Ceritera Raya mEntEiL

Ermm… Mood aku untuk berblog sedikit terganggu.. Dipagi raya hosting aku diupgrade ditambah pulak dengan penangan hack yang ntah bila kenanya.. Blog aku baru pulih pada petang ahad.. Sekarang mood raya.. Biarlah aku bercerita hal berkaitan raya dahulu..

Buka Puasa Beramai2
Sebelum puasa tu habis.. Kami beramai2 berbuka puasa.. Walaupun ada dikalangannya tak berpuasa.. Haha..

Reunion Raya Tak Rasmi
Aku dengan kekawan sekolah rendah sampai menengah berkumpul beramai ramai memeriahkan hari raya nie.. Boleh dikatakan hampir semua rumah rakan2 lama dulu kami singgah.. Seronok rasanya bila dapat berkumpul dan bercerita.. Raya jadi perkara kedua pulak.. Yang penting bercerita, menngutuk dan gelak.. Kejadian nie berlaku selama 3 hari berturut2..

Duit Raya
Jangan tak percaya.. Banyak juga aku dapat tahun nie.. Semuanya adalah RM 60.. Haha.. Dah tua2 pon dapat duit raya.. Sekali sekala berjiwa muda.. Apa aku kesah.. Haha.. Itu termasuklah duit raya online yang diberi kak gee.. Wah.. 1st time dapat duit raya online nie..

Kad Raya
Boleh kata banyak jugak kot.. Haha.. Ini termasuklah dari rakan blogger.. Thanks pada najlaa, chika, yonna.. Pada najlaa, insyaAllah aku balas tahun depan.. Aku dapat dah dekat nak raya.. Cam tak bez lak aku reply bila dah raya.. Juga tak lupa yang bagi aku kad raya online iaitu ajue, along arman, banihashim, ceghap, nrina, diya, adlan, er.. maaflah jika ada yang tertinggal.. sila beri pesan..

Raya di Rumah Tak Siap
Aduh… Sedihnya.. Macam tak de raya je rasanya.. Kalau ada member aku datang raya, aku halau balik.. Haha.. Jahatnya aku..

Upgrade dan Hack
Ini cerita sedih.. Pada pagi raya aku bajet mesti tak ramai masuk blog aku.. Maka tak apelah pihak hosting mengupgrage sistemnya.. Yang membuatkan aku sedikit terkilan bila menteil.net dan mp3.menteil.net di hack pada hari raya.. Wah.. Hebatnya.. Sisebabkan hari raya, aku maapkan pada si dia.. Huhu..

Maaf jika aku tak menjenguk blog kau, aku sedikit sebok..

Nanti aku letak gambar.. ni pon kira beruntung dapat curik masa..

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , ,

18 Komen untuk "Ceritera Raya mEntEiL"
  • affuan October 9, 2008 at 10:00 am

    kem salam member2 ko tu yang tak poser. bodo btol la. :marah:

  • zariel October 9, 2008 at 10:30 am

    sebok benor ko ye menteil… haha… err.. leh tukar dah la kot upin kat hujung nun… dah raya pun… ekekeke :wek2:

  • bozzo October 9, 2008 at 10:41 am

    memang patut pon ko halau member2 ko yg tak posa tuh dari dtg beraya…aduh… malasnya nak kerja:cak2:

  • ajue October 9, 2008 at 11:31 am

    penat2 dtg…kena halau.huhuhuhu
    :baik2:

  • wanie October 9, 2008 at 1:57 pm

    huhuhu datang raya kene halau..sadis tuh menteil..hahaha ko buat lar taktik lain, pi la beraya sekali ngn depa

  • KNizam October 9, 2008 at 5:51 pm

    perghhhh dapat gak ko duit raya ek. hehe :)

  • kreuger October 9, 2008 at 7:38 pm

    wallaaaweii…. mengalahkan perdana menteri la nko ni menteil.
    Erm… tak mo jadik calon PM ke lepas ni??? hehehe…
    Ape nak kesah.. nko kan dah biaser dengan schedule tide macam ni… Kalau laa PM kite tak lame… aku suggest nko masuk bertanding.

    nanti bila dah bertanding… aku vote kat blog nko jer la ek.
    malas plak nak pergi berbaris mengundi… wakaka~

    ubat dah telan… so tak reti plak nak komen panjang-panjang malam ni…

    Selamat Hari Raya… raya kan sebulan~

    Kreuger®

  • aniely October 9, 2008 at 8:07 pm

    :alaa:selamat hari aye menteil

  • eida October 9, 2008 at 9:08 pm

    best nooo… dpt jugak duit raya..

  • Uncle G October 10, 2008 at 12:45 am

    huhu.. pakcik tak dapat duit raya.. pokai ader arr sebab ramai anak buah datang beraya kali nie

  • Kujie October 10, 2008 at 8:45 am

    owh…sungguh sadih aktiviti hack menghack di hari raya..itu adalah makluk bertanduk yang paling awal terlepas selepas ditambat sejak Ramadhan…hehehehe

  • nuaeman October 10, 2008 at 12:32 pm

    ingat memori..masa balik beraya ari tu..kejap jee dah naik keje balik..

  • Hairul October 10, 2008 at 8:15 pm

    Hehe…

    Menarik cerita raya ko. Ada yang sedih pulak tu. Biasa la, dah raya, syaitan yang kena ikat dah lepas dah. Tu yang diorang pergi hack blog ko tu. Kerja syaitan le tu.

  • Shila October 11, 2008 at 12:02 am

    Slmt hari raya
    Maaf zahi dan batin

  • najlaa October 12, 2008 at 11:03 pm

    hehe..ok ok…aku tunggu kad raya ko taun depan…yehuu…:nari:

  • adil October 13, 2008 at 8:42 am

    belum terlambat nk ucap selamat hr raya kn..
    kalo hosting kite kene hack mmg sedih. bukan senang nk up balik. :alaa:

  • ihateher October 15, 2008 at 9:09 am

    kesiannya dia. kene hack. Takpe. saya tak datang masa hari raya..:baik2:

  • cik afeera October 31, 2008 at 12:28 pm

    x aci!!!ko dapat duet raye lagi banyak dr aku!!!tp kalo x kire duet raye on9 tu…msti ko kalah kan…lalalalala:baik2:

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog