Bila Aku Terlupa v2

Lalang tidak akan berdansa tari tanpa angin.. Tarian si lalang memang bisa mengalun hati si bunga.. Tapi janganlah sombong seperti si balak yang sudah segak..

Kenapa aku sering merungut kala aku didampingi.. Bukan senang aku mahu menjinakkan si rama-rama.. Kalau aku sendiri tidak pernah menjadi seperti beluncas..

Sepi aku melihat langit bertangis-tangisan.. Bukan dia sengaja menjemput si amfibia hijau itu berirama.. Dah memang itu minatnya, itu tugasnya dan itu tanggungjawabnya..

Kepingin aku meranduk arus dunia yang deras.. Cuainya aku bila aku sering ditindas dengan kekhilafan..Bodohnya aku tanpa sedar aku di kandang yang meragut kesombongan..

Memang aku sering lalai.. Lalai dalam kehidupan yang kononya makin hanyut..Kenapa tidak dicapai kalau sudah sampai?

Kenapa? Dah memang namanya dunia…

Sebab itu aku ingin terbang bebas di syurga.. Layakkah? Maaf! Anda yang tidak layak mengadilinya..

—- nota di persimpangan —-
1. aku akan lebih ‘low profile’ selepas ini untuk kesenangan diri
2. aku mintak maaf pada semua kalau ada salah
3. aku mintak maaf kalau ada komen yang tak direply
4. aku mintak maaf kalau aku tak menjejaki blog korang
5. populariti, ranking, atau semuanya bukan kepentingan blog ini lagi
6. blog medan kedua aku lepas ini
7. masih ada update dari aku, tapi itu bukan kepentingannya
8. blog ini akan menjadi sangat peribadi selepas ini
9. tapi aku tetap open untuk korang membacanya
10. aku tetap akan update entry baru di twitter
11. sebab²nya aku buat begini ada tersorok pada entry ini
12. aku bukan seperti yang korang kenal
13. apesal dah sampai 13 nota² nie?
14. salam..
15. yang baik budi, yang indah bahasa..
16. yang tak baik aku, dan yang tak indah aku jugak
17. er.. bila nak habis nota² nie?
18. kan dah sampai 18.. ok. salam…
19. ok janji yang ini last.. aku mintak maaf sangat²… salam…
20. err….. terima kasih pada yang ambil berat pada entry yang lepas.. stop!

Cerita Lain Yang Berkaitan

36 Responses to "Bila Aku Terlupa v2"
  • Diya April 25, 2009 at 12:49 am

    ferr… menteil? agak ternganga2 diya baca muqadimah entri ni. huhu. tak kisah lah entri menteil berunsur peribadi ke tak peribadi ke, diya boleh terima seadanya. eceh =p

  • h3r0 April 25, 2009 at 12:59 am

    Sememangnya aku tak berapa kenal bro…
    Tapi dari segi bahasa, macam mempunyai problem…
    walau apa pun, harap di kau berbahagia…
    apa2 boleh kongsi dengan kawan2…

  • mie April 25, 2009 at 12:59 am

    ayoyo..
    xpaham la…
    cerita apakah ini???

  • shafie[dot]biz April 25, 2009 at 1:32 am

    bro…kuatkan hati bro..aku phm rasenyer apa yg ko lalui skang ni..aku ttp akn sokong ko..walau apapun terjadi…kita ttp akan saling support di dlm dunia blogging ni..papehal relaks dulu bro..ko amik lah mase tuk baiki sumer ni…aku rase x der jalan buntu setiap mslh..msti ader jalan penyelesaian…aku harap ko tahu & dpt cari penyelesaian tu…jgn tgglkan dunia blog..itu sja permohonan aku terhadap otai cam ko…

  • nabilah hana April 25, 2009 at 1:35 am

    :apa:
    hehe

  • Callister April 25, 2009 at 2:49 am

    hah!
    gile panjang note ko..
    ape2 pun wat la ape yng leh bahagiakn ko..
    ke ko xnk bahagia?

  • Dieyla April 25, 2009 at 8:59 am

    eyh eyh. ni menteil ke yg tulis? biya betik??

  • HuRuL_AiNi April 25, 2009 at 8:59 am

    salam menteil…
    i don’t know what u being through right now…but be strong my brother…take ur time to manage ur life back…

    “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
    [Surah Al-Baqarah, ayat 286]
    :baik2:
    this blog is urs, your right to write whatever you want.

  • aisyah April 25, 2009 at 9:48 am

    uuii..uuU…….
    ko selalu kene jiwe kaco kan..
    jiwe ko selalu kaco kan..
    ayat ko aku bace dah macam orang buat poem dah..
    eh??baru pasan..gile comel favicon!!!nak!!!
    Asal ko weyh??
    nak tawu gak!!!
    aku kan busy body..

    bai..lek ar..:pang:

  • Kujie April 25, 2009 at 10:47 am

    moga dipermudahkan segala urusan dan dirahmati Allah selalu

  • Ryehana April 25, 2009 at 12:39 pm

    ok. i respect ur decision. till next time then.

    dont forget to cheer up!
    salam.

  • Eriyza April 25, 2009 at 1:23 pm

    Semoga seme urusan kamu dipermudahkan Allah.
    Pk positif okey. :apa:

  • inspirasiizra April 25, 2009 at 1:59 pm

    menteil mahu bersara kah,,,,?
    oohhh,,
    jangan menteil,,
    aku baru nak mengenali blog ko yang best nie,,,

  • moonie April 25, 2009 at 2:56 pm

    bro, ayat ko kali neh beralun2 bak lalang d tepi pantai…

    aku pon heran naper nk humble..down to earth lak neh..huu

    ke ko nak wat seme simpati..maner 1 niat ko neh..

  • pjan April 25, 2009 at 3:18 pm

    walau apa pun perjalanan masih jauh..hidup kalo xde rintangan n masalah bukanlah seorang manusia namanya.. umo ko pun muda lagi so jgn terlalu bebankan masa muda ko dgn masalah..bertanya dan berdampinglah dgn org yang lebih berpengalaman. :baik2::baik2:

  • Chempaka April 25, 2009 at 3:20 pm

    Terkesima aku baca entry ko kali ni. Sungguh tinggi tahap bahasanya. Xsangka lak ko seorang yg berpuitis. Anyway semoga ko berjaya harungi dan tempuhi segala cabaran dan dugaan.

  • x-po April 25, 2009 at 5:26 pm

    sme la dgn aku bro..cam nk bsara je dlm blogging ni..prob terlalu berat nk dipikul..huhu

  • Mohd Hafifi April 25, 2009 at 6:12 pm

    aku tak tahu nak ckp ape ni tp klu ade masalah ngan orang, berbaik2 la..kalau masalah lain, itu ujian sementara je.. sabor menteil

  • BepOp April 25, 2009 at 6:33 pm

    Salam…
    kenapa menteil?
    cian ko…
    teruskan jer…
    kami suka mcm nieh….
    aku L yg 1 forum dgn ko dulu….

  • wandisini April 25, 2009 at 9:54 pm

    ramai kawan2 blog dah beri nasihat

    kami tahu ko musti ada masalah,
    face the problem don’t run away from the problem

    dah 2,3 blog yang aku jumpa cam malas nak berblog lagi kenapa eh? virus apakah ini?

  • Khai April 25, 2009 at 9:55 pm

    aduyai.. ape cer sebenarnya.. ko kasitahu je la ape sebenarnya.. x baik buat reader tertanya2… nanti kene rotan kang… hehehe

  • Mr x7 April 25, 2009 at 10:35 pm

    boleh buat mutiara kata untuk mukadhimah ko ni. peribadi pun peribadi la janji ade mende aku nk bace. hehe.. bosan kalau x ada mende nk buat.
    aku petik sikit entri aku terbaru kt sini.

    本当愛を見つけたいと思えばそれがほしいと思わないこと愛およびあなたの苦痛をすべての事を受け入れなければならないのを感じる必要がある。 準備ができているとき、それはあなたに来る。

    maksud die kt blog aku. lala~:lerrr:

    • BepOp April 26, 2009 at 3:04 am

      ape ko merapu nieh mr x7
      haha…
      promote blog ke….:apa:

  • Azman Ishak April 25, 2009 at 11:31 pm

    bile menteil dah start merepek… sape sape tak boleh nak mencelah
    entri die.. hahaha…

    *weh, sastera giler… mane lagu hang ambik ni… kompius nye aku
    kompom hang lepas ni akan lebih jiwang… muahaha…

    P/S:- selepas ni menteil menjadi hati tisu semula… aiyark~:werk:

  • Kill-Vearn April 26, 2009 at 1:06 am

    erk ape masalah ko bro… tak paham aku… ada prob citer la.. leh pi minom kopi sesama…

  • Mr Final April 26, 2009 at 3:07 am

    huhu.. ntah Mr Final pon pnh alami rase, memperibadikan blog atau lambakkan ape2 aja~.. huhu.. agak tingtong gak waktu itu.. huhu ntah laa sama ada tuan puye blog in merasakan yg sama…

  • pinkyLucia April 26, 2009 at 6:48 am

    smg tuhan permudahkan segala urusan mu.. aku doakannya.. amin..

    kuatkn semngat.. tabahkan hati ye..

  • titan April 26, 2009 at 12:32 pm

    perempuan. duit. Mana satu masalah ko sekarang?:apa:

  • zelo55 April 27, 2009 at 4:33 am

    mak aii!!

    ko jiwang karat gk ker mentel?

    wahahahaha…dun wory la…
    hidup msih pnjg…enjoy tgk game MU smlm dlu..
    5-2 beb!

    mmg takda kaitan ak ckp ni…
    motif…ceriakan dri anda…tak gune beremosi lebihan..
    seriously…

  • wanie April 27, 2009 at 7:54 am

    errrrr…apa yg mengganggu fikiran ni? bunyi macam merajuk jek :cak2:

    • Mohd Hafifi April 27, 2009 at 12:07 pm

      mane de orang merajuk cm ni…kalo merajuk, dengan sape??

  • abrar April 27, 2009 at 10:36 am

    tidak mengapa menteil.jiwa yang bergelora perlu ditenangkan,tidak elok dibiarkan bergelora terlalu lama.Takut nanti benteng kemanusiaan makin terhakis.

    ambillah masa untuk berehat,sudah jauh berlari eloklah berhenti untuk bernafas.Slow down ok.

  • haritz April 27, 2009 at 1:25 pm

    wah ayat diatas sungguh berbunga2 ler:baik2:

  • samanosuke_04 April 27, 2009 at 7:20 pm

    poetic gilerr menteil, apsal jiwang sgt nie? hehe..

  • nazz April 27, 2009 at 9:15 pm

    Aduss.. jiwa kaco betull.. dia dh start merepek dah.. ni yg buat aku naik pening.. kalau dah pening otak pun bergegar.. last2 aku pun ikut jiwa kaco gak.. huh

  • PakciQue April 28, 2009 at 6:45 pm

    Aku harap ini bukan personaliti ke-2 Menteil. Nnt dah macam citer Heroes lak. Ke memang kau ada mslh split personaliti?

    Ke aku yang terperasan sorang2?
    :cak2:

Leave a Reply: