Contoh Blog Yang Menarik

Bagai mengikut fenomena agaknya, bertumbuhnya blog di arena internet Malaysia ini seperti tidak dapat dijangka.. Aku sedikit terkejut bila mengetahui ada begitu ramai rupanya blogger yang sudah wujud di Malaysia ini.. Yelah, dulu aku kan pernah menyepikan diri agak lama didalam dunia blog ni..

Sebagai rujukan aku dan si pencinta blog yang lain, disini aku senaraikan blog menarik yang ada di Malaysia mengikut kategori.. Ingat, ini penilaian peribadi.. Bukan berdasarkan rangking atau apa sekalipun..

Informasi

Bagi aku informasi digital percuma memang sangat digemari oleh sesiapa pun.. Sedangkan informasi berbayar pun ramai yang membelinya, apatah lagi jika diberi secara percuma kan.. Mungkin tugas tidak rasmi sebagai pencari dan penyampai informasi itu agak memenatkan, tetapi usaha itu mungkin menjadi kepuasan sendiri si penulis bila ilmu itu sudah dikongsi bersama..
Contoh blog; Amanz.my, SembangKomputer, HongKiat, Selangor2u, MajalahIM

Keagamaan

Ini juga dikategorikan dibawah informasi.. Cuma bezanya ianya menceritakan perihal agama yang bukan semua orang mampu menyampainya dengan baik dan berkesan. Perkongsian dalam ilmu agama memerlukan ilmu dan kepakaran yang terlatih. Maka menyampaikan melalui blog adalah begitu bermakna dan menarik.
Contoh blog; Saifulislam, ohIslam, Memberi dan Membakti, StudioMuslim.com

Hobi, Minat dan Bakat

Disebabkan aku sendiri meminati komik, sudah tentulah aku lebih memandang blog yang membawa komik atau karton sebagai isinya. Ada juga yang berkongsi minat tentang cupcakes, patung mainan, seni jahitan dan sebagainya.. Maka menjadi menariklah jika ia berlainan dengan blog yang sedia ada.
Contoh blog; Komik – Miou & WafuPafu, Alif Firdaus Azis, Gua Punya Hal, The Art of Nizam, Masakan – d Cuppies, BlogResipi, Permotoran – duniamoto, Drama Jepun/Korea – HurulAini,

Random

Aku tak tau apa tajuk sesuai untuk diberi.. Tetapi semua ragam tentang kehidupan dan alam memang menarik jika dikongsi. Memang tidak habis jika ingin menceritakan tentang kehidupan, maka perkongsian melalaui blog adalah sesuatu yang menarik.. Disebabkan niche yang pelbagai, sudah tentu tak bosan dengan apa yang diberikan..
Contoh blog; OhTidak, Cisdel, ZonBebas, eSempoi,

Peribadi

Ini adalah kategori blog yang sangat sukar untuk mendapat perhatian.. Lainlah jika korang itu selebriti atau si pencipta kontroversi, tak perlu bersusah payah sebab pembaca sendiri yang akan google kisah hidup korang.. Maka penilaian pertama yang perlu diberi untuk mendapat perhatian sudah tentulah dengan cara penyampaian.. Bukan semua orang ada bakat ini, so tak perlu meniru sesiapa.. Jadi diri sendiri lebih baik..
Contoh blog; Nurulism, Perempuan Jomblo, This Is… My Life, Budu dan Belacan, The Eyes of Redbloodsnow, When All Is Said and Done, (kenapa semua pempuan =P, ada banyak lagi xlarat la..)

———————————————————————————————————–

Apa pula kategori blog aku nie? Aku tak boleh senaraikan dengan tepat untuk kategori yang ada diatas.. Sebab kebanyakan blog yang ada adalah sama seperti menteil.net iaitu carca marba.. Semua pun boleh isi.. Mungkin sama niat dengan aku iaitu tiada sebarang tujuan.. Apa yang terfikir itulah yang diisi.. Kan?

apa yang penting…. happy…

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

93 Komen untuk "Contoh Blog Yang Menarik"
  • syahirul June 16, 2010 at 8:12 pm

    blog aku kategori ape eh menteil? hurm tertanya2 gak aku… ape pendapat org hebat seperti ko? wkakakaaa

    • menteil June 16, 2010 at 8:14 pm

      aku pun tak tau nak letak kat mana.. hahaha…
      islam ada, teknologi pun ada.. agak2 ko?

