Kasim dan Karipap Nenas

Kasim (bukan nama sebenar) bukanlah seorang yang bijak pandai, tidak mempunyai deretan sijil yang boleh digantung di dinding rumah untuk diriakkan pada makcik sebelah rumah yang datang mengumpat. Paling dibanggakan pun hanyalah Sijil Pelajaran Malaysia yang hanya boleh dikategorikan cukup makan!

Tapi apa yang boleh dibanggakan dengan Kasim ini ialah dia mempunyai otak bisnes yang tidak ada pada orang lain. Kenapa?

Siapa yang tidak kenal Kasim di zaman sekolahnya. Seorang yang dipanggil ‘Tokan Rokok’ kerana aktiviti penjualan rokok lentengnya di zaman sekolah cukup menjadi. Hanya bermodalkan sebungkus tembakau 50sen dan kertas pembalut dia mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda setiap hari.

Tengoklah bagaimana dia mengambil kesempatan dengan kebodohan rakan-rakannya yang menghabiskan duit mak bapak mereka sendiri, walaupun Kasim sendiri tidak menghisap rokok. “sendiri yang cari penyakit, aku tolong sakitkan lagi!” katanya yang belum mumayyis, belum mengenal dosa.

Selepas habis saja pengajiannya di sekolah menengah, ramai kawan-kawannya berebut-rebut mengisi borang kemasukan universiti. “IPTA atau IPTS tak kisahlah, janji dapat sambung belajar!” kata kawannya. Tapi Kasim sedikit pun tidak berminat walaupun teruk dimaki ibubapanya.

Baginya mudah, “buat apa aku nak susah payah kejar sekeping sijil kalau aku sendiri tak minat?! buat apa aku nak ikut orang!” Penuh yakin muka Kasim berkata walaupun dia tidak kacak. Kasim memang sudah tanam mati dalam dirinya yang dia akan berusaha keras dalam dunia bisnes!

“Apa bisnes Kasim nak buat nie?” Tanya ibu Kasim yang terpaksa merelakan kemahuan anaknya itu.

“Karipap!” Yakin dan jelas Qolkolahnya Kasim menjawab.

“Boleh ke nak oi?! Kau dah lupa siapa yang pegang ranking karipap kampung nie? Tonah Janda tu ha.. Kau ingat kau boleh bersaing dengan dia? Lagi-lagi dia still bergetah lagi tau tak?” Ibunya memberi mukadimah yang nyata.

“Rileks my mom.. Dengar dulu.. Kita nak berniaga nie otak kena kreatif mak.. Kita buat kelainan.. Kita buat karipap pelbagai inti.. Contoh; karipap mangga, karipap madu ataupun karipap berkrim.. Ha.. Baru orang pandang…” Kasim sudah mula berangan sambil menelan air liur.

“Ha?! Kau dah gila Kasim? Penat mak kendong kau masa mak buncit bawak kau dulu, penat bapak kau menoreh setiap hari, macam nie dah jadi anak aku? Kami salah didik ke Kasim sampai macam nie gila kau Kasim…” Sambil tangannya memegang senduk bersedia untuk dihayun kearah Kasim..

“Bawak bersabo my mom.. Macam nie lah.. Mak buat je karipap, bab marketing bagi kat Kasim” Sedaya Kasim meyakinkan ibunya..

Sebulan selepas perniagaan, Kasim mula putus asa. Dia masih tidak percaya kenapa resepinya dipandang hina oleh orang kampung. Sering dia diketawakan dan dianggap bodoh kerana mencipta sesuatu yang mustahil.

Suatu petang sewaktu dia terkenangkan pemikiran tradisional orang kampungnya, dia teringatkan Bob dan Adly kawan baiknya dahulu yang pernah menceritakan mengenai perniagaan internet. Ya! NiagaKit!

Pantas Kasim merempit menuju ke cyber café walaupun dia tahu yang dia itu buta IT. Dengan menggunakan jari telunjuk kiri dan kanan, jenuh dia mencari setiap huruf untuk melengkapkan alamat web NiagaKit.

Wah….. Terujanya Kasim bila pertama kali melihat NiagaKit ini. Mahunya Kasim tidak teruja  kalau apa yang diberi di NiagaKit sangat lengkap untuk memulakan perniagaan di internet.

(www.demoniagakit.com)

1. Rekabentuk Ringkas, Kemas & Profesional
2. Variasi Warna
3. Paparan Produk Yang Berbeza
4. Tiada Had Produk
5. Urus Harga Dengan Bebas
6. Satu Produk, Pelbagai Variasi
7. Penggunaan Kupon
8. Imej Tambahan
9. Pembayaran Melalui Bank Tempatan
10. Bukti Pembayaran Melalui Bank Tempatan
11. Kredit Kad & PayPal
12. Menyokong NBePAY
13. Mesra Pelanggan
14. Maklum Balas Secara Terus
15. Promosi Produk Dengan Social Bookmarking

(www.niagakit.com/ciri-ciri)

Kasim mencuba pula pada bahagian admin. Memang Kasim teruja habis dengan pengendalian bahagian admin yang cukup ‘mesra’. Segala apa yang diinginkan oleh Kasim semuanya ada di sini. (klik pada gambar untuk paparan sebenar)

(www.demoniagakit.com/admin)

1. Urus Jualan Anda Dengan Teratur
2. Rekod & Kaji Jualan
3. Penetapan Kos Penghantaran Fleksibel
4. Pelbagai Pilihan Bahasa
5. Mesra SEO (search engine optimization)
6. Ruangan Featured Products

Masih lagi Kasim tak berpuas hati, dia lihat pula senarai web yang sudah menggunakan NiagaKit ini. Memang semuanya membuatkan Kasim teruja habis!

(www.niagakit.com/pengguna-niagakit)

Antara Pengguna NiagaKit Yang Sudah Berjaya

1. Malaysia Knives
2. Plaza Syurga Wanita
3. ZaMall Online
4. Madunia Sri Berkat
5. Atikah Boutique
6. e-Niaga
7. Ubi Shoppe
8. Avon Clicks
9. Umrah Shoppe
10. Galeri Antik

Tanpa berfikir panjang, Kasim membuat tempahan web jualan untuk karipapnya. Kasim percaya orang diluar sana lebih menyukai produk yang dihasilkannya. Ditambah lagi, dengan memasarkan produknya di internet dia dapat mempromosikan ke serata dunia.

Tidak sampai sebulan pelancaran web niaganya di internet, dia sudah mampu tersenyum meleret melihat setiap pulangan yang diterimanya. Masakan tidak, setiap perancangan awalnya sudah mencapai targetnya.

Siapa sangka, Johnson dari Uganda Utara sanggup membuat tempahan kedua kerana terpikat dengan karipap nenasnya untuk parti anaknya. Saripah, artis realiti yang baru meningkat naik pula membuat tempahan untuk pelancaran album terbarunya ‘Dikala Karipapmu Berbau Harum’.

Kedua-duanya membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak. Itu baru sedikit dari pelbagai pelanggan tetapnya yang lain termasuklah hotel-hotel mewah di Emeriah Arab Bersatu.

Tidak mustahillah sekarang Kasim boleh tersenyum bangga bila melihat deretan kilang pembuatan karipap segeranya. Orang kampung yang dulu memandang rendah padanya juga menjadi anak majikannya.

Kini sedarlah masyarakat diluar sana bahawa penggunaan internet sebagai medium perniagaan yang sangat berbaloi apatah lagi menggunakan Niagakit sebagai platform.

Kenapa Kasim percaya yang NiagaKit mampu meluaskan perniagaannya?

1. Kasim percaya pada konsep ‘alah membeli memang memakai’. Kasim sanggup berhabis untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar

2. Kasim yakin keupayaan produknya di internet. Walaupun Kasim sendiri bukanlah seorang yang cerdik IT, tapi dia tahu pasaran di dunia internet sangat meluas. Kasim tidak suka pada perniagaan yang statik, ada keuntungan tapi tidak berkembang.

3. Keberkesanan menggunakan platform yang diakui. Sudah tentu Kasim bukan orang yang bodoh. Sebelum menggunakannya sudah tentu Kasim melakukan survey produk yang bakal dia gunakan. Salah satunya mestilah dari orang yang pernah menggunakannya. (www.niagakit.com/testimoni-pengguna)

Dengan berbesar hati Kasim mahu menyeru kepada sesiapa yang masih terumbang ambing tatkala ingin memulakan perniagaan, jadikan NiagaKit sebagai platform kejayaan anda! Yakin dan Bersih! Sila rujuk pada webniaga NiagaKit untuk keterangan yang lebih puas. (www.NiagaKit.com)

Kasim sebagai contoh kejayaan bila mana usaha anda dalam perniagaan tiada kenal erti putus asa. Kasim bukanlah orang sebenar yang wujud di muka bumi ini. Wataknya diadakan untuk tujuan si penulis menyertai peraduan yang dianjurkan NiagaKit. Haraf maklum.

Sistem Kedai Online Niagakit

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

25 Komen untuk "Kasim dan Karipap Nenas"
  • beliamuda March 28, 2010 at 9:22 am

    sungguh menarik penceritaan pasal kasim dan karipap ni…

    dan berjaya dikaitkan dengan produk niagakit tu.. :)

  • Hafizd March 28, 2010 at 10:11 am

    chronology yang menarek…hmm nk jual apa eh kalo register kt website niagakit tuh…

    slmt berhujung minggu!

    • menteil March 28, 2010 at 8:26 pm

      bukan register.. tapi membeli..
      macam2 boleh jual apa.. karipap pun boleh laku.. =P

  • titan March 28, 2010 at 12:10 pm

    hehe..guna je niagakit. insya-Allah. berbaloi-baloi-baloi..

  • .::wanie::. March 28, 2010 at 12:10 pm

    waaa product review ke iklan??

    huhuhuhuhu

    • menteil March 28, 2010 at 8:26 pm

      review dan contest.. =P

      • wanie March 29, 2010 at 11:50 am

        oo good luck bro :)

  • zaryl March 28, 2010 at 1:48 pm

    bagus. sempoi dan menarik. aku tertarik dengan karipap nenas karim jual tu hahaha

  • kujie March 28, 2010 at 2:05 pm

    huhu…. dah publish.. kak jie tunggu malam nanti..last menet..mcm biasa budaya kite..hehe

    • menteil March 28, 2010 at 8:27 pm

      menteil ingat pun nak publish esok.. tapi macam terlambat sangat pulak..
      biarlah publish awal.. dan biarlah orang nak curik idea.. haha..

  • Wan Perlis March 28, 2010 at 7:27 pm

    best2 cerita kasim
    membe aku erk888 pun ada promo niagakita
    cambest ja ni

  • [...] This post was mentioned on Twitter by menteil. menteil said: menteil.net – Kasim dan Karipap Nenas: Kasim (bukan nama sebenar) bukanlah seorang yang bijak pandai, tidak mempun… http://bit.ly/cXyL1U [...]

  • samanosuke_04 March 29, 2010 at 11:15 pm

    hehe, kawan sekampung aku yang buat niagakit nie.. hahaha, Labanon nama die.. gila bangga aku baca citer nie.. bilalaa nak jadik cam dia..

  • Kreuger March 30, 2010 at 8:17 pm

    wahoooowoowwww… suprb punye citer. best dowh melayan
    imaginasi minda bercelaru ni. ni baru betoi citer menteil.
    tak perasan langsung pada mulanya nko citer pasal promosi.
    hahaha… best best karangan ni. nanti buat citer dennasour plak.

    P/S: bile nko nak datang kat umah aku neh???

    • menteil March 30, 2010 at 9:15 pm

      thanks.. =P

      rumah ko kat mane beb? aku cuti tak tentu la wei.. kalau datang malam kang macam menganggu plak..
      *psstt.. ada nak masak best2 ke? hehe..

  • mijie April 3, 2010 at 12:08 pm

    dah baca sampai separuhcerita ni baru tahu citer ni berkaitan niagat

    tp tahniah kerana citer ni memang best, 5 bintang

  • ika April 3, 2010 at 1:24 pm

    ceh..aku igtkan nak buat jamuan karipap ke hape..hancus harapan

  • x-po April 3, 2010 at 10:39 pm

    hoho pandai ko wat crita bro..bgs2 aku tertarik

  • zik April 4, 2010 at 1:29 pm

    niagakit ..mantap… :-)

  • Labanon April 6, 2010 at 2:01 am

    Wah! Kronologi yang power rangers ni dan berjaya mengaitkan cerita yang menginspirasi ini dengan Niagakit.

    Senyum panjang jer saya baca review ni dan oh ada can nak menang ni. :D

    Terima kasih di atas review yang kreatif ini.

    • menteil April 6, 2010 at 9:50 am

      sama-sama.. harap2 ada can la kan.. eh? harap2 menang.. =P

  • bob April 6, 2010 at 2:09 am

    Siapa sangka, Johnson dari Uganda Utara sanggup membuat tempahan kedua kerana terpikat dengan karipap nenasnya untuk parti anaknya. Saripah, artis realiti yang baru meningkat naik pula membuat tempahan untuk pelancaran album terbarunya ‘Dikala Karipapmu Berbau Harum’

    lu mmg gerek! membuatkan pundi kecing hampir terlucut.

    • menteil April 6, 2010 at 9:51 am

      hehe.. cepat tahan bro.. tercabut karang payah pulak..

  • Gadget and Menteil | menteil.net October 4, 2010 at 8:03 pm

    [...] iPod Touch 8G Aku beli nie masa aku join contest niagakit dulu.. Hadiah utama dia yang ini lah.. Lepas buat research aku terus tertarik nak beli.. Belum [...]

  • [...] Syukri Arabi, Abd Hakim Bin Mohd Najili, Mohamad Ispan, Raja Mohd Kamil dan Ikhtiaruddin Md [...]

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog