Dua tiga hari lepas aku bersembang dengan member aku tentang dunia perniagaan.. Teringat aku time aku berniaga di bazaar dulu.. Sesiapa yang ikut blog nie dulu mesti tau tentang cerita nie.. Disebabkan dulu aku tak berpeluang untuk bercerita, meh aku cerita tentang pahit manis aku berniaga dulu.. Maaf kalau coretan nie agak panjang sebab ini kenangan yang wajib aku lakar dan simpan..
Cerita bermula bila bekas rakan sekerja aku di Majlis Daerah Tg Malim (MDTM) bagitau tender untuk berniaga di Bazaar Ramadhan Tg Malim dah dibuka.. Setelah berbincang dengan sahabat baik aku, persetujuan dibuat dan kami pun menghantar borang ke MDTM untuk berniaga air minuman.. Disebabkan aku ramai kenalan di MDTM maka proses berjalan dengan lancar dan licinlah.. Biasalah, kerajaan nie guna kabel jugak senang..
Setelah lulus syarat permohonan, kami datang untuk mengundi tapak selepas mendengar ceramah membuang masa.. Undian tapak perlu dilakukan untuk berlaku adil, kalau masing-masing dah cop tapak payah lah kan.. Dan kami dapat tapak yang agak strategik.. Lingkungan tengah bazaar.. Semangat berniaga semakin memuncak kian terasa.. =P
Tapi selang dua hari lepas tu member aku tipon (MDTM stuff) katanya tapak kami terpaksa dipindahkan kerana berlakunya double undi.. WTH! Tak profesional lah kan.. Macam mana nombor undi boleh TERdouble pulak sedangkan kertas undi tu dorang print dari komputer.. Disebabkan aku tak nak tuduh dorang jual tapak aku, aku bertanya kami ditukar ke tapak nombor berapa.. WTF! No 1!! Terus semangat nak berniaga pudar dan hampir malap.. Nak tau kenapa?
Disebabkan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, maka aku letakkan lakaran untuk memudahkan korang faham apa yang bakal aku katakan.. klik untuk tumbesaran..
1. Lot tapak kami adalah laluan pertama pengunjung selepas pengunjung meletakkan kenderaan di parking utama bazaar.. Fikir secara logik, adakah korang automatik terus membeli selepas masuk ke bazaar ramadhan tanpa jalan-jalan dulu? Dah menjadi ragam pergi ke bazaar untuk ‘meronda-ronda’.. Maka tapak kami boleh dikategorikan sebagai ‘lalu pandang’ bukan ‘singgah beli’..
2. Lot tapak kami terasing dari ‘pusingan laluan’.. Disebabkan belokan pusingan laluan lebih awal dari tapak kami, so pengunjung tidak melalui tapak kami.. Maka ini bukan lagi kategori ‘lalu pandang’ tapi kategori ‘tak pandang langsung!’..
Kedua hal ini terbukti selepas kami memulakan perniagaan.. Disebabkan kami memegang pepatah ‘rezeki dari tuhan’ kami teruskan jugak perniagaan.. Kami cuma menganggap ianya hanya remeh walaupun hakikatnya memberi impak yang besar..
Cabaran pertama yang terpaksa kami tempuh ialah modal permulaan.. Barulah aku faham sukarnya memulakan perniagaan.. Berniaga bukannya sukar tapi yang menyukarkannya ialah permulaan.. Serius kami tak punya apa-apa tapi disebabkan ingin mengubah taraf hidup kononnya, kami tebalkan muka meminjam duit dari family sendiri..
Setelah berjaya meyakinkan mereka, kami mendapat modal yang diinginkan dan terus membeli barang-barang niaga termasuk kanopi.. Meja kami pinjam dari member yang dah berenti berniaga.. Disebabkan kami menjual air buahan, langkah seterusnya ialah survey harga buah lah..
Hari pertama memang excited! Bila dah siap barang niaga untuk dijual, kami blur!! Haha.. Tak tau nak buat apa.. So tunggu je lah orang singgah untuk membeli.. Hari pertama selalunya orang makan kat rumah jer, so memang kurang orang.. So bila nak dekat berbuka tu kami offer la 50%.. Perkara nie biasa jadi masa aku duduk Shah Alam dulu.. Tapi kat Tg Malim nie macam tak ramai yang buat.. Mengekalkan standart harga katanya lah..
Teringat aku perbualan seorang pakcik nie di Radio Sinar tentang tindakannya tak disenangi bila dia menawarkan harga di saat kemuncak hari puasa.. Lebih kurang berbunyi “saya bukan nak kan saingan atau apa, cuma niat saya baik untuk bersedekah.. Apa salahnya saya kurangkan harga bila dah nak berbuka.. Daripada saya buang makanan tu, baik saya jual murah.. Saya dapat pahala, saya tak rugi..” Samalah nasib kita pakcik, tapi kami buat jugak.. Kalau tak habis jugak, kami tapau bagi kat surau-surau.. Ada juga yang ingin membeli selepas azan, tapi kami bagi free jer.. Takde pun dia datang esoknya nak mintak free.. Niat biar ikhlas kan pakcik..
Ini dia ringkasan sepanjang pengalaman kami berniaga di Bazaar Ramadhan Tg Malim;
1. Antara air yang kami jual; mangga (no1 ranking habis dulu), tembikai, orange, honeydew, bandung cincau, epal, laici, longan.. Kami ada 5 balang jer.. So tukar-tukar la.. Tapi yang mesti ada – mangga, tembikat dan orange..
2. Majoriti pelanggan kami ialah pekerja kilang Proton City Tg Malim.. Walaupun UPSI dekat dengan bazaar tapi studentnya .. Ntah! Aku tak tau kenapa! Terutamanya yang perempuan, macam malu-malu plak.. Hensem sangatkah kami.. Haha.. Aku sampai sekarang tak tau kenapa budak-budak UPSI tak berminat dengan jualan kami.. Opss.. Bukan semua..
3. Selang empat tapak dari kami juga jual air minuman.. Kami lima balang dia lima-belas balang!! Air warna warni.. Jualannya memang mendapat sambutan dan budak UPSI suka beli kat sini lah kebanyakannya.. Kesimpulannya ‘banyak balang nampak best, baru best nak beli’ – ‘balang dia nie sikit jer, tak best lah!’
4. Kami mendapat ramai ‘pembeli kembali’, hari nie beli esoknya datang beli lagi.. Ada pembeli tetap order dari jauh je dengan isyarat tangan sebab kami dah tau air kesukaan kebanyakan dari pembeli tetap kami..
5. Paling aku ingat ialah kakak UPSI yang comel yang suka air orange kurang gula nie.. Kenapa dia yang paling aku ingat? Sebab dia sangat comel lah! Haha..
6. Setiap hari mesti untung, itu mesti.. Tapi separuh darinya dibuat modal pusingan.. Makanya kurang profitlah.. Selalu terjadi rombakan pemilihan bahan untuk mengurangkan kos.. Tapi dalam masa yang sama kualiti dikekalkan..
7. Masa kami berniaga tu, pembelian gula hanya dibenarkan setiap seorang 2kg sahaja.. Maka bila di pasaraya, kami berurusan di kaunter sebanyak lima kali semata-mata untuk membayar 2 paket gula.. Sampaikan makcik nie kata kami macam semut sebab gilakan gula.. Haha.. Seorang dapat 10kg, dua orang 20kg.. Cukuplah untuk esok..
8. Ustaz yang mengajar sewaktu sekolah menengah dulu antara pembeli tetap air minuman kami.. 4 paket RM2 setiap hari antara kebiasaannya.. Ouh.. Paket RM2 kami sangat besar ok.. Jika dibandingkan dengan peniaga lain ia berharga RM4..
9. Kami juga berjumpa kembali cikgu-cikgu kami dari sekolah rendah dan sekolah menengah.. Ada yang bagi kata semangat dan ada jugak yang pandang ringan.. Biasalah.. Pelajar nakal waktu sekolah dulu.. Hehe..
10. Kami antara peniaga yang heboh untuk menarik pelanggan.. Sentiasa saling berlawan suara dengan peniaga lain.. Tapi bukan nak carik gaduh pun.. Sekadar menghilangkan rasa boring.. Dalam masa yang sama dapat juga menarik pelanggan..
11. Sebelum berkumandang azan maghrib masuk waktu berbuka, kami antara peniaga yang sibuk memberi lebihan air untuk diberi kepada peniaga lain.. Tak pernah terfikir pun untuk mendapat balasan, tapi sekali dapat memang tak perlu beli juadah berbukalah.. Semua dah tersedia..
12. Satu hari tu kami cuti berniaga sebab nak rombak balik menu dan juga kos.. Dah memang nasib kami baik, hari tu hujan memang lebat gila sepanjang petang.. Esoknya rakan seniaga lain siap tanya lagi “korang pakai nujum ke apa macam tau2 je lebat gila semalam?”
13. Ouh.. Lupa nak bagitau.. Kami berniaga pakai kereta kancil jer.. WTF?! Huhu.. Disebabkan tak boleh nak sumbat balang-balang, sudip-sudip, meja dan kanopi dalam satu masa, kami tumpang barang kat rumah member aku yang tinggal berdekatan dengan bazaar..
14. Bukan setakat tumpang je beb, dia siap tolong basuh balang dan sudip lagi.. Dan kadang-kadang (boleh kata selalu) dia datang bazaar tolong kami niaga.. Tengkiu banyak-banyak beb! Ada masa nanti aku belanja besar untuk ko sebagai ‘bayaran’.. FYI, dia selalu pakai nick SAHabat bila komen kat blog aku nie..
15. Secara keseluruhannya, kami hanya mendapat kembali 40% dari modal yang kami keluarkan.. Memang mendapat keuntungan harian dari modal pusingan, tapi masih tak mampu untuk menampung kos permulaan.. Maknanya kami rugi 60% lah!
16. Tipulah kami kata tak kecewa.. Tapi tak pernah pulak anggap kerugian nie sebagai kegagalan keseluruhannya.. Kami anggap ini sebagai proses pembelajaran yang harus disematkan sebagai pengalaman berharga..
credit image to 1001 resepi, kampungboycitygal, and langgas.
Dibawah file: air soda bandong, awek bazaar ramadhan, awek UPSI, balang air, balang air berniaga minuman, balang air minuman untuk berniaga, balang air untuk dijual, balang minuman untuk dijual, barang untuk berniaga air, bazaar ramadhan, bazar, bazar ramadhan cop duit sinar harian, berniaga, berniaga air, berniaga air minuman, berniaga gula, borang 3 borang rumusan sekolah-protim, bulan puasa, cabaran berniaga di pasar ramadan, cerita di bazar ramadan, cikgu, gambar awek bazar ramadhan, harga balang air, harga balang air niaga, harga kanopi, harga kanopi untuk berniaga, hari baik berniaga, ipin, jual air pasar ramadhan shah alam dalam sinar harian selangor, jual balang air, jualan air minuman, jualan kanopi, kenanga wholesale city dah siap ke, kenangan berniaga bazar ramadan, kerja, kilang proton, kilang proton tg malim, MDTM, menarik, meniaga paling untung, meniaga sambilan, meniaga sambilan makanan, modal berniaga oblong, modal meniaga, paksa, pelajar, pembeli, pengalam berniaga, pengalaman, pengalaman berniaga, pengalaman berniaga bazar ramadhan, pengalaman menjual air, pengunjung, Proton, Proton City, proton city tanjung malim, proton city tanjung malim da upsi, Proton City Tg malim, proton tg malim, puasa, semangat nak berniaga, sinar harian selangor, sirap bandong, tapak niaga
time aku duk upsi aritu, tak ajak plak aku lepak2 kt bazar ko bro..hehe
ko pon tak tegur aku beb.. mane aku tau.. =P
er.. penah beli ke? hehe..
Yeah aku dah dekat 2 tahun berniaga di bazaar Ramadhan ni.Tapi tahun ni tak boleh sebab SPM kan.Aku jual kebab.Pengalaman tu memang berharga bagi aku.Dan antara yang aku suka ialah bukak puasa dekat bazaar dengan peniaga2 lain :)
yup.. nampak kepuasan muka masing2 masa berbuka tu..
lagi satu boleh merapatkan silaturrahim.. ye la.. saling bertukar juadah… =P
Haha.Pasal tukar2 juadah tu aku lupa nak type pulak! Yeah tu memang best.Ayam percik,roti john,ahhhh segala2nya free
[...] This post was mentioned on Twitter by loq, menteil. menteil said: New at menteil.net – KENANGAN BERNIAGA DI BAZAAR RAMADHAN http://gengblogger.com/read/152890 [...]