      • syahirul June 16, 2010 at 8:18 pm

        personal + religious + technology + hobby = ???

        • TMUkmkd June 17, 2010 at 7:43 am

          ko masuk satu grup ngan menteil. ROJAK :D

          • luth June 17, 2010 at 2:09 pm

            sama la macam aku. rojak :P

  • aman June 16, 2010 at 8:13 pm

    wah. blog aku tersenarai sekali. thanks bro.

    • menteil June 16, 2010 at 8:15 pm

      blog bro memang antara yang terbest.. =P

  • Jaws June 16, 2010 at 8:14 pm

    blog menteil lagi hebat!!!

    • menteil June 16, 2010 at 8:16 pm

      haha… aku tak rasa macam tu pun bro… =P

      • rashid June 17, 2010 at 5:47 pm

        kata la thanks…hehe, tu doa tu menteil…

  • Taufik Dato Mansor June 16, 2010 at 8:15 pm

    bagi aku blog amanz ngan hongkiat terbaik….

    ohtidak.com? haha… apekah? amazingnara lagi best…

    • menteil June 16, 2010 at 8:18 pm

      uiks?? tak habis kes lagi ke bro?
      bawak berdamai lagi ok aku rasa.. dunia blog kita nie nak kemana lagi kan.. sama2 menyokong kan bagus..

    • syahirul June 16, 2010 at 8:19 pm

      betul2.. sampai bila nak war aje… takleh make friend la gini :P lallaa

      • sharul(taro) December 26, 2011 at 10:47 pm

        lebih baek diam diri je

    • Piratz June 16, 2010 at 8:20 pm

      ko anti khai memang la… huhu…

    • khai June 16, 2010 at 8:29 pm

      zzzzzzz…. Hahah.. Nape x ckp youtube lg best aje ye tak? Sakit hati nye pasal, mampu sebut web org adjerlah.. Shame on u..

      • Taufik Dato Mansor June 17, 2010 at 11:16 pm

        haha… “suka” baca entry pasal blog falsampah tu… terbaik…hahaha

    • aizuddin June 18, 2010 at 3:57 pm

      kat sini pun jadi ke??aduyai

  • zaryl June 16, 2010 at 8:15 pm

    apa yang penting terluah semua apa yang disimpan dalam hati.
    cuma bila ada perkara yg terpaksa jugak disimpan… semakin bersawanglah blog hahaha
    (sambil jari telunjuk menuding ke arah batang hidung sendiri)

    • menteil June 16, 2010 at 8:18 pm

      malah telunjuk mu itu turut menuding ke arah ku.. huhu..
      rileks bro.. amek masa.. tak kemana lari blog tu.. hehe..

      • rashid June 17, 2010 at 3:08 pm

        you buek apo……………..

  • saya_aRief June 16, 2010 at 8:17 pm

    sume blog yang pemes nih..huhu.

    • menteil June 17, 2010 at 9:39 am

      tak lah.. pemes belum tentu boleh jadi menarik.. huhu.. bagi aku lah..

  • Piratz June 16, 2010 at 8:21 pm

    Aku punye blog camne plak bro? Kategori pelah ye…

    • menteil June 17, 2010 at 9:41 am

      blog bro mungkin sesuai untuk masuk kategori informasi.. banyak tutorial ada di sana..

      *tapi kenapa main page dia dalam view mobile?

      • Piratz June 17, 2010 at 6:19 pm

        ha? view mobile.. kadang2 jadi camtu.. takpela.. aku remove mobile punye plugin…

  • x-po June 16, 2010 at 8:22 pm

    sedikit sebanyak blog2 yg menarik mesti mempunyai templete yg cntik2

    • menteil June 17, 2010 at 9:42 am

      mungkin itu salah satu sebab kenapa blog itu jadi menarik.. =P

  • Azah June 16, 2010 at 8:24 pm

    kategori blog aku pun carca marba jugak kot..
    :p

    • menteil June 17, 2010 at 9:44 am

      takper.. yang penting happy.. =D

  • wazy June 16, 2010 at 8:30 pm

    Blog ni pun terbaik =)

    • menteil June 17, 2010 at 9:46 am

      tak pernah rasa macam tu.. =P

  • khai June 16, 2010 at 8:33 pm

    Terima kasih manteil.. Selain Amanz, ko juga adalah rakan blogger terawal yang pernah aku kenal.. Masa tu blog kat m’sia ni boleh dikira dgn jari je lgi.. Dan aku rindu zaman muda pink kita.. Ko dah surrender nampaknya.. Hehe

    • menteil June 17, 2010 at 9:48 am

      walaupun ko kenal aku lama, tapi aku tetap kecik ati ko salah eja nama aku.. hahaha…

      ntah lah.. malas nak layan yang cakap kaler pink nie keperempuanan sangat.. so serender je lah.. =P

      • topo June 17, 2010 at 6:38 pm

        pergh.. dulu aku nak taip nama ko aku google dulu kot.. berbelit2 jari aku nak taip nama ko.. hohoho

      • Khai June 19, 2010 at 5:30 am

        Hahaha.. Aku mmg suka sebut nama ko as “man tel”.. bukan ” mentel”.. hehehe..

  • Azfarul June 16, 2010 at 8:56 pm

    Semua ni blogger2 handal hehe

    • rashid June 17, 2010 at 6:31 pm

      Azfarul, lady gaga menyembah syaitan…picture ko menunjukan dia buat “one eye” a.k.a Dajjal

    • atasuke September 3, 2010 at 9:49 am

      tapi saye punya blog x handal pn….
      mcam mane nak pndal kan blog..????

  • nash June 16, 2010 at 9:59 pm

    hm…nice en3….nak singgah ar blog2 situ…huhu

  • Sya Isya June 16, 2010 at 10:01 pm

    blog2 yang tersenarai tu memang menarik. nurulism memang banyak peminatnya. blog sya pula kategori apa pada pandangan menteil?

    • menteil June 17, 2010 at 9:50 am

      sekali lalu membaca tajuk mungkin boleh dikategorikan sama seperti menteil.net – rojak.. semua pun ada.. hehe..

  • Kujie June 16, 2010 at 10:18 pm

    ada beberapa blog ‘under dog ‘ ( mcm pasukan bola ) yang kak jie masih ikuti sejak 3-4 tahun dulu.

    blog sendiri – entah – ikut suka aku kot..

    • menteil June 17, 2010 at 9:51 am

      boleh kongsi? mana tau menarik minat menteil untuk mengikutinya juga.. hehe..

  • HURULAINI June 16, 2010 at 10:56 pm

    eyh…cemner blog aku masuk list jugak…lol….thanks ya…hohoho….

  • .::wanie::. June 16, 2010 at 11:18 pm

    muahahahahha i lap u very strong brader

    nahhhh hello kittyy

  • [...] This post was mentioned on Twitter by menteil, menteil. menteil said: menteil.net – Contoh Blog Yang Menarik: Bagai mengikut fenomena agaknya, bertumbuhnya blog di arena internet Malay… http://bit.ly/9LaIFJ [...]

  • mrfinal June 17, 2010 at 12:24 am

    haha.. aku suke kategori yg last tuh… blog cacamarba… hahaha.. aku nyer blog pon cmtuh.. jek.. sukati jek laa kau nak letak apepon kan..

  • naz June 17, 2010 at 2:31 am

    aku suka blog menteil. 1st time aku jumpe blog menteil mase aku search mp3, then aku jumpe menteil mp3, tapi ntah mane ntah skarang menteil mp3. haha

    • menteil June 17, 2010 at 9:52 am

      huhu.. kementerian perdagangan dan (apa ntah! aku tak tau.. haha) bagi email suruh tutup.. kalau tak tindakan akan dilakukan..

      pihak hosting pun dah bagi amaran.. so aku tak boleh buat apa lah.. dengan berat hati aku pun tutup lah mp3.menteil.net =(

  • h3r0 June 17, 2010 at 10:49 am

    Tapi blog aku xleh lawan blog menteil.. best lg menteil..

  • luth textile June 17, 2010 at 2:13 pm

    ermm.. menteil pon ok what. blog jiwa kacau. caca marba macam blog aku.
    tak penting apa tema sekalipon blog tu janji dapat memikat hati pembaca. kan kan kan?
    setiap orang ada daya tarikan tersendiri

  • zool June 17, 2010 at 5:00 pm

    Blog2 tu memang terbaek.
    Ntah bile blog aku nak capai tahap tu.. mungkin tak kot

  • rashid June 17, 2010 at 6:33 pm

    Rasanya hampis semua blog di atas aku baca, rasanya blog-blog ni citarasa rakyat Malaysiala…hehe

  • yonna June 17, 2010 at 6:53 pm

    kategori peribadi lah paling susah nak menjadi kegemaran. once dah jadi kegemaran org ramai, for sure blog tu memang ada ex factor tersendiri :D

  • stag parties June 17, 2010 at 6:56 pm

    Congratzzzz yaa .. its good blogizine nih … yaa … mudah2an increasingly crowded in my direction du’akeun tea-and-so … manly.

    • jack June 18, 2010 at 5:11 am

      yo my homie. i like ur accent yo! :P
      neways blog nih pon da ok ape. xperlu ke blog2 laen tu:D

  • hanisaleeya June 18, 2010 at 5:40 am

    For me, maybe your blog is more to personal blog. Anyway, not all personal blogs written by girls. Just a few hours ago I found a personal blog written by a men. Here: http://www.shimi.my/

    Ya. Kembali ke bahasa bunda. Mungkin blog personal juga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori lagi.

    Blog ini macam menarik untuk dibongkar. Tunggu nanti bila ada masa.. Hehe..

    [I'll be back!]

  • Nyetok June 18, 2010 at 5:45 am

    Blog aku kategori tong sampah kot, tu pun tong sampah kosong sebab jarang update.. tapi ok la blogging untuk suka2..

  • chybee June 18, 2010 at 8:54 am

    semua blogger mantap2 dalam list ni. terasa diri kerdil sekerdil kerdilnya pulak :)

  • aizuddin June 18, 2010 at 3:59 pm

    blog miaw tu best gak..banyak katun..blog aku..blog rojak je kot..ikut suka hati je..hehe

  • Anwar Osman @ Computer Technicians June 18, 2010 at 9:04 pm

    Banyak blog yg menteil list jugak dalam follow up list aku. Ada sesetengahnya aku cuma jadik silent reader… segan nak helo2 org2 famous. Skrg ja baru nak ubah mindset sket… jadik terimala ambo dlm dunia blogging nie. Ambo org baru kalau ada salah tegur2 la ambo.

  • denaihati June 18, 2010 at 9:32 pm

    Jangan lupa blog seni seperti http://emilayusof.com

  • alkisah June 19, 2010 at 7:03 pm

    blog gua pula ialah kategori blg yg hidup segan mati tarak mau..sepi umpama embun pagi

  • Aku Scandal June 19, 2010 at 11:37 pm

    kalau blog peribadi aku rase blog ko terbaik bro…mantap

  • ataicha June 20, 2010 at 12:28 pm

    blog menteil ni pun aku rasa yang terbaik… :p

  • ariff June 21, 2010 at 12:54 am

    hongkiat macam jarang update sekarang.

  • stag parties June 21, 2010 at 11:18 am

    Nice blog bro :) Topik nya profitable tuch apalagi kalo basa English.

  • nizamsani June 22, 2010 at 8:51 am

    menarik.

  • affiliate marketing June 28, 2010 at 2:32 pm

    Skrg ja baru nak ubah mindset sket… jadik terimala ambo dlm dunia blogging nie. Ambo org baru kalau ada salah tegur2 la ambo.

  • rayban wayfarer July 6, 2010 at 4:31 pm

    nice blog…1st time masuk blog ni memamng mantap!!!

  • PinkyLucia August 18, 2010 at 11:22 pm

    tak perlu fikir category.. yang penting happy.. hehehe..

  • atasuke September 3, 2010 at 9:07 am

    macam mane nak buat blog..??

  • aniely November 18, 2010 at 7:19 am

    hahahah ko aktif balik ke menteil?? weii tak letak blogmenjerit ker?? tuh hebat jugak tuh

    • menteil November 18, 2010 at 10:15 am

      err… tak berapa nak aktif la.. sket2 jer.. haha… blogmenjerit sudah hilang.. nak masuk pun tak boleh.. huhu..

  • Extremist Thinker November 18, 2010 at 3:50 pm

    byk betul tag :p

  • fiD December 8, 2010 at 8:36 am

    blog ini pun besh ow

  • semanisgula December 30, 2010 at 12:08 pm

    br nk start wt blog..please giv me tips cmner nk wt blog yg menarik

    • menteil December 30, 2010 at 2:45 pm

      boleh jadikan blog2 yang disenaraikan kat sini sebagai contoh dan panduan.. tapi jangan sampai meniru.. =)

  • Firdaus Kasim January 16, 2011 at 6:19 pm

    Bro, boleh x nilai blog aq? aq perlu sgt komen dari blogger terhebat mcm kau

    • menteil January 17, 2011 at 12:01 am

      aku tak layak kot nak menilai blog orang secara terperinci.. tapi bagi aku blog ko tu dah ok dah.. kekemasan pun dah ok.. kalau kurangkan widget dengan iklan lagi best.. hehe.. cadangan jer..

  • coolie January 20, 2011 at 3:27 pm

    hurmm..sy jg bru dlm dnia blog..tnjuk ajar yaa

  • ewan March 12, 2011 at 8:54 pm

    salam,sila komen blog aku kerana aku masih baru dalam dunia blog ni

  • ecah March 15, 2011 at 11:15 pm

    sgt2 menarik. bleh wat cntoh.. join la blog kami juga.. for final projek las sem kami ni.. abot teluk batik.. just leave ur komen k.. plsssn be follwer.. bloger len di alu2 kan kunjungan anda..

  • abu bakar April 4, 2011 at 10:24 pm

    aku punya blog memang poyo habis nak buat cam korang tak ada sapa2 boleh guide aku skit lihat lah blog aku yg nie ukur-tanah.blogspot.com tolong lah bagi ilmu skit camner nak perbaiki terima kasih

  • [...] penyenaraian blog ini pernah aku lakukan dulu.. Lihat pada artikel ‘Contoh Blog Yang Menarik‘ dan ‘Menteil dan Lapan Wanita‘.. Tetapi bila ada gelombang penyenaraian 5 blog [...]

  • yopie April 27, 2011 at 11:30 pm

    karena saya masih pemula, bila ada waktu, mampir ke blog ku eakh, syukur2 bisa ngasi saran yang membangun http://yopie-iiopz.blogspot.com/

  • joyo plencing May 6, 2011 at 11:28 am

    blog yg bener2 menarik….bisa dipraktekin diblog aku gak ya,kok kyke susah bgt….

  • sharina idora May 27, 2011 at 9:38 pm

    hye sume.. sy bwu noin dunie blog nih,,
    da tips x cmne nk jd blogger yg best??
    share k… http://stoberryiceblended.blogspot.com

  • paskalis May 29, 2011 at 1:47 am

    kapan blog saya bagus :D:D
    kunjungi yah http://www.tamsilo.com

  • mshuhaimi June 16, 2011 at 4:46 pm

    Memang kita rasa blog kita lah yang terbaik tapi ape yang penting keterbukaan & relevan.
    Ok sempoi.. Tq

  • seri armourez October 1, 2011 at 7:11 pm

    slm bro..rupanya blog pun ada jnis kew…so im so exited juga nk tau blog sy ni kategori apa~

  • sharul(taro) December 26, 2011 at 10:49 pm

    mcm2 jenis blog yg ade skang ni

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog