dari kisah benar

    suke baca novel berkisarkan keluarga /kwn

    tapi aku MENYAMPAH baca novel ala2 tak logik jiwang karat nak MAM .

    aku suke baca novel sharifah abu salem…ahadiat akashah??wekkk:cak2:

    • menteil November 4, 2008 at 2:05 pm

      kekadang aku suka gak baca berkaitan jiwang mawang nie…
      layan feeling.. haha…

      wah!! anti betul nie?
      :yeargh:

  • PakciQue November 4, 2008 at 9:31 am

    wah..ko minat math n add math ke..hmm..sama la pulak..

    Dan aku pun minat juga membaca novel..lagenda budak setan..kendian bersambung katerina..dan kendian kasyah..legasi yang tiada putus..

    Aku juga pernah cuba-cuba menulis novel..tp hanya larat buat 3 bab je..lepas tu terus padam…akhirnya aku edit semula dan jadikan cerpen..hantar ke karangkraf..tp aku rasa dorg tak publish kat mne2 mjlh dorg..

    Sekarang ni aku minat baca novel tulisan fauziah ashaari..dan juga ramlee awang murshid..kau patut cuba..

    • menteil November 4, 2008 at 2:06 pm

      erm… membaca komen ko nie mesti berminat pada penulisan..
      baguslah, teruskan perjuangan aku yang tertinggal.. haha…

      banyak jugak ko baca..

      nantilah kalau ada masa aku baca.. hehe..

      :baik2:

  • megat November 4, 2008 at 10:11 am

    bagus juga idea tu. sesetengah perkara tidak perlu ikut apa yang diri kita impikan tetapi menerima pandangan orang lain juga perlu.

    kita sebenarnya tidak nampak apa yang diri kita boleh lakukan. sebab itu sebelum aku serius dalam blog, aku minta pandangan antara 6 rakan aku.

    3 darinya mengatakan aku memang ada bakat dalam penulisan dan psikologi. ya lah aku ni dah jadi macam penasihat dalam kehidupan mereka.

    ps : apa kata kita create 1 blog novel (e-novel). orang kita kan suka baca penulisan novel camtu ehhe.

    • menteil November 4, 2008 at 2:08 pm

      huhu.. aku pon nak tanya la memember aku.. hehe..
      tapi bro memang bagus dalam penulisan..

      psst… ade gak terfikir nak wat e-novel..
      tapi bila fikir balik, ada ke yang nak menulis.. hehe..

      aku? oh.. susah sket..

      :gelakjahat:

    • cik afeera November 4, 2008 at 11:11 pm

      abg megat….feera salu bace novel dlm vF…hahaha….best….best…

      errrr xpasti nk ckp novel ker cerpen mende alah tu :p mcm panjang jerk citernyer :D

    • cik afeera November 4, 2008 at 11:38 pm

      aku pon minat bace novel!!tp aku xpenah bli novel..hahahaha

      mase skolah dl aku ader wat cerpen….banyak gak lar cerpen y aku wat…tp ms aku kuar dr asrama tu,ak da terhilangkan cerpen aku tu :( **sebenarnyer aku masih keliru y aku tulis dl tu novel ker cerpen…hahahaha

      psst….surat cinta aku 1 page pon x abes :p aku tulis tu pon sebulan sekali n setelah beberapa bulan x jmpe..kehkehkeh…cemane lar ko leh tuleh panjang bejela2 sedangkan jmpe tetiap ari!!ajaib…ajaib….

      **aku suke novel on9 skrg neh :D

      • cik afeera November 4, 2008 at 11:56 pm

        alamak!!cemane plak ak bleh tereply kat cni neh…adesss….lantak lar menteil ek :D

      • menteil November 5, 2008 at 12:58 pm

        no lah..
        yang panjang tu untuk yang jauh..
        yang dekat tak payah tulis pon takper..
        haha

  • syzn rzki November 4, 2008 at 10:38 am

    wah! lagenda budak setan?? bf aku br ckp suh cr bk tuh…dia kt best…hu3. pjg umo bk tuh, kene cr nih :baik2:
    bc gk novel, beli sndri okeyh :nari:
    tp pecah rekod…1 jah novel dpd 10 novel aku yg aku xdpt nk abes an dlm ms 2-3 hari = “getaran rindu”. Tah apa hal aku xdpt nk abes an, cite blh tahan…hhmmm:taktau:
    dpt cr mn ada lagenda budak setan tuh sila bgtau…nk bc gk:comey:

    • menteil November 4, 2008 at 2:09 pm

      hehe.. peminat novel…

      ntahla.. aku pon sedang mencari..

      :apa:

      • syzn rzki November 4, 2008 at 2:24 pm

        yep2…die hard fan pny nih! ha3…skang nih kureng sket pasal wet tgh simpan nk li nset…he3…
        usaha mencari novel itu telah dilancar an:yeargh:

  • eclipse November 4, 2008 at 2:55 pm

    surat cinta ka, wasiat =.=” owh itu buku zaman 90an kan. lagenda budak setan. kertas pon kuning:apa:

    • menteil November 4, 2008 at 5:47 pm

      yup!! zaman ketika aku masih jambu..
      haha…

  • i-sya November 4, 2008 at 4:05 pm

    ko tulis surat cinta 5 page????

    tgn ko x lenguh ker??? :seram:

    • menteil November 4, 2008 at 5:48 pm

      dia pon bosan baca kot…
      haha

  • LyA November 4, 2008 at 6:25 pm

    surat cinta 5ms isk iskh
    :taktau:
    agak2 die ade kumpul x utk wat album surat cinta
    :gelakjahat:

    • menteil November 4, 2008 at 7:13 pm

      sumer dah dibakar kot..
      haha.. kompem!!

  • Eriyza November 4, 2008 at 6:39 pm

    Ada novel Hijau tak??
    Dah lama carik.
    Huhuhu!!!

    • menteil November 4, 2008 at 7:14 pm

      aduh!!
      aku bukan pengumpul novel…
      so.. dah tentu la takde.. huhu..

      korang??

  • Mr Am November 4, 2008 at 8:22 pm

    haha.. nanti aku nak beli la novel yg ko tulis..
    :D

    • menteil November 5, 2008 at 12:59 pm

      er… aku takkan tulis la…
      tinggal impian..

  • myadlan November 4, 2008 at 10:13 pm

    wah.. menteil ni rajin baca novel jugak.. aku plak ske baca majalah2.. tak ske bc citer panjang2 sgt..

    hm.. da lama tak baca novel2 ni.. malas nk bli.. sama la kite..

    • menteil November 5, 2008 at 1:07 pm

      aku pon baca majalah, komik pon aku layan..

      yang pasti, aku tak pernah beli novel.. haha…

  • Dj Farrel November 5, 2008 at 12:20 am

    Menteil.. kita serupa… aq pun suka baca novel2:alaa:

    • menteil November 5, 2008 at 1:09 pm

      hehe.. itu dulu la..
      skang dah takde, err.. kurang kot..

  • erinsza November 5, 2008 at 7:49 am

    hi menteil first time I komen kat blog u, best cite u tak memboringkan,dan klu rajin singgahlah ke blog I dan komen sekali.

    kite tukar link nak.:hai:

    • menteil November 5, 2008 at 1:10 pm

      ok.. insyaAllah..

      dah tukar letak link dah…

  • ayu November 5, 2008 at 8:46 am

    seyes weyh..i dedulu penah la rase nak tulis novel.tapi tu la hajat x kesampaianan..last2 jadi penulis coding.hahaha…but ok gak ah..ade kaitan ngan penulis.. :P

    zaman ahadiat akashah la paling x leh blah.bile dah besar baru realize yg novel die sume stereotype.yang pompuan cun2 laki lak hensem2.pastu stock sume kaya2…becinta ngan org miskin.huahuahuahua…tapi yg paling best mmg la lagenda budak setan.pastu sambungan die katerina…

    hahaha comment ni dah nak dekat same panjang ngan 1 entry *grlak guling2*

    • menteil November 5, 2008 at 1:13 pm

      haha… lawak la wei…
      jadi penulis coding lagi cool ape.. hehe…

      erk.. betul la.. kaya cintakan si miskin.. hehe..

      psstt.. ada yang suka komen lagi panjang dari nie..
      macam kreuger dan mr kay.. hehe..

  • Kujie November 5, 2008 at 12:32 pm

    ishhh..komen kak jie semlm dah ilang ke?

    anak sedara kak jie – Nabil pun suka pinjam novel kak jie
    so kak jie tak de la rasa heran sgt kalo lelaki suka baca novel

    suka baca bukan suka beli..hahaha
    betul, kan?

    • menteil November 5, 2008 at 1:14 pm

      kena makan spam kot kak.. hehe..

      haha… sekali pon tak pernah beli..
      mahal.. baik beli komik.. haha

  • Mak Su November 5, 2008 at 2:01 pm

    pernah ker menulis novel? nak free satu (ahaks)

    oops! saya tak menang? tapi saya hadiah gaks:alaa:

  • wanie November 5, 2008 at 2:56 pm

    huhuhu memandangkan ko kata dah xjadi menulis novel kan…pe kata novel ko tajuknye ‘tinggal impian’

    kakaka

    nak gak suh ko tulis

  • JuliaNa November 8, 2008 at 1:18 pm

    Saya layan novel Ramlee Awang Murshid je..novel cinta jiwang karat berdebu tak layan la pulak…:gelakjahat:

  • titan November 20, 2008 at 11:59 pm

    hehe. cite budak setan memang beshh..:baik2:

  • Siti Nurain June 28, 2009 at 8:36 pm

    Terserempak dgn blog ni.. CIte pasal novel lak.. saya baru je habiskan baca novel Hikmah~Noorfadzillah. Mula baca terasa bosan sikit.. Lama-kelamaan semakin naik plot cite. best juga. Banyak sangat konflik keluarga dan peribadi. Banyak mesej bagus jg. Idea yang diterapkan memang bagus walaupun ada sedikit kelemahan pengolahan ayat. Tapi memang tak rugi beli juga. Selain itu novel2 Alaf21 mmg best terutama RAM.

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog