Isu Perkauman dan Perbalahan Antara Negara

Secara jujur aku tak tau dari mana isu ini timbul.. Samada kebetulan atau dirancang aku tak tau.. Lebih mengharukan ia terjadi di bulan suci bulan mulia ini.. Tapi aku lebih banyak tersenyum sendirian melihat gelagat si penegak keadilan yang semuanya terlantik semulajadi.. Yang di sana mencaci yang di sini mengeji.. Kesudahannya tetap di paras negatif!!

Isu perkauman baru ni.. Terjadi bila seseorang menyentuh soal perkauman dan sedikit mengguris hati beberapa pihak.. Laporan polis dibuat, isu menjadi hangat.. Wujudnya beberapa page di facebook ‘Kami Sokong/Benci Si Polan’.. Dari situ tercipta pula video yang menghina si Polan, dibalas pula dengan video yang juga sama menghina.. Kesudahannya?

Isu di antara negara serumpun.. Dulu heboh mengenai originaliti.. Pung pang pung pang, senyap! Nah, sekarang timbul pula isu baru.. Bergaduh lagi.. Internet memang medan perang yang hebat! Askarnya boleh direkruit dan dipencen ikut suka, permulaan dan penamat perangnya pun ikut suka?

Sekarang mahu serang Malaysia pula (ouh? ini betul2 serang la ye?).. Aku tak pernah tahu ada surat meminta kebenaran untuk berperang.. Kenapa perlu bising sana sini jika mahu berperang.. Bukan ke membuat serangan hendap itu lebih berkesan.. Lagipun orang disana sudah biasa masuk ke negara ini secara haram ataupun tanpa dikesan kan?!

Bergerak tidak, terusik pun tidak.. Yang membara hanya jiwa,  jasad hanya menonggeng  menunggu dijentik lagi dan terus menyepak dan menumbuk sang angin..

Dan yang terbaru, iklan hari raya TV3.. Bagi aku iklan tu mengarut, langsung tak nampak ianya seperti iklan raya.. Itu sahaja pendapat aku.. Tak pernah pulak nak terfikirkan tentang hal lain.. (Penerangan Jelas Promo Iklan Aidilfitri TV3! Sesat Lagi Menyesatkan).. Aku tak mahu komen panjang.. Fikirlah sendiri.. Orang kita memang hebat menganalisis!

Aku? Duduk diam memerhati..

“kita kena pertahankan maruah bangsa, negara dan agama menteil!”

“tengok maruh diri itu dulu.. layakkah mempertahankan salah satu dari tiga diatas jika maruah diri pun senang dirobek!”

Jika aku dikecam selepas ini pun, aku masih lagi beragama islam dan berwarganegara Malaysia!

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

12 Komen untuk "Isu Perkauman dan Perbalahan Antara Negara"
  • [...] This post was mentioned on Twitter by menteil, menteil. menteil said: menteil.net – Isu Perkauman dan Perbalahan Antara Negara: Secara jujur aku tak tau dari mana isu ini timbul.. Sama… http://bit.ly/9d0jfs [...]

  • zaryl September 5, 2010 at 3:58 pm

    aku pun dh naik semak dgn isu2 kebelakangan ni. setakat ni aku amik jalan tgh x nk campur mana2. baca dan fahami je apa yang sedang berlaku. mungkin itu lebiih baik.

    • menteil September 7, 2010 at 12:09 pm

      yup… menjadi pemerhati sahaja… XD

  • nik September 5, 2010 at 6:35 pm

    stuju ngn kau menteil :)
    permikiran kau memang terbaik.

    • menteil September 7, 2010 at 12:09 pm

      hanya pendapat aku sahaja.. masing2 sudah pandai fikir.. XD

  • Chandra Wijaya September 5, 2010 at 10:30 pm

    Haih.. isu2x macam ni memang selalu saja ada. Mesti dipahami dan ditelaah secara baik.

    • menteil September 7, 2010 at 12:10 pm

      yup.. sebab itu entry ini wujud..

  • Lowongan Pekerjaan September 5, 2010 at 10:38 pm

    Tak habis pikir kenapa senang bergaduh.. kenapa tak bisa hidup damai sahaja..

    • menteil September 7, 2010 at 12:10 pm

      ego, dengki, cemburu, jiwa memberontak.. selalunya itulah puncanya…

  • titan September 8, 2010 at 11:17 pm

    kawan aku yang dari indonesia pun tak berapa faham bila benda ni jadi camni. Dia kata, memang ramai orang kat sana dengki kita. Entahla, aku dengar aje. Percaya atau tak itu bukan persoalannya. Sebab benda ni sangat subjektif. Apa yang diorang nak sebenarnya?

    • menteil September 9, 2010 at 1:55 am

      yup.. aku pon ada juga kawan dari indonesia nie.. tapi takde pulak dorang nie tak puas hati atau apa..

      mungkin dorang cemburu dengan keamanan dan kemajuan kita.. mungkin…

  • beruang panda November 11, 2011 at 3:55 pm

    aku pun tak faham dengan org indon ini suka sangat cari masalah,aku rasa sakit hati sangat bila baca bolg dorang yang kata org malaysia,pada hal negara kita dah banyak bantu negara dorang bila berada dalam kesushan,teruk betul,

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog