
Sebagai peringatan pada yang tidak suka, ini hanya luahan biasa insan yang tidak pernah sempurna.. Akal aku letakkan di atas, nafsu aku pinggirkan nun jauh di sudut gelap.. Serimbum mana pun kegembiraan pasti akan ada luruhnya.. Segagah mana pun usaha pasti akan sakitnya.. Penyakit yang menyumpit keras racunnya apa lagi kalau bukan sifat manusia yang mana mungkin akan senang dengan manusia yang senang..
Aku punya satu nilai capaian yang mahal untuk aku beli.. Maka tak mustahil apa yang aku lakukan mungkin lebih dari orang lain.. Apa yang aku buat lebih usaha dari orang lain.. Dan hasilnya sudah tentu untuk keuntungan aku sendiri.. Jangan nilai untung hanya pada duit.. Prestasi juga menjadi keuntungan diri.. Aku usaha untuk aku dan balasannya sudah tentulah untuk aku.. Fikir pada logik, aku yang makan takkan kau yang kenyang?
Berusaha dengan jujur dan ikhlas, itu yang patut (lebih sesuai wajib) dilakukan.. Dan tak menjadi masalah kalau usaha lebih mendapat perhatian yang lebih.. Dan kenapa pulangan yang lebih kerana usaha menjadi bualan belakang yang kadang kala menanahkan telinga.. Sedarkah itu menjadi tabiat ataupun dengan kata lain budaya yang cukup-cukup sempurna untuk mendewasakan sifat kelalaian diri!
Nota kecil tanda seru;
1. Aku titiskan peluh kau titiskan air liur.. Itu bezanya!
2. Air liur boleh disinonimkan dengan banyak cakap dan juga banyak tido ataupun malas!
3. Perangai kipas-mengipas, jilat-menjilat sudah lapuk!
4. Rupanya dunia blog pon sama jer!
5. Belum lagi aku genggam bara sudah ada yang siram!
Dibawah file: buat insan yang diuji, dengki, gembira, hasat dengki, kenapa aku, kenapa aku ada penyakit, kenapa aku diuji, kenapa aku diuji sebegini, kenapa aku tidak sempurna, kenapa diuji, kenapa manusia di uji, kenapa manusia diuji, kenapa manusia sabar dengan dugaan, kenapa saya diuji, kenapa tidak dapat yang aku suka, kenapa... mengapa, manusia diuji, mengapa aku di uji, mengapa aku diuji, mengapa manusia diberi ujian, mengapa manusia diuji, orang yang diuji adalah orang yang disayangi oleh allah, penyakit, pulangan, tabiat, ujian, usaha, ya allah aku teraniaya
awat bro? siapakah yg bikin ko masalah ini bro?
orang sekeliling.. kehidupan yang punya akal waras..
tapi tak tau nak membentuk..
“The superior man is modest in his speech, but exceeds in his actions” – Confucius
kesimpulannya, abaikan apa orang nak kata. asalkan kita buat yang terