Ceritera mEntEiL 2.9

Huhu.. Macam pelik pulak tiba² rindu kat blog nie.. So aku tengok la kejap.. Macam biasa bila lama tak update mesti la tak meriah macam dulu.. Mengharap pada abang google jer la.. Aku pernah terbaca satu blog yang mengutuk blogger sebab tak update blog.. Eh? Ikut suka aku la! Aku bayar sendiri hosting nie.. Kecho wat per.. Hehe.. Saje nak marah².. Kang puasa kang takleh nak marah dah.. So aper cerita menteil?

1. Macam biasa insan bernickname menteil memang tak pernah lari dari masalah.. Pegi sana masalah, pegi sini masalah, duduk sana masalah, duduk sini pon masalah.. Alahai.. Susahnyer menjadi menteil.. Ntahla.. Mungkin aku yang banyak berfikir atau aku sendiri yang tak boleh fikir.. Haa.. Lu pikir la sendiri! Thuihh! Rileks menteil… Cuba story sikit..

2. Malas ar nak cerita.. (aku dah hampir siap menulis perenggan nombor 2 nie.. tapi aku terpaksa padam sebab malas nak mencarut dan mencaci banyak sangat) Ala abang menteil nie.. cerita sikit pon jadi la..

3. Kononnya aku nak pasang talian internet di rumah.. Apakan daya had yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi itu telah habis ataupun tiada.. Apa ke binatang ntah namanya, hub ke pot ke aku pon tak tau.. Wei!! Kalau 10 orang yang datang mintak ko cakap macam tu, sampai bila² pon takde la wahai manusia pandai oi!! Sila salahkan TM Point Tg Malim dan KKB.. Dua² hampeh!! Sabo².. So wat per skang nie?

4. Aku baru je menolak peluang kerjaya bersama kerajaan di sebuah agensi.. Kenapa ye? Ntahla.. Aku pon tak tau nak terangkan macam mana.. Apa yang aku belajar tu langsung aku tak suka pon.. Kalau aku keje dah tentu la aku pon tak suka keje jugak.. Haa?!! Biar betik En Menteil? So.. Takkan tanak keje kot?

5. Aku dan rakan sepermainan sejak kecil ingin mengorak langkah dalam dunia bisnes.. Bisnes apa tak dapat aku nak ceritakan lagi sebab ianya rancangan masa panjang.. Buat masa sekarang kami hanya belajar selok belok dunia ini terlebih dahulu.. Insya-Allah.. Doakan aku berjaya.. La.. Nak belajar la pulak? En Menteil nak masuk u ke?

6. Di bulan puasa ni kami akan berniaga di Bazaar Ramadhan Tg Malim.. So.. Kepada gadis² warga UPSI silalah mengorat membeli juadah di gerai saye yer.. Bercerita tentang berniaga nie memang banyak jugalah halangannya.. Tapi kami tempuh jer.. Masalah? Masalah apa pulak nie?

7. Aku yakin ramai di luar sana ingin menceburi dunia perniagaan.. Halangan yang selalu dialami oleh orang yang sengkek macam kami ni ialah modal.. Memang payah jugak nak memulakan perniagaan nie dengan kosong.. Alhamdulillah… Dapat jugak dicari.. Cuma yang tinggal ialah mulut² busuk yang tak boleh tengok orang lain.. Biasalah.. Melayu.. (marahla aku.. tak heran pon.. memang fakta) Ooo… Ok la tu.. Biarkan jer mulut busuk tu..

8. Bulan Ramadhan beberapa hari jer lagi.. So aku nak ucapkan selamat pada pembaca² aku.. Semoga peperangan di ramadhan ini dapat memperoleh kemenangan yang bermakna di pagi syawal nanti.. Amin.. Er.. Puasa tahun lepas dah ganti? Hehe…

Merepek! Merepek! Merepek!

Cerita Lain Yang Berkaitan

27 Responses to "Ceritera mEntEiL 2.9"
  • Saffa August 19, 2009 at 6:37 pm

    :baik2:

  • Roslan Nazri August 19, 2009 at 6:55 pm

    elok la tu lepas geram..pasni kompem ok la tuh..nak bulan pose dah..hati mesti ok punye..menteil..gerai ko belah mane?? (wat2 macam tau) nak pi beli ni..jual ape weh??

  • Dr House August 19, 2009 at 6:56 pm

    Bisnes bulan puasa mmg in….

  • HuRuL_AiNi August 19, 2009 at 6:57 pm

    salam menteil….

    ooo…gitu ceritenye….hohoho….ingatkan mana la ko hilang…haha

    urm, aku tunggu 6 tahun untuk rumah aku dipasang stremyx….dan kerana itu, walau tenet aku slow giler…aku redha je…huhuhu

    selamat berpuasa :)

  • PakciQue August 19, 2009 at 7:08 pm

    Idop lagi rupanya.

    Tapi, bila dapat update cerita kau sekali sekali, seronok gak..
    http://www.menteil.net/kucing_smilies/cak2.gif

  • azwaNAnuar August 19, 2009 at 7:33 pm

    salamz
    wah nak berniaga di bazar ramadhan. mulut kena manis, ramai gadis2 upsi boleh di usya ni nanti.
    aku dulu pernah berniaga pasar malam kat sana, tapi lama dulu la sebelum landasan keretapi tu dah besar.

  • Faarihin August 20, 2009 at 12:28 am

    Salam.. incek menteil.. lama tu tak update.. wah.. berniaga time ramadhan ni ye.. bagus2.. smoga maju jaya..

  • megat August 20, 2009 at 1:06 am

    akhirnya…

    semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. sebab dan musababnya hanya ko saja yang tahu.

    lakukan apa yang kita suka jangan suatu hari dah terlambat untuk itu dan memaksa hidup dalam keadaan tertekan sepanjang hidup.

    salam ramadhan

  • Khai August 20, 2009 at 1:54 am

    sian manteil.. sob sob sob..

  • nikillas August 20, 2009 at 11:00 am

    waaaa.. banyak sungguh dugaan..

  • wanie August 21, 2009 at 11:06 am

    ohoii selamat berpuasa ko jangan eksiden tahun ni yep :)

  • MyDailyBlog.Info August 23, 2009 at 1:28 am

    aku pon baru tolak satu taearan kerja…

  • syin August 24, 2009 at 11:35 am

    hohoho….smoga bjaya dgn duniamu… :cak2:

  • pinkyLucia August 24, 2009 at 7:06 pm

    dunia memang hiasannya masalah… kalau tak de masalah.. tak indah laa dunia.. :)

  • Kreuger August 25, 2009 at 12:41 am

    fuh.. sungguh lame aku menunggu entri kat blog ni.
    baru sekarang aku paham situasi yang melande *tetiber.
    so sekarang ni hang duk KKB ker? bapak jauh giler.
    apa sal tetiber bawak diri ke sana plak?

    P/S: sayang nye beb tolak kerja kerajaan.. tapi kalau hati
    tak minat nak paksa macam mane pon tak bleh gak kan.
    aku harap hang berjaya dalam perniagaan hang nanti. ok.
    bila dah jadi manager jangan le lupe aku yang dulu pernah
    jadi penulis blog picisan nih.. hahaha…

    thanks~

  • x-po August 27, 2009 at 2:52 am

    bro, ko bisnes bazar ktne? dpn blai polis tu ke? gerai pe? aku nk gi gerai ko..hoho

  • haritz August 27, 2009 at 3:13 pm

    semoga kau banayak duit untuk raya ni

  • ika August 27, 2009 at 8:55 pm

    melayu? melayu tak ke mana…sebab cuma tau bercakap je… (bukan semua)
    err..encik menteil sihat? hehehe
    lama tak dengar khabar

  • loq August 28, 2009 at 10:06 am

    lame aku tak ke blog menteil..
    aku pon berbisnez jugak masa puasa ni…
    jual kebab
    :)

  • JHafiz August 29, 2009 at 4:34 am

    ha3. gerai no berapa bang? nak usha la abang jual ape… kalau saya p cakap saya pelawat tetap blog abang menteil, agak2 dapat free x? he3.

    bro, kayuh pelan2 bro, same la kite. masalah tetap akan hadir. so kite kene hadapi, setelkan masalah, bukan lari dari masalah,.

  • Amirez September 1, 2009 at 4:25 pm

    kalau diikutkan ramai pelajar lepasan U mahupun skolah zaman ni nak berniaga. selalunya alasan sbb tak suka keje bawah orang. termasuklah aku. tapi skang ni aku keje bawah org lagi huhu. dh luahkan niat nak berniaga tapi tak disukai family. selalu dpt tentangan. ko pun camtu ke menteil?

  • hanc~ September 3, 2009 at 6:20 pm

    Good luck to ape sahaja bro buat~~~

  • Mr. Cuz September 5, 2009 at 6:56 pm

    halo menteil….banyak untung la ni bisnes bulan pose…mentang2 dekat sebelah upsi ko nk ngorat semue yer…memang menteil la ko ni….hahaha…ape2 pun aku suke air mangga 2…best giler rase die…mak aku pun suke…

  • titan September 15, 2009 at 10:30 pm

    ehm…janji ko hepi. Itu dah cukup.

  • Wira DuniaMoto September 16, 2009 at 8:55 am

    Salam,
    Ha..ha.. Menteil ko meniaga bazar ramadhan bagus la camtu bleh cari duit raya beb.

    Aku 3 tahun berturut2 meniaga bazar ramadhan tapi tahun ni aku cuti dok umah jer hu..hu..hu..

    Aku cuba fokus 100% dalam ebiz Alahamdulillah rezeki mencurah bagaikan air hujan.

    Yg penting kita usaha… tak kira dari mana sekalipun. Rasulullah SAW pun meniaga juga zaman dulu tapi baginda perkukuhkan ilmu perniagaan hinggakan menjadi tokoh usahawan terkenal.

    Jadi tak yah risau meniaga jangan x meniaga.
    Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin :)

  • samanosuke_04 September 16, 2009 at 3:31 pm

    huhu, bukak gerai bulan2 pose nie ader berkatnyerr.. insyaallah pasni dapat untung kurang laa sket marah and masalah ko tue..

    selamat aildilfitri!!

  • Ceritera mEntEiL 3.0 | menteilsm rules September 26, 2009 at 4:01 pm

    [...] dan tak rugi.. Banyak cabarannya.. Tapi malas nak cerita la.. Hehe.. Tapi tak sangka pulak ada blogger yang kenal.. Salah dia la tanak gtau.. Kalau tak dapat la diskaun sket.. [...]

Leave a Reply:

data recovery software