Kenanganku Bertadarus

Assalamualaikum semua… Puasa tak? (¬_¬)

Bulan puasa nie kena lah bercerita pasal bulan puasa ye tak.. Kalau aku cerita pasal makan kang (penah ada ke?), ada yang kena maki hamun aku nie nanti.. Pertamanya aku bercerita nie bukanlah nak menunjuk aku nie baik sangat, lagipun perkara nie aku buat waktu kecik dulu.. Jauh beza dengan menteil yang  sekarang.. (^_^)/~~

Membaca al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah sabit dari Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud). [via]

Aku mula bertadarus sejak kecik lagi.. Maaf, aku lupa bila tapi seingat aku boleh dikatakan sewaktu zaman sekolah rendah dulu.. Bapak aku antara orang penting di surau tu, maka wajiblah aku mewakilinya untuk menjaga nama baik keluarga aku.. Tanpa sedar bertahun-tahun jugak aku bertadarus di surau kampung aku..

Secara jujurnya sewaktu mengikuti tadarus nie dulu, mungkin sikit jer aku fikirkan tentang ganjaran akhirat.. Yang banyaknya hanyalah ganjaran didunia nie jer.. Ye lah.. Fikiran budak kecik, duit je lah yang menjadi tenaga budak-budak nie.. Kalau tak kerana mendapat upah tadarus nie, mungkin aku tak join kot budak-budak kampung aku bertadarus.. (^_^)

Last aku bertadarus sewaktu aku tingkatan tiga.. Itupun setelah pak imam surau tu jemput aku cara baik.. Katanya dapat tolong ajarkan adik-adik.. Kalau ikutkan hati aku dah tak mau dah.. Nanti dikatakan aku bertadarus hanya sebab nak duit, bukannya ikhlas.. Walaupun duluya memang itu je lah tujuan aku.. Tapi aku terima jugak pelawaannya sebagai menghormati..

Bukanlah nak bangga, tapi bacaan al-Quran aku boleh dikatakan agak baik (dulu).. Ye lah.. Aku dididik dengan tegas dalam pembacaan al-Quran.. Kalau tak, takdelah aku menangis-nangis setiap malam dengan kayu pemukul mak aku.. Sampai tahap aku cukup benci nak baca al-Quran! Time baca je PAP! Baru nak start Bismillah pun PAP! Sakit wei! Sebab tu aku suka kalau mak aku period, aku boleh dapat cuti! (tapi masa tu aku tak tau pun pasal period.. sebab tu aku pelik tiap-tiap bulan mak aku cuti).. Tapi time cuti tu kena baca al-Quran jugak, cuma yang bestnya mak aku takde kat sebelah! Er.. Ini mak aku yang cuti, bukannya aku.. Apa la… (-_o)

Sebab aku mengangis setiap malam tu lah aku berjaya khatam sebelum darjah 6.. Nak dibandingkan dengan memember lain banyak yang tak khatam lagi.. Payah weh nak khatam dengan mak aku nie.. Proses yang ketat! huhu.. Dan sebab aku menangis setiap malam tu lah aku pandai baca al-Quran.. Kalau dulunya benci sekarang dah ditukar menjadi bangga.. Maunya tak.. Ingat senang ke nak baca dengan lancar takde merangkak-rangkak..

Tapi tu dulu lah! Sekarang aku nak bukak al-Quran pun payah.. Nak bukak Yassin pun payah! Bukan nak mengutuk diri sendiri, memang itu kebenarannya.. Dan sebab tu lah, bacaan aku dah jadi agak slow!

Cerita pasal tadarus, teringat aku setiap malam yang penuh meriah dengan hura-haranya geng-geng kami.. Orang pegi sembahyang kami pegi main kejar-kejar, main nyorok-nyorok, main mercun, main meriam.. Semua main?! Mana terawihnya? Tarak! Orang dah habis terawih barulah kami datang.. Makan-makan terus amek air sembahyang baca al-Quran.. Habis satu juzuk, balik.. Macam tu lah hari-hari..

Sampai satu tahap, surau tu buat peraturan baru.. Siapa tak datang terawih dapat duit separuh jer.. Haha..

Sebagai penutup tadarus bulan puasa tu, setiap seorang akan akan diberikan surah untuk bacaan malam penutup.. Siap mic semua memang berdebar jugak la.. Bila bacaan akhir tadarus selesai, dapatlah sorang satu kain pelikat dengan duit upah tadarus tu sekali.. Ada la dalam RM27 macam tu.. Kalau sehari RM1, datang 27 hari dapatlah RM27.. Tapi selalunya surau akan bagi lebih.. Tengoklah nasib.. =)

Memang banyak ceritanya.. Tapi macam biasa kalau dah malas aku nak habiskan penutup cepat jer.. (ô_ô)

Bila dikenang balik memang macam hampeh jer tadarus nie sebab nak duit jer kan? Tapi aku yakin tuhan mesti terima pahala aku bertadarus tu… Sebab aku tak pernah skip pun setiap bacaan aku semata-mata mahu mengejar juzuk atau menunjuk-nunjuk.. Dan sekarang nak bertadarus pun mesti hati dah ikhlas sebab tak fikirkan duit lagi..

opss.. terpanjang pulak.. jarang update nie kena la sekali harung.. picture form kumosc..

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , ,

12 Komen untuk "Kenanganku Bertadarus"
  • [...] This post was mentioned on Twitter by menteil, menteil. menteil said: menteil.net – Kenanganku Bertadarus: Assalamualaikum semua… Puasa tak? (¬_¬) Bulan puasa nie kena lah bercerita pa… http://bit.ly/c1F40D [...]

  • hafidz August 16, 2010 at 11:42 am

    Aku kat ofis pun buat tadarus juga.
    Insya’allah dapat khatam al-quran sekali lagi, amin :)

  • fiD August 16, 2010 at 12:03 pm

    syukur kan kita diberi kan didikan, even kita macam kena pukul je keck2 tue…

    dh besar baru kita tahu kebaikkannya.. :D

    tumpang iklan:
    semua blogger dijemput ke
    kontest contact lens raya!

  • Hafizd August 16, 2010 at 2:34 pm

    anak sapa la nih??? bagus2…mengimarahkan ramadhan~

  • menteil August 16, 2010 at 7:38 pm

    dua orang ‘Hafidz’ nie selalu buat aku keliru.. nasib yang sorang tu ada gravatar.. huhu..

  • nik August 17, 2010 at 12:13 am

    tadarus time dekat teknik dulu je :D

  • hanif August 17, 2010 at 3:30 am

    time sekolah2 dulu selalu buat,skrang ni dah slow dah

  • coklatkismisdoa August 17, 2010 at 3:32 pm
  • coklatkismisdoa August 17, 2010 at 3:33 pm

    tumpang iklan ye. tq. wassalam

  • mrnamie August 19, 2010 at 2:55 am

    aku dulu kecik-kecik kalau tak mengaji abisla makan tali pinggang abah… tapi syukur, terima kasih abah sebab mendidik aku…

  • Jihan August 19, 2010 at 9:40 pm

    ermm..dah lama tak join tadarus ni. masa zaman study dulu je slalu buat

  • Lee August 24, 2010 at 12:33 pm

    bagusla ko menteil. tapi skang ni masih ramai gak yg x tau bace…x pelah yg penting kite cube mengenali quran..pahale tuh…

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog