
Ermm… Aku tak tau nak mulakan macam mana.. Sebab tahun nie saja entah berapa kali aku bercerita perihal kerja.. Bukan aku saja-saja nak menggedik atau berhati tisu, tapi kali ni hati aku betul-betul sudah panas.. Entah kenapa kali nie memang sangat mencabar kejantanan aku ni.. Aku punya adab, tapi adab aku bermaruah.. Jika diberi salam aku balas dengan salam dan senyuman, jika diberi penumbuk aku balas dengan penumbuk dan terajang.. Itu perumpamaan yang mudah difaham bagi aku yang masih berjiwa muda..
Bila sudah bernafsu tebal dengan kuasa semuanya boleh lupa.. Aku tak kisah jika terlalu inginkan kuasa tapi jangan melibatkan aku yang sikit pun tak heran dengan semua perumpamaan emas di dunia.. Jika salah sebesar kuman pun kau boleh zoomkan menjadi sebesar gajah, bagi aku itu memang sifat yang sangat kebudak-budakan.. Come on bro! Jangan kolot sangat! Bukak otak tu bagi bernafas sikit.. Jangan selalu menutup dengan nafsu yang hitam sampaikan nak menembus apa cahaya sekalipun tak boleh..
Aku dilahirkan dengan didikan agama yang ketat oleh orang tua aku.. Aku masih punya sifat sabar dan adab.. Tapi… Kadangkala aku sangat malas nak bertekak, mulut aku dah malas sangat nak bercakap.. Selalunya yang akan menggantikan mulut aku adalah tangan dan kaki sebagai medium pelepas amarah empunya badan.. Orang muda kau cabar dengan amarah yang tinggi, kau jentik sedikit pun tanpa sebab balasannya tetap penumbuk.. Ini perumpamaan yang lagi sekali senang difahami orang muda..
Isu ini dah jadi besar.. Semua orang atasan dah tau.. Kejap lagi aku akan berhadapan dengan orang-orang besar yang sangat menjaga nama baik kononnya.. Haha.. Sudahlah! Diri sendiri tak baik nak menjaga nama baik buat apa.. Tau ketam jalan macam mana?
Aku sudah tekad.. Aku mahu meninggalkan politik kerja yang tak berkesudahan nie.. Aku mahu pergi dengan maruah yang tinggi.. Biarkan si luncai-luncai yang masih mahu terhegeh-hegeh dengan labunya..
Ouh sebelum aku terlupa.. Aku mungkin tidak dapat serius lagi dengan blog nie.. So lagi sekali blog nie akan sunyi.. Tapi aku masih menyiarkan tulisan aku dalam simpanan secara teratur .. Semua tu wordpress yang buat kerja.. Aku hanya set tarikh dan masa.. Lepas habis tu, sunyi lah balik.. Dan jangan marah sebab aku tak dapat membalas komen-komen (jika ada) ..
Jangan sesekali merindui aku, sebab aku pasti kembali.. (haha.. ayat nie tak boleh blah siol) Aku hanya mahu merehatkan otak..
Anda digalakkan untuk melanggan blog ini.. =P
Dibawah file: adab, adap, berhenti kerja, blah, gila harta, gila kuasa, gila nama, kerja, ketat, penumbuk dan terajang, resign, sopan
Kak Jie akan merindui kamu…
tapi – hidup adalah perjalanan, moga Allah melindungi kamu dan dipelihara dari segala musibah dan kerumitan hati.
Dari penulisan yang tentunya datang dari hati, kak jie percaya kamu anak yang baik…
thanks kak jie kerana memahami..
kak jie pulak dah tentu seorang ibu yang baik =P
hish! memang tak bleh blah la ayat ko tu hehe
rilek bro… tak lari blog dikejar… mcm penah dengar je ;)
hehe.. tak sempat la kita pekena supkaww sama2..
mungkin aku akan tinggalkan KJ..
alamak. melepas laa…
pagi tadi aku dah nak masuk tido
takpe2 insyaAllah akan sampai masanya nanti ;)
aku tak berapa paham lagi pasal politik di tempat kerja ni, tapi serba sedikit aku dapat rasa apa yang ko cuba sampaikan.
rileks2 kasi cool dulu.
tengah cool nie beb! ikut hati meletup dah.. huhu..
thanks..
Orang cerdik selalu berfikir sebelum bertindak dan Menteil tergolong dalam kategori ni kan!
insya-Allah… amin…
ala bro, jgn la berehat dr berblogging..hukhuk
nak buat macam mana bro…
dah terpaksa…
weh bro org hulu slangor dok ner kkb ker?
politik tempat kerja ni kat mana2 pun ada, for me buat bodoh je, kalau dah sampai masa org usik kita, pertahankan maruah kita…..
rehat je..mcm aku rehat dekat stahun lebih..
Aku pernah rasa ( atau sedang merasa) kesan negatif politik pejabat ni…serius aku pun pernah terpikir nak sepak terajang cam kau…dah terlalu banyak kali diperlekehkan dan ditikam dari belakang..Sekarang sedikit demi sedikit “mereka” menerima balasan dari perbuatan mereka…Boss aku dinasihatkan berhenti kerja!!..Ingat satu perkara, “doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah”..Selamat Berjaya….
jentik sket
eh tak jadi apa2 pn
hahahahahhah
rilex ok bro ;) am gonna miss u here ;)
tak hanya gila kuasa, kalau sudah gila harta ataupun gila perempuan?:D
politik kerja? Itu biasa maa…
gila kuasa?
gila kerja pon ade.sampai aweks naik bosan.huhuhu…………
mmm iya ditempat kerja pasti ada politik..