
Dari tajuk di atas pun korang dah dapat agak apa maksud aku bukan? Ntahla.. Aku sebenarnya dah cukup bosan dan saban hari aku cuba menyingkirkan segala virus² yang bakal mengancam jiwa aku yang sememangnya sudah lama rosak.. Aku juga kadangkala cuba didik minda kurus aku nie supaya memahami keadaan dan situasi.. Tapi gagal.. Maka terimalah pemberontakan hati yang semakin lesu ini..
Kenapa manusia mudah sangat lupa?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.”
– Hadis riwayat Muslim
Tahu kenapa iblis dilaknat? Sebab iblis lupa iblis itu hanyalah hamba dan tak pernah bersyukur dengan keistimewaan yang tuhan berikan.. Janganlah menjadi seperti iblis.. Beringatlah di mana kita bermula dulu.. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.. Bukannya riak dan takbur..
Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain. [via]
Dari jawapan yang aku jumpa dari google; dari perkataan arab ‘nasia’ itu sendiri membawa makna lupa dan ‘manusia’ itu pula berkait rapat dengan istilah bahasa arab yang bermaksud lupa.. (maaf, aku lupa aku dimana pautan webnya..)
Jadi apa kaitannya sombong, riak, lupa diri, lupa dan iblis pada enty ini? Aku tak boleh nak suratkan apa yang tersirat di sini..
Ini sebenarnya sudah lama berada di simpanan aku.. Cuma tak tahu bila nak siarkan..
Aku ada masalah reply comment untuk thread comment.. Ada sesiapa yang boleh bantu aku?
Dibawah file: apa erti takbur, apa maksud takbur, arti dari takbur, balasan orang riak dan takbur, bosan, erti takbur, hadis bongkak, hadith takbur jangan, jauhkan aku dari sifat sombong, jauhkanlah aku dari takbur riak, kenapa manusia mudah lupa, kurus, lupa diri, makna takbur, maksud sombong dan bongkak, maksud takbur, manusia mudah lupa, masjid, melayu, melayu mudah lupa, punca takbur, riak, riak dan takbur, sesungguhnya manusia itu mudah lupa, Sombong, takbur, web, YM
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
mcm masalah besar je ni…hehehe…
p/s : ko ada masalah thread comment? nk suruh aku try cuba?hehe…
Kau tak bagitau masalah apa dengan komen kau ni. Macam mana kitorang nak bantu. Huhuhu…
ya Allah,
Jauhkan aku dari sifat sombong.
dan mudahkanlah diriku disayangi oleh setiap makhluk di dunia ini..
sesungguhnya aku hidup mencari keredhaaMu.
jauhkanlah aku dari sifat benci manusia lain kepada diriku,
hmmm….
banyak plak masalah skrg ni….
hadapi semuanya sabagai satu cabaran…
p/s: layout ni mmg best la..
aik.. menteil pon tukar layout gak ke?
adoi ai… minda bercelaru lagi sekali ke beb?
aku pun same gak…thread comment x menjadik..
pada yang bertanya: thread comment aku takleh nak klik.. masalah java script kemungkinan besar..
wah..entri ni mcm nak mengingatkan kat diri ko sndiri jer..hehe mungkin cabaran zaman moden ni membuatkan manusia itu sendiri lupa..hehe
hahaha…aku suka theme kau ni. Aku ingat tadi aku masuk facebook kau. Rupa-rupanya….hahahaha….cun sangat dah nih
akoo ngaku akoo lupa dan terlampau lupa untuk masuk belog femez ini. hehe!
mintak jauh aku dari sifat takbur dan sombong.. zzzz.. mantap gak post kali nie..
ooo………. diri kita kena kuat /kukuh
baru dugaan2 tu kita boleh tempuh dgn berlapand dada
firman Allah.. hanya sedikit golongan yang bersyukur.. means.. byk laa yg sombong..insap3.. huhu