Aku nie bukan la seorang yang sempurna dari segala kejadian manusia.. Sering juga melakukan kesilapan.. Tapi kadangnya aku terlalu jelik dengan peraturan manusia yang selalunya membuatkan aku kurang selesa.. Entah kenapa aku sering kali dibataskan dengan peraturan yang membuatkan aku tidak lagi bebas seperti dahulu..
Teringat aku dulu bagaimana aku bermula mencipta blog.. Punca yang sering aku ingat sampai sekarang ialah aku terlalu muak dan semak bila aku berada di mana² forum.. Terlalu banyak peraturannya.. Yelah.. Aku kan terlalu gilakan internet, sudah tentulah forum yang menjadi platform aku melepaskan kebosanan dan keletihan belajar dulu..
Tapi tengoklah sekarang.. Blog pun dah jadi macam forum.. Banyak sangat peraturan pulak.. Buat itu tak boleh, buat ini pun tak boleh.. Sampai satu tahap tu aku terasa mahu saja aku ‘mengubah identiti’ supaya aku boleh bermula dengan ‘bebas’ kembali (pahamkan ayat ini, penting!)..
Sejujurnya status aku sekarang sangat keliru.. Aku mahu tulis blog kerana;
1. aku mahukan populariti
2. aku mahukan duit
3. luahan pengeksperimentasian minda ini
4. memang minat aku menulis!
Ada masanya aku terfikirkan yang no 1, esoknya aku tefikir yang no 3 pulak.. Memang itu menjadi keliru lah kan..
Ye… Aku tau.. Blog sendiri, sendiri punya pasal lah kan.. Aku sendiri yang suka nasihat nie kat orang lain.. Tapi aku sendiri dalam dilema.. Hati manusia siapa yang tahu..
Dulu aku menulis dengan sebolehnya tak mahu melukakan hati sesiapa.. Sekarang aku menulis semahunya tak nak aku sendiri yang terluka.. - menteil.net
Dibawah file: Blog, blog sendiri, bosan, eksperimentasi, jelik, kenapa aku, letih, menyampah, peraturan, rules
slagi boleh langgar
langgar je la
blog ni untuk kepuasan peribadi
cume
jgn spam spam, sebab tu org tak suke
yg lain tu
blog sendiri
sendiri la buat peraturan
macam nie la jugak aku suka cakap kat orang.. last2 aku sendiri yang kena.. =P
apa pun memang aku nak langgar pun.. haha..
sama gak dgn orang yg wat contest kat blog..hehe macam2 syarat padahal hadiahnya ciput je..haha kne follow ni, kne follow tu la, kne tulis entry la, kne ltk banner kat blog la..aiyoo
hadiah 20 hengget tak yah join pun bro.. haha..
tapi yang mahal2 aku sanggup buat.. =P
just be yourself.
biar la orang nak cakap apa, nak gubal peraturan apa.
masalahnya dah tak tahan bro (?) dengar orang cakap.. huhu..
Huhu..Saffa faham apa yang Menteil tulis ni. Faham sangat. :)
terima kasih saffa.. =P
owh menteil…kita mcm merindui zaman2 kita berblog dulu kala… blog hitam legam comot sana sini pun masing2 hormat dgn identiti sendiri..
yup… memang itu la maksud menteil..
orang tak kan pedulik pun.. semuanya ok..
seriusli, aku pun kadang2 rasa macam tu. sebab tu la kadang2 entri jadi bercelaru. sekejap cakap pasal diri sendiri, emo semacam lak. pastu ayat serius, gaya nak tarik trafik sume tu. mmg tengok angin jugak la.
itulah salahnya…
disebabkan kemaruk trafik, habis semua berterabur.. aku memang selalu fikir macam tu.. tarik trafik, tapi entry tak menarik pun.. tak syok ah..
salam…
hohoho….payah jugak kan nak jadi blogger….dah nama pun blog mesti nak maintain trafik…tapi kalau nak maintain trafik among kengkawan blogger juga, blog kita boleh hilang identiti…
kalau ko tak kisah blog ko xde orang nak komen….tulis je lantak ko…..miahahaha…
memang dari dulu aku tulis ‘lantak aku’
itupun ada batasnya..
aku tak tau sampai bila boleh gilakan trafik..
benda yang boleh jadi gila kalau tak dapat..
sanggup berjam2 depan monitor nak jejak sana sini..
trafik n comment kena ada la..nak feedback..kalau tak ada, sama la macam tulis atas kertas pastuh tanam..keke..sama la macam aku..gila trafik gak tp haram x ramai pown visit..esaimen dah jd no 2..rosak akhlak dah aku neh..hahaha
aku rasa ada yang tak faham dengan post nie…
erm.. macam mana aku nak terangkan dengan tersurat.. adeh..
protocol dlm blog kena jaga.nnt kena saman.ahaha
ko tulis mcm mana pun aku sayang ko jugakkkk
girlfriendS ko xmarah kan???
hahaha
takde! n tanak citer!
dish!
waaa ko sentap lagi keee
btw, awek yg kat soping kompleks dah abis majuk belummm
wahahahahahah
Hahaha…aku suka entri kali ni.
Sebab aku juga pernah mengalami dilemma ini.
Ayat terakhir ko tu memang betul,
tapi kena berhati2 juga dlm tulisan sebab ‘mata pena’ itu lebih tajam dari mata pedang…
biasalah menteil… namapon dah expressi minda bercelaru..
aku rasa aku berblog sebab nak lepaskan tekanan.
lepaskan tekanan kerja. tekanan internet lembap giler..
lepas tuh kongsi sikit sikit masalah yang mane bleh setel..
kalau tak boleh… taip jer.. lepas tuh mintak kengkawan yang baca
tolong pikirkan bersama…
erk pasal duit? erm.. sapa tak nak duit. tapi aku rase sepanjang aku berblog
dah nak masuk 3 tahun ni… sesen pon aku tak pernah dapat duit hasil dari
pengiklanan.. hahaha noobies giler kan.. ok la.. sebab buat blog pon untuk
share problem.. bukan untuk share duit… hehehe~
sama la macam aku. apa pon tak da yg aku dapat dari pengiklanan.
blogging utk kepuasan. inti dalam blog ni kita yang tentukan.
tulis demi kepuasan. bukan utk benda lain. tu je.
masa berubah, kita pun berubah. cara penulisan pun berubah.. aku pun dah berubah. tapi nak buat macam mana.. terpulang kepada masing2 nak buat blog macam mana..
yup… aku mengaku makin lama makin berubah penulisan aku…
kadang2 sampai tahap yang serius.. ouh… tak sukanya…
aku lebih hepi dengan penulisan yang lama, sebab aku sendiri tersenyum membaca entry lama aku…
aku nak dapat duit. nak hasil dari blog aku. Haha..
dunia tanpa sempadan…tak kesah lah nk tlis apa2 menteil~ janji happy~ whhii wwwiiittt
lupakan peraturan :)
belasah jer
err… ada peraturan eck dalam berblog ni… huhuhuhuhu.. kenapa aku tak tau pun…. huhuhuhu….
tukar template lagi. memang clean dan kemas. aku suka
Pada aku, rasa x bebas untuk ber’blog tu hadir apabila identiti kita dan blog kita diketahui sanak saudara dan keluarga. Bermula dari itu, apa yang ingin ditulis, semuanya berbatas. Tidak lagi boleh meluahkan segala-galanya yang bermain di hati dan minda. Pada siapa lagi ingin diluahkan…….
betul 2 khai… kalau zul pun confirm rasa mcm 2 gak.. hehe!
blog ko bro…. ikut suka u la.. hehe… anyway.. success selalu k!