Gajah Duduk Batik Halus

Semalam aku pergi ke Uptown Seksyen 24 Shah Alam.. Cadangnya hanya menemani member aku yang ingin membeli belah sambil aku sendiri menjalankan misi mencari gadis supaya ada calon yang akan ditunjukkan pada mak aku di pagi raya nanti.. Wah.. Panjangnya ayat.. Tapi sedang aku melilau memilih calon, langkah aku tiba2 terhenti di sebuah kedai yang menjual kain pelekat dan juga batik..

Niat yang pada mulanya hanya nak membelek akhirnya terpedaya dengan kata manis si penjual.. Aku membeli dua helai kain pelekat Gajah Duduk 5000 Benang dan Sehelai Batik Halus.. Kain batik? Itu untuk mak aku lah.. Kain pelikat satu lagi untuk bapak aku.. Satu lagi aku punya la..

Sebenarnya dah menjadi adat tak rasmi keluarga aku untuk memberi kain pelikat pada bapak dan kain batik untuk mak.. Dan aku percaya banyak lagi keluarga lain yang buat macam tu.. Family ko tak buat? Ha.. Pekata ko mulakan tradisi itu untuk keluarga ko..

Mesti ada yang kata “baiknye menteil” “anak yang soleh la menteil nie..”  Jangan hanya berkata sahaja.. Pada siapa yang masih solo, sila tinggalkan pesan.. Mane tau ko akan menjadi calon untuk aku perkenalkan di pagi raya.. Ataupon ko boleh kenalkan pada aku sesiapa yang perlukan kasih sayang.. [haha.. harap2 yang berkenaan tidak membaca entry ini.. dish!!]

maafkan aku.. aku semakin rajin menerbitkan entry.. bersedialah.. hehe..
aku tak bayar zakat lagi… huhu..

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

37 Komen untuk "Gajah Duduk Batik Halus"
  • zamz September 23, 2008 at 1:03 am

    dari dulu aku kecik sampai skrg aku tertanya kenapa brand name dia gajah duduk…

    • menteil September 23, 2008 at 1:11 am

      gajah jarang untuk duduk..
      jadi ia menjadi unik..
      haha..
      aku memandai je..
      abaikan..
      :cak2:

      • ecahkoop September 27, 2008 at 10:49 am

        ok la tu…takkan la nak bagi brand gajah melompat kot…

        “gajah satu2nye haiwan yang tak bole melompat”:baik2:

  • ajue September 23, 2008 at 1:36 am

    xpenah buat tradisi cenggitu..

    mak ku xpki kain btik…i wonder why

    :alaa:

    • menteil September 23, 2008 at 1:37 am

      haha.. try la bagi..
      mane tau mak bleh suka..
      :baik2:

  • !x0r@ September 23, 2008 at 1:37 am

    hmm.. selalu jumpa kat kain pelikat bapak saya cap Gajah Duduk tu la. Femes jugak brand tu rupanya. huhu

    p.s – dah ada yg ‘berkenaan’,kenalkan je la pg raya nnt. Apsal nk cari lain pulak:apa:

    • menteil September 23, 2008 at 1:39 am

      erk… rasanya memang pemes brand nie..
      alaaa cik ixora oi..
      bagi ar peluang untuk aku berpasang pasang pasangan.. haha..
      :wek2:

  • Adry September 23, 2008 at 2:01 am

    Hahahaha… mencari calon yer… amboi… nak kenalkan terus tu.. wah wah wah… banyak blogger pompuan lawa lawa… apa lagi bro.. usha la.. hahahhaa

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    • menteil September 23, 2008 at 12:54 pm

      hehe.. menteil seorang yang pemalu…
      :werk:

  • deennasour September 23, 2008 at 4:28 am

    wah solehnya abang menteil, kakak saya tak kawen lagik..mwahahahaha

    • menteil September 23, 2008 at 12:58 pm

      owh.. iye ke adik ipar ku..
      haha..
      :gelakjahat:

  • azah September 23, 2008 at 5:20 am

    kain batikku smuanya aku kebas yg mak aku pnya…

    • menteil September 23, 2008 at 12:59 pm

      adeh!! bukan memberi..
      mengambik lagi ade..
      :peluh:

