Dunia Blog 10 Tahun Lagi

Kenapa serius je entry menteil.net semenjak dua tiga menjak nie (sebut ikut slang Nabil)? Macam tak bestlah kan? Jom kita layan entry ringan-ringan suam-suam kuku ni.. Korang pernah terfikirkah apa akan jadi di dunia blog pada 10 tahun lagi? Ini yang terlintas di kepala otak aku nie sejak beberapa hari.. Jangan ambil serius.. Layan je baca..

————————————————————

Di pertengahan majlis penyampaian Anugerah Industri Muzik
“Mengumumkan blog artis terbaik jatuh kepada ……. Anuer Zon dengan url blognya anuerzon.com”

————————————————————

Setelah kad pengenalan mat rempit itu discan pada gadjet iPong, rilek je polis tu sound.. “nie bila nak renew domain blog ko nie? Dah 4 hari nie, kena curik domain ko ni kang jangan menonggeng sudah”
“bajet lari la tok”

————————————————————

13 MEI KUALA LUMPUR: Suspek, Najib Abdul Razok (www.1nepal.com) dan Rosmah Manzor (www.1pengguin.com) dikatakan sedang berpacaran di Taman Astakona sebelum ….. -Berita Hairon

————————————————————

“Polis Jenayah Blog masih lagi menyiasat dalang yang berani melakukan spam berterusan di blog mantan perdana menteri dan beliau sendiri berharap jenayah ini akan berhenti selama-lamanya. Ibarat berak tidak berbasuh, lalat berlagu hurungi tahi. Saya Karamsong Walio melapuurrrkan untuk TV38″

————————————————————

“encik, saya nak melaporkan mengenai masalah blog saya yang sudah digodam” kata Hamid di sebuah balai polis.
“encik boleh pergi ke tingkat 3, belok kiri, masuk ke kaunter bahagian blog” balas Lans Koperal Usop.

————————————————————

“aku tengok blog Kasim tu hebat je kan.. Mana dia dapat bakat dia tu ek?”
“tengok la bapak dia sape beb! Dah memang mengalir darah seorang blogger kat dia..”

————————————————————

“kenapa markah subjek blog Aiman merosot banyak sangat bulan nie” tanya ibu lembut setelah melihat laporan bulanan Aiman.
“nak buat macam mana mak.. Blog Aiman kena hack dengan awek kelas sebelah.. Tapi Aiman dah hack balik blog dia..” balas Aiman yang akan masuk umurnya 11 tahun minggu depan.

————————————————————

“selamat malam ibu.. Yana tido dulu ye.. esok nak sekolah”
“selamat malam sayang.. nak tido tu dah update blog ke?”
“dah tadi bu, sambil tu sempat jugak cashout adsense.. hehe..”
“boleh la belanja ibu esok yer anak ibu yang cantik.. hehe..”

————————————————————

“aku pening kepala la beb! Pening aku nak pilih course apa kat borang uni nie..”
“aku cadangkan ko amek course Pentadbiran Blog. Habis u nanti gaji masyuk beb!”
“ko amek course apa?”
“Keselamatan Blog.. Kuar u nanti leh jadi Blog Safety Officer..”

————————————————————

“weh.. Ko keje apa skang?”
“blogger kat company TekanPerkataan”
“brape gaji?”
“dia bagi basic RM8000 jer”

————————————————————

“sarip, kenapa blog ko tak boleh nak masuk?”
“blog aku kena suspend dengan Pesuruhjaya Blog Negara sebab banyak guna bahasa rojak.. Lagi satu sebab letak banyak sangat iklan.. Hehe..”

————————————————————

“kenapa Tonah tu jalan mendada kembang-kembang hidung je Minah” tanya Lijah memulakan sesi umpatan.
“maunya tak Lijah… Laki dia jadi wakil Malaysia ke World Blog Award dalam kategori ‘Best Blog Header’ kat Uganda nanti” balas Minah.

————————————————————

“dengan siapa Tiz Zaqyah tu kawin Minah?” lagi sekali Lijah buka cerita.
“dengan yang empunya menteil.net, pemenang Blogger Terkacak Malaysia tu” kata Minah, reporter tak rasmi separuh masa.
“oh… Untunglah dia..”
*sila muntah.. Saye tak berkecil hati.. =P

————————————————————

Nampak apa yang tersirat?

Korang xde ke terfikir apa jadi ngan dunia blog nie 10 tahun lagi? Jom kongsi…

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

52 Komen untuk "Dunia Blog 10 Tahun Lagi"
  • azizuan April 9, 2010 at 5:51 am

    haha..lawak..tapi part last skali tuh aku agak ragu-ragu..bukan agak la, sangat kot..haha

    • menteil April 9, 2010 at 5:58 am

      hehe.. ada ura2 kejelesan disini.. =P

  • sendra April 9, 2010 at 6:31 am

    kalaulah benda tu semua betul2 terjadi,mesti aku lega sebab aku dah prepare awal2 dengan adanya blog sendiri..aku nak tambah..

    “U sayang i tak?”
    “mestilah i sayang..kenapa u tanya macam tu?”
    “antara i dengan blog u,mana u pilih?”
    “blog i..muktamad!”

    • menteil April 9, 2010 at 6:52 am

      haha… lagi dasat nie.. sayang blog dari awek sendiri.. gile lah!

  • menteil April 9, 2010 at 6:53 am

    Tertinggal satu lagi; 10 tahun lagi bila mengisi borang;

    Yang bertanda (*) wajib diisi
    Nama*: ___________
    Alamat: ___________
    URL Blog*: ___________
    No. Telefon: _________

    huhu…

    • zik April 11, 2010 at 5:01 pm

      fuyyo… semuanya mengenai blog… wargghh…kalau betul agaknya mcam ne ek??

    • yonna April 12, 2010 at 2:39 am

      muahahahahhahahahahahahah!
      mandatori tu kene jawab!

      suka idea ni hahaha

  • wanie April 9, 2010 at 7:39 am

    dahlah aku tengah pening-pening loya dek tak cukup tido

    ko memang nak kasik aku sakit arrrr..

    aku tak dapat membayangkan apa akan jadi 10 tahun lagi :-)

    itupun kalau kita semua masih ada di sini

    Allahu alam.(apsal aku kasik komen ala ustazah lak ni ek)

    oh sebab arini ari jumaat

    • menteil April 9, 2010 at 12:25 pm

      tiba2 aku terbayangkan yang 10 tahun lagi cik wanie kita nie mengajar di sekolah agama.. ;P

  • jejari April 9, 2010 at 8:21 am

    haha…
    aku nak gak keje kat TekanPerkataan tu weyh….ade alamt die tak??

    • menteil April 9, 2010 at 12:26 pm

      jap.. nanti aku research.. kalau ada nanti aku post.. haha..

  • HURULAINI April 9, 2010 at 9:30 am

    hahahaha……lucu rrrr….tapi ye kan….what will happen in next 10 years….

    imagine:

    “ko nak kawin ngan anak aku, blog ko dah Google PR brapa? Alexa rank?” <~soal siasat bakal bapa mertua….hahaha…LOL

    tapi, contoh2 kat atas advance sangat rrr….in 10 years maybe xde la lagi undang2 bagai….tapi in 50 years maybe…..hahaha

    • menteil April 9, 2010 at 12:28 pm

      haha… masuk akal jugak tu bapak mertua tanya macam tu..

      “apa baru PR3? anak aku tu baru je dapat PR4 tau tak?!” hehe..

      mungkin la kot.. aku andaikan jer.. mana tau boleh jadi.. huhu..

  • syahirul April 9, 2010 at 12:56 pm

    wakakakakakakaa.. sumpah guling2 aku baca entri ko ni.. lawak ngan ayat takleh blah gile.. paling tak tahan segmen dialong terakhir tuh mmg tol2 haram.. ekekeke.. aku wish gak nanti blog jd mcm ne..

    • menteil April 9, 2010 at 9:06 pm

      Lagi sorang jeles.. Hehe.. Oit! Tuka blog.. Dah malas la tu..

      • syahirul April 10, 2010 at 2:15 am

        bukan mls la beb… mencari identiti baru.. lagipon blog lama tuh kan mmg dah terkubur waktu aku bz dulu.. mls nak renew2 da.. hahhaa..

  • beliamuda April 9, 2010 at 9:16 pm

    aku baca imaginasi ko kat atas ni, buat aku tergelak je. nasib tak cram perut jek… ~_~

    • menteil April 9, 2010 at 9:25 pm

      hehe.. tak terfikir ke apa jadi kat blog ko 10 tahun lagi? blogger paling pemes ke? hehe..

  • nizam6281 April 10, 2010 at 12:22 am

    hahahaha
    lawak siott
    blog oh blogg..

  • Extremist Thinker April 10, 2010 at 9:20 am

    mengalir darah seorang beloger. haha. kalo ayah die tulis pasal pron, abes ngan anak2 skali terjebak!

  • x-po April 11, 2010 at 12:56 am

    pandai ko wat skrip ek..haha part razok n manzor tu yg paling aku suka..haha nnt aku upah ko jd penulis skrip ye..hoho

  • khai April 11, 2010 at 7:43 pm

    haha, tak leh bla la bab ada kaunter jenayah blog.. sapa la yang nak menguruskan tuh.. =.=’

    • Khai April 13, 2010 at 2:46 am

      dah ada nickname khai lain la dalam dunia blogger… =.=

      • menteil April 13, 2010 at 3:36 am

        Haha… Aku ingatkan ko mula2.. Rupanya tak.. Hee.. Silalah tukar kepada nama ‘khai pink’ .. Haha..

      • mrkay May 3, 2010 at 1:10 am

        mrkay lain dah lama wujud. aku tabahkan hati je. ko pon, sila la tabahkan hati :p

  • cik epal April 11, 2010 at 9:24 pm

    hahahaha, mana la tahu semua ni boleh jadi kenyataan kan??

  • samanosuke_04 April 12, 2010 at 1:48 am

    wei, siyes lucu entri ko kali nie.. tabik spring.. haha, lama tak baca post yang menggunakan idea2 fresh camnie.. hehe, btw.. aku guna status fb aku untuk promo ko punye post nie.. siyes lucu!!

  • yonna April 12, 2010 at 2:43 am

    kurang-kurang 10 tahun lagi, bila semua berlumba-lumba nak buat blog dan baru sign in dpt duit thru adv2 ni, kita dah patut berbangga. senior dowh :p dah dpt beratus2 dah dr blog hahha (ceh.org lain beribu x heran pun kan T__T)

  • hanc April 12, 2010 at 11:31 am

    salam bro.. Dah brbulan hanc tak on9. Hari hanc on9 dok tergelak… Hapy2 gombiro den baca blog bro..

  • fiezaradzi April 12, 2010 at 12:21 pm

    yang last tu paling best tu.. hahaha

  • deennasour April 12, 2010 at 5:32 pm

    seriusly, bapak lawak!!!

    aku tak boleh blah skrip yana dan ibunya ituh!!
    wakakaka.

    and bapak blogger terkenal.
    keh3. tak boleh blah.
    aku rasa tu nanti jadi kat azmanishak.com la, dia kan nak jadi bapak!
    hahahahaha

  • yoy April 12, 2010 at 6:40 pm

    ni semua idea ko ke? peh mmg ko blogger sejati..haha gile gelak aku bace..

  • haritzer April 12, 2010 at 11:29 pm

    miahahaa

  • Khai April 13, 2010 at 2:45 am

    Aku muntah pada babak yang terakhir.. wakaka.. tak kecik hati kan? :P

    Neway nice. Lawak sangat dan aku harap sangat semua ini menjadi kenyataan.

  • Fazreen April 13, 2010 at 11:18 pm

    Tp certain2 things 2 ak harap tak jadi la especially yg melibatkan polis..alamatnye xde freedom la..

  • ika April 15, 2010 at 5:17 pm

    hebat gile nama watak2 dlm post ko nih..huhu
    10thn lg mungkin dalam surat beranak baby pun ada alamat blog ayah…tak pun nama samaran ibu dan ayah dalam internet

  • lowongan kerja April 18, 2010 at 7:27 pm

    Tak bisa dibayangkan macam mana dunia blog 10 tahun lagi. Yang pasti adalah dunia blog tidak akan mati dalam 10 tahun kedepan. Coba saja lihat saat ni sudah banyak perusahaan mencari pegawai yang tahu soal facebook, twitter, etc.

  • cawanmerah April 20, 2010 at 9:03 pm

    haha.. giler suka. semua memang terbaik dari ladang.

    taffi, pasal najib tu kan, bahaye woo.. kang kena tangkap dengan polis lebuhraya blog cawangan semenanjung kang, ko jugak yang susah.

  • Hidier April 27, 2010 at 10:51 am

    wah…idea yang menarik…
    next 10 tahun agak2 gaji utk blogger bape hinggit ye? :)

  • paeh May 7, 2010 at 6:07 pm

    terbaik la entri nii.. huhu

  • chokilala May 7, 2010 at 6:19 pm

    hahaha. nice! aku suka yang blog kasim, tengok la siapa bapak dia. darah blogger mengalir tu. hehehehe

    lagi satu aku suka yang mak dia tanya anak dia blog dah update belum. sempat cashout adsense pula tu lagi

    yang paling aku xpercaya yang last sekali tu la. tak tercapai akalku gitu. hehehe

  • aman May 7, 2010 at 6:22 pm

    Wah. Nie ekstrim gile. Tak mungkin kot smpai gitu. Hoho. Kalo dia tanya twitter tue maybe ar. Haha.

    Btw, aku takleh terima bahagian last tu. Ahaha.

  • wazy May 7, 2010 at 6:31 pm

    Hehehe lawak lak bila tengok entri ni,mana la tahukan 10 tahun akan datang blogger ni dah jadi satu pekerjaan profesioanl

  • Zala Wajik May 7, 2010 at 6:42 pm

    terbaik bro!

  • cyberfly May 7, 2010 at 6:46 pm

    hohoho dah lama tak baca post yg betul2 original dan menarik dari blogger tempatan kita. syabas!

  • MuNsYi~SaMa May 7, 2010 at 7:06 pm

    Mantap la bro. xmustahil benda2 ni akan jd nnti. mungkin nnti kalaunk isi borg ke ape ke, kena isi url je, alamat surat menyurat xyah dah. hehe

  • Dauspozi May 7, 2010 at 7:07 pm

    haha.. aku x setuju kalau diwujudkan polis jenayah blog… ada ler sbb2 trtentu… 10 tahun akan datang???… maybe aku otai blogspot ataupun seorang blogger popular mengalahkan populariti Justkhai… dan fenomena INGAT ______ INGAT ______ pun mula berlaku… hahaha, berangan tul… insyaAllah kalau panjang umo…

  • amiera25 May 7, 2010 at 7:10 pm

    hyep2.. 1st tyme bace blog nie n 1st tyme komen.

    btol gak eh.. ade kemungkinan akan jd mcm nie nanti…

    nice en3..

  • eyra May 8, 2010 at 9:50 am

    sumpah rasa lawak gila

  • peneroka July 25, 2010 at 12:22 pm

    nak tergelak aku…
    Tapi tak mustahil semuanya

  • aizuddin September 22, 2010 at 1:13 am

    yang part last tu macam ada yang tak kena je..haha

  • Aku dan Soal Jawab Dunia Blog | menteil.net December 13, 2011 at 5:27 pm

    [...] dinaiktaraf kepentingannya seperti yang pernah aku imaginasikan di enrty Dunia Blog 10 Tahun Lagi (lihat pautan).. Siapa [...]

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog