Aku ada seorang kawan.. Er.. Bukan kawan aku.. Aku tak nak mengaku dia kawan aku.. Rakan sekerja lebih tepat.. Eh? Ada ‘rakan’ pulak.. Tukar jugak.. Budak satu company dengan aku.. Dia nie seorang perokok juga sama seperti aku.. Nak dipendekkan cerita, aku tak pernah nampak dia nie ada rokok.. Aku tak tau dia nie pernah beli rokok atau tak sebab sepanjang aku kerja dengan dia tak pernah pulak aku nampak dia keluarkan rokok dari poket dia..
Yang membuatkan aku bengang nak mati, setiap kali aku pergi isap rokok dia boleh pulak follow dengan muka babun tak malu dan dengan muka tenang buaya mengepau rokok kat aku… Apakah bodoh tak terasa malu ke mengepau aku setiap hari? Adakah dia pernah googling pasal aku dan dapat tau yang aku nie pembekal rokok terbesar kat Malaysia? So tak kisahlah kalau rokok aku dihabiskan setiap hari oleh kau si mangkuk tandas!
Oklah.. Aku bukanlah nak berkira.. Aku paham kadang² ada masanya aku pon mengepau orang lain.. Tapi itu di saat aku terdesak.. Bukan sengaja seperti dia yang bodoh ini.. Mari sini baca kalau kau ingin jadi seorang perokok yang beretika dan berhemah.. (?) =P
Jangan Hisap Rokok Kalau Kau Takde Duit..
Kalau dah tau takde duit buat la takde duit.. Tak payah la nak berlagak jugak nak hisap rokok.. Tengok saving tu dulu banyak mana.. Then bajet la banyak mana pulak kau mampu nak hisap setiap bulan.. Paham?
Jangan Hisap Rokok Kalau Dah Tau Hisap Rokok Tu Membazir…
Ha.. Dah tau nak buat jugak buat apa? Kalau nak jadi perokok tegar, tak payah berkira nak beli rokok.. “Biar duit orang bazir jangan duit aku yang melayang.. Aku tak rugi dan aku sendiri puas..” Kepala otak kau!
Jangan Hisap Rokok Kalau Mak Bapak Kau Dah Marah!
Dekat mak bapak kau takut hisap.. Belakang dorang berkepul² asap keluar dari mulut ko kan.. Tapi tau tak rokok tu sape punya?! Ooo.. Kau takut kantoi, tak nak beli sebab nanti mak bapak kau check barang² kau? Dah tau takut tak payah la hisap.. Ngek!
Jangan Hisap Rokok Kalau Awek Lu Marah!
Kau depan awek tak hisap rokok.. Belakang awek ko pau rokok orang? Apekejadahnyer ini?! Kalau aku cakap ko nie bacul ko marah.. Tak nak awek merajuk la.. Itu la, ini la.. Pak hang!
Jangan Hisap Rokok Kalau Sayangkan Nyawa..
Konon²nya tak nak beli rokok sebab nak kawal diri dari merokok.. Kepala kau! Ko nak kawal, tapi hisap jugak bila orang lain hisap rokok.. Plus lagi ko pau rokok orang.. Bodoh! Itu alasan zaman aku sekolah dulu la..
Aku buat entry nie bukan bertujuan khas suruh orang berhenti merokok.. Ye.. Memang itu yang bagus.. Entry ini untuk mereka yang merokok, tetapi suka merokok orang lain punya rokok! Jangan fikir lain ok.. =P
Dibawah file: awek, bajet, bengang, hisap rokok, kantoi, kawan, kerja, pau rokok, perokok, rokok, rokok mahal, widget
haha.. ada gak sorang dua aku jumpa dulu perangan babun mcm tu. tp dulu aku segan nak sound..
sekarang tidak lagi dan automatiknya aku tak jumpa dh org mcm tu hehe
aman la dah dunia ko.. kalau tak hampeh jer.. huhu..
pasal rokok ek.. soh jer die benti.. lau die asyik mintak jer, ckp, sorry bro, aku de satu ni jer.. tak pun direct.. ko g beli dulu aa..
masalahnyer dia nie tak paham bahasa..
kena cakap uganda baru dia nak paham kot..
so, menteil ni ada duit, rasa merokok tu tak membazir, mak bapak menteil tak marah, awek menteil tak marah dan menteil tak sayangkan nyawa?
hahaha..
haha.. betul la tu..
cuma mak bapak n awek aku of coz la marah..
tapi aku nie degil dan berani..
aku buat n berani tanggung..
Azah, kesimpulan yg baik di situ..hehehehe
aku rasa kawan ko tu kategori no 2
ye..sila jangan jadi bacul aka hipokrit…jangan kau berpurak-purak dalam perahu,mulut bau rokok tapi kau kata makan tauhu…
hahahaha
haha.. mendalam maksudnyer tu…
len kali die minta ngan menteil ckp ni jerk…”alamak bro sume ni dah ader org cop ar!” so xdpt bg ko coz ko lambat…hahaha
haha… ok gak nak guna..
nanti aku wat siap tulis nama lagi kat rokok tu.. =P
merokok itu tidak bagus untuk kesihatan..
sila kurangkan merokok..
untuk kawan pau rokok, bile die nk pau, ko kasi kueh pau~ ok gak..
boleh berhenti merokok.
korang akan menyebabkan penipisan lapisan ozon.
dan kesannya kita terasa skrg
aku suka post ni..
until..
aku baca kesimpulan di akhir garisan.
ok bai!
marah ke?
salam bro.. lamo la dok dtg sini.. tak baca g nie.. comen lu… sok hanc datang g na.. nak tidok lu…
good nite doktr cinta…
terang2 dah kat kotok rokok tu ade menatang penyakit tu..tak mo benti gak..aku tau malaysian people mmg tak pdi bajet masa depan diorang…hmmm…
tak satu point pun diatas yang berkaitan dengan aku..
maknanya aku boleh hisap rokok dengan gembira dan tenang..
pasal budak yang selalu pow kau tu senang jer caranya..
bila dia mintak rokok, cakap ade sebatang jer tinggal..
tapi kau jgn tunjuk kotak rokok tu..
pastu ko cakap, kita pancung laa rokok ni..
pastu mesti dia tak paw ko dah..
percayalah..
haha… isap setengah tak rasa nikmat dia..
isap sebatang baru terasa nikmat dia..
dua batang dua kali nikmat..
aku tak suka nikmat separuh nie.. haha…
huih.. aku jumpa ramai yg camni.. sampai sorang mamat tu aku dh tak tahan, bila dia mintak rokok aku bg rokok lenteng pastu aku suruh gulung sendiri.. puas ati aku.
ngahahaha, plik tul crita nie, macam ko lak yang kena berhenti merokok sebab tanak abis duit.. jangan luah dalam blog jer, cakap bebetul kat mamat tue, dia paham kot, kalo dia marah ngan ko pon, at least lepas nie dia dah tak mintak dah rokok ngan ko… betul tak?
sungguh kelakar youtube,
salamm,
ops, aku tak leh nk berkata apa2..huhuhu
jangan isap rokok kalau x reti nak beli sendirik..ari2 pow lemak ar..haha
dah ketagih. nak wat camane? dulu isap rokok dr skolah menengah sebab nak nampak jantan, nampak macho, nampak ganaz. datang la fatwa dari mana2 pon tak kesah. dah batuk kronik pon belum tentu nak berenti. susahlah kalau dah ketagih kan?
ahhahaha… lawak plak post ko ni walaupun aku tau ko type masa tgh marah sbb kawan ko pow rokok aku…. Lawak plak bila org macam “kawan” ko tu wujud…. Merokok tp pow orang punya…. Cubaan untuk tipu diri sendiri tu.. hehehehe…. Anyway MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN…. hehehehe…
Nasib baik aku tak merokok…
Tak payahlah ko takut aku nak pow ko..
tapi kalau pow ko makan kentaki ok tak>>> Huhuhu
wah. teruk ko kena pau ni menteil. Sound aje kat mamat tu..