  • taukey September 23, 2008 at 8:06 am

    hahahaha. bro desperate ke? takkan la kot. :werk:

    • menteil September 23, 2008 at 1:00 pm

      erk… xde la…
      xde kena mengena..
      hehe..
      :taktau:

  • yonna September 23, 2008 at 8:50 am

    aik?
    ada unsur pencarian jodoh ni :p

    • menteil September 23, 2008 at 1:02 pm

      haha…
      entry sebenar adalah kain pelekat dan batik..
      yanh lain tu hanya sampingan..
      :alaa:

  • JuliaNa September 23, 2008 at 12:32 pm

    ohooo..keluarga saya takde pulak tradisi sebegitu, bagus jugak tu..itu adalah tradisi sewaktu raya sahaja atau bila2 masa?

    • menteil September 23, 2008 at 1:04 pm

      erk.. time raya tu macam ‘wajib’ la..
      kalau lain hari tu lain citer..
      bila2 pon bleh.. hehe…
      :comey:

  • ad3ck September 23, 2008 at 1:36 pm

    skang neh bukan Gajah Duduk je. Gading Gajah, Gajah Tenun, Gajah Datang, semua gajah eheheh.

    • menteil September 23, 2008 at 6:05 pm

      yang orijinal (dlm nada jawa) tetap gajah duduk la..
      :baik2:

  • topo September 23, 2008 at 1:57 pm

    “kepada yg solo sila tinggalkan pesan”… hohoh nanti hantaran nnt dapat la banyak kain batik dengan kain pelikat,, ade yg bentuk angsa.. ade yg bentuk kapal… hohohoho:lerrr::lerrr:

    • menteil September 23, 2008 at 6:06 pm

      haha..
      cadangan yang baik tu…
      :wah:

  • melayubuntu September 23, 2008 at 5:35 pm

    hahaha..
    apsal ko mcm nk tegaskan pasal calon tuh..hihi:apa:

    • menteil September 23, 2008 at 6:06 pm

      haha.. ala bro.. biasa la..
      amek kesempatan…
      :cak2:

  • nadzal September 23, 2008 at 5:51 pm

    sama cam famili aku gak la. Kumpul kain batik. huhu..:alaa:

    • menteil September 23, 2008 at 6:07 pm

      haha… kain pelikat bapak aku dah tak terkumpul dah..
      :chayok:

  • bozzo September 23, 2008 at 8:33 pm

    :baik2:aku pun dah belikan kain pelikat ngan atik utk parent aku. aku je yg takde kain pelikat pasal aku tak pakai.tak tau nak ikat…

    • menteil September 23, 2008 at 9:10 pm

      haha.. malu beb tak tau pakai..
      kena kutuk kang.. haha..
      :lerrr:

  • wanie September 24, 2008 at 8:44 am

    oo oo saya nak jadi calon bleh..hahaha

    • menteil September 24, 2008 at 10:16 am

      ditolak mentah2.. haha…
      :lerrr:

  • Kujie September 24, 2008 at 9:08 am

    Tahun ni tak belikan batik utk mak…tukar beli telekung..
    utk ayah mmg tiap tahun beli kain pelikat..tak kiranya gajah duduk ke..gajah mencangkong..hehehe

    • menteil September 24, 2008 at 10:17 am

      haha… gajah mencangkong…
      camne la rupe dia..
      :lerrr:

      • Kujie September 25, 2008 at 9:28 am

        erk..jom g zoo nengok mcm ne dia mencangkong:apa:

  • pipot September 25, 2008 at 6:27 pm

    nie wallpaper ko yg baru aku tgk ada ala2 corak gajah duduk
    kain pelikat sape yg bg ko sumber inspirasi nihh?:gelakjahat:

  • syzn rzki September 26, 2008 at 12:26 pm

    hah! nih dh sm tradisi aku…ha3. cuma thn nih jah payah sket,xkua shppg ler…adeh.
    :pang:

    aaa…aku pn nk jd calon :hehe:

  • grosir sarung August 25, 2009 at 1:39 pm

    Kain sarung gajah kursi, kain pelikat bagus nih dari Indonesia

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog