Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita dalam rancangan Basuh Jiwa Yang Luka.. Haha.. Abaikan.. Kembali ke bahasa yang asal, kalau tulis bahasa berat-berat nie bukan orang boleh terima sepenuhnya.. Nanti di katanya syok sendiri pulak.. Seperti yang aku katakan sebelum nie, bulan puasa nie adalah permulaan bagi aku untuk memulakan sesuatu yang baru.. Banyak dah idea dalam kepala nie cuma tangan aku tak cukup nak capai semua.. Jadi aku mulakan mana yang mampu jer..
Seperti kebiasaan perangai aku nie memang terlalu fokus.. Kalau aku buat satu benda tu, memang aku tak hirau dengan benda lain kecuali laptop dan rokok (malam sahaja).. Serius! Ini bukan main-main dan ini bukan rekaan.. Apa yang dinyatakan ini adalah benar dan sudah disahkan sendiri oleh doktor-doktor pakar sedunia (ayat biasa ubat gigi).. Bila dah macam nie, paham-paham lah kan.. Terabai semua benda termasuklah kehidupan sosial aku.. Awek ntah kemana, member ntah kemana..
Handset memang selalunya aku letak jauh-jauh.. Tak mahu diganggu kononnya.. Kalau sms aku buat bodo jer, kalau ada call aku usaha la jugak nak angkat (dengan tak rela).. Dan disitulah boleh berpuncanya segala keretakan.. Haha.. Hati perempuan, memang senang dibelai (kononnya) tapi susah dijaga..
Yang buat serba salahnya, bila ada yang berulang kali mengajak tapi tak ditunai.. Huhu.. Macam syah yang tak pernah jemu ajak aku lepak.. Huhu.. Serius bro.. Aku kalau dah start keje memang payah nak tinggal.. Sebab tu kena bagitau aku awal-awal.. (mengalahkan ketua kampung).. Eny si pesakit pon dah bising-bising..
Ok, aku bagi banyak alasan pun belum tentu orang terima kan.. Lepas nie aku cuba join mana-mana korang punya aktiviti.. Insya-Allah.. Gathering di Shah Alam mungkin…
masa ibarat pedang.. pedangnya ibarat?
Dibawah file: awek, blogger, facebook, gathering, macam mana nak fokus dalam kerja, masa, masalah, projek, search the blog..., start, tag:blogger
mcm biasa bagi aku masa 48 jam untuk menjiwai kata-katamu boleh? gahaha serious ni weh haha
weh.. agak ar bro.. aku guna bahasa mudah tu.. haha…
orang selalu cakap, kalau kita minat sangat berkerja, kita terpaksa berkorban untuk tinggalkan awek..hihi
tapi masalahnya, bila dah minat sangat dengan awek, kena tinggalkan kerja pulak.. haha…
pedang ibarat angin yg berlalu…
turun la shah alam sabtu ni :)
insya-Allah.. datang pun tengok dari jauh jer… hehe…
memang kalau dah komited dgn kerja, sms, phone call dan lain2 tu mcm mengganggu hidup dan fokus je
rasa nak campak je hp tu kan.. haha…
betul tu, hahahah kadang2 rasa mcm nak suruh cepat je bateri tu habis
suka penulisan menteil dari dulu
tersusun dan sabar walau jiwa kacau
ini contoh lelaki baik yang dapat mengawal emosi
cewaahhh…….. kak jie dah cop SIRIM ni :p
mendapat kelulusan dari kak jie adalah satu penghormatan besar bagi saya.. hehe…
jadi tak kisahlah jika saya bersaudara dengan kak jie? hahaha.. *joke
Wah turun gathering shah alam ek?? Boleh lepak2 ..
Jiwa ko memang menteil la.. eh kad raya dah sampai?
kemungkinan aku akan lepak.. dan ada kemungkinan aku tak datang lepak.. tengok la macam mana… aku baru tau club LC aku nak wat jugak.. adeh!
*baru tadi sampai, nanti aku up kat tumblr.. thanks bro..
baru pertama kali masuk sini..
dah nama kerja..memang tak boleh diganggu dengan macam-macam..serius..nak fokus dalam kerja semua mesti ada pengorbanan sedikit
macam aku nak fokus dalam sesuatu perkara rela no phone kena block pasal dah lama tak reload :D
Fokus dalam keje memang perlu….. supaya hasil yang dpat semestinya terbaik…..
haha… aku rasa macam ko gak lebih kurang.. kalau buat kerja, nak fokus je straight kat kerja tu… kadang-kadang awek aku pun terabai. Syukur dia jenis memahami aku… hehe
Waa senang kalo dapat seseorang yang mampu memahami kita..:) Kerja pun lebih selesa..
kuruskan badan..gemokkan iman wooot3 o_O
macam tu orang pompuan bro. bukan nak kata apa, tapi hakikat. mungkin salah kita gak tak beri perhatian pada dia. masing2 kena paham
Kira kena buat appointment la nih~ huhu =P
masa ibarat pedang.lau kite xpotong kita akan dipotong.oleh masa.yg diibaratkan pedang.