waa betul2x good experience boleh berniaga di bazaar ramadhan.. tahun ni berniaga lagi tak?
tak buat keputusan lagi..
kemungkinan besar tak.. sebab masing2 dah ada kerja tetap.. susah jugak nak amek cuti sebulan.. campur cuti raya lagi.. =P
mungkin rugi duit tapi untung pengalaman. penat tapi syok.. hehe
aku penah gak meniaga sambilan masa tgh rajin dulu.
sblm subuh kluar pegi kuala cari ikan fresh pastu cacak keja hotel (f&b) sampai
pkl 3 ptg pastu cabut ke restoran kwn aku jadi waiter, sambil2 tu bukak
payung tumpang meniaga ikan bakar (yg beli subuh tadi) termasuk kerang bakar smpai pkl 1 pagi baru balik tido…. rutin hari2 mcm tu la.
penat tapi puas hati. 100% tenaga aku perah…
ikan bakar laku tapi kerang selalu habis aku ratah hohoho
pergh… dapat aku bayangkan kepenatan ko tu bro.. huhu…
mungkin rasa penat tu kurang bila tengok jualan tu laku ye tak..
skang tak buat lagi?
Wahhh bestnya dapat berniaga mcm ni… bisnes bisnes.. huhuhuhuh
Tapi la kan.. yang sedihnya bila ada orang sanggup makan senyap2 masa bulan puasa… grrr
jom ke blog saya pula yer….
siapa la agaknye ye? hehe…
mulalah berniaga kalau nak rasa pengalaman nie…
wah kalau camnie bulan pose nanti leh lepak bazar bro leh makan2 kan times2 >.<
er… time berniaga tak bolehlah nak makan2..
time berbuka boleh.. =P
sangat indah cerita anda…
saye pon slalu gak try meniaga kecik2.. dan nasib kite lebey kurang gak.. slalu nyer rugi jek.. hehehe
tapi.. apa yg paling penting.. pengalaman manis yg kite dapat.. lepas tue.. at least.. kite rase gak mcm mane sakit, payah, pahit jerih.. parent kite carik duit semata2 nak bg satu family makan…
dan paling best.. lepas berpenat lelah mencari duit tue.. mule la sedar nak berjimat.. hikhik.. =)
hehe.. bab kesedaran tu memang betullah..
baru kita tau nilai duit tu macam mana kan..
Memang seronok dapat pengalaman berniaga firsttt tiiiime.. Kalo takde yang pertama, takkan ada yang kedua.. betul tak?
yup.. betullah tu..
pengalaman pertama memang sangat berharga..
hahah… ak pn ade pengalaman jual kt bazar ramadan.huhu tp dalam kampus je. huhuh kurang meriah dan kurang smbutan . sbb org luar bukak bazar dpn luar pagar asrama. pengalaman yg ak ingat smpi ble2 ialah….. hahah ak org yg mula2 introduce air sirap bandong soda. org lain air cincau , jagung2.hohoh tup2 esok 2-3 gerai tiru ak. suma nk jual air sirap bandong. da nk abis ramadhan. toksah ckp ar. ade dlm4-5 gerai. jumlah gerai ade dlm 10 kot.hahah sakit hati pon ade. tp best la jugk sbb jd pioneer.huhu .
1st day. poyo je. penuh 1 balang ak wat. last2 xlaku. ak sedekah ke suma peniaga yg lain.ahahha. lg 1.. ak yg mulakan air bungkus .huhu org lain pkai cup.hahha best2.
klo sbagai permulaan nk bznz bazar ramadan ni, kte xleh nk expect, grai kte tros meletop. xleh. redha je lah. msok minggu ke2 bru ok. sbb da de pelanggan tetap.huhu. standard ar. adat dengki mendengki, tiru meniru mmg adat org melayu da. pantang, org lain wat lain dr yg lain, tiru lalu……….
huhuhu i like this entri.huhu
hehe.. seronok aku baca cerita ko..
sirap bandung soda? huhu.. aku pun 1st time dengar nie..
pasal 1st day tu memang betullah.. aku pun buat balang penuh2.. last2 buat separuh jer takut membazir sebab buang jer.. huhu…
rileks la.. walaupun ramai yang tiru, orang tetap anggap yang ori tu yang sedap.. lagipun anggap jer sebagai persaingan sihat.. kan?
wah…tak buat post-mortem ke cemana boleh kerugian tu..macam besar je rugi.
apapun..napak macam seronok korang ber-biznes..pengalaman tu mahal
Latest Entri : Rumusan Lagenda Budak Setan
aku pun tak tau nak cakap macam mana pasal kerugian tu..
barang untuk mula niaga memang kena kos yang tinggi..
kalau ikut keuntungan harian memang ada..
Haaha best gak bace pengalaman ko nie
Teringin nak ada pengalaman berniaga kan
Tau payah nye berniaga itu
boleh cuba bulan puasa tahun nie..
=P
tak mo repeat ke beb
ada kerja la kak oi.. ko la tolong jual boleh?
menggunakan aura mariam ogawa.. hehe..
confirm tak laku. unless jual air susu tapi sapa nak beli kene self service
waduh dah terasa suasana ramadhan dah ni…. tak lama lagi gayanya
itulah.. macam tak sesuai plak entry aku nie..
macam tak sabar nak raya jer..
tapi aku perasan takde plak di mention pasal dugaan berniaga bulan puasa ni. dugaan dari segi ongkos aja.
rugi 60%. tebal munak carik modal. naek keta kancil je.org len naek van. standard ar tu beb. permulaan naek kancil. dah lama kang naek bas plak lagi besar. hehehe
mesti rasa lapa je kan memangjang… pastu iman asyik tergugat je tgk awek-awek lalu lalang.. tak tgk rugi. kalau tgk kurus puasa. hahaha
biasa la pasal bulan puasa mesti la lapar.. semua orang tau.. huhu..
awek tu memang sedikit menggugat la.. =p
correction : munak <–typo. ini adalah muka nak
bila baca posting hang yang panjang ni aku teruja pulak nak berniaga. serius bro aku nak berniaga tapi tak berani. takut rugi. tu je masalah. yg lain2 ok je kot. hang memang berani.
salut. tabik spring.
boleh cuba tahun nie.. berniaga kena tanggung risiko bro..
pengalaman begitu lah yg terbaik bro, aku dulu setiap kali cuti sem diploma tolong abg dan kakak ipar aku meniaga jual ikan. Kerja lebih keras dah sgt susah dan penat. Hehehe,tp oklah dah niat nak tolong kan, bgn seawal 5am,tolak tong ikan warna orange yg besar2 gabak tu, then ikan yg baunya sgt harum tu boleh melekat baunya satu badan..hehehhe..pengalaman!
hehe.. pengalaman berharga tu.. bukan senang nak dpat pengalaman macam tu.. lebih mahal dari diploma (sebab ko ada sebut aku pun nak sebut jugak.. hehe)
[...] bila PR denaihati jatuh dari PR4 ke PR0. Nasib yang sama juga menimpa Neodmarco (PR2 ke PR0) dan Menteil (PR3 ke PR0) sabar je la ya, ni semua ujian kecil dalam proses untuk mencapai kejayaan yang lebih [...]
bazar ramadhan sememangnya lubuk duit….tak pernah lagi ada pengalaman menjual di bazar….kena mencuba ni skali paling kurang dalam idup
huyoo…seronoknya baca cite nih…cik ade experience jual oblong beger…masa tuh kat tapak karnival..2 hari je..1st day tuh kami sponsor dJ tuh mkn oblong ayam…ngeh2,then diorng tlg promote..laku…seronok2..even penat gakla melayan karenah org..
((erm,cik tlg amek order n amek duit je..haha))
aku tak pernah ada pengalaman mcm ni :(
Teringin jugak nak berniaga camni..
Alang2 dah ada equipment,, sambung la kat pasar malam pulak.
bro,ade lg ke balang2 air untuk dijual?
mryurikin[at]gmail[dot]com
pengalaman tu yg best… pnah gak tolong2 parents meniaga time ramadhan.. tetiba cam smngt nk berniaga utk puasa nie.. hoho.. tp modal lak x da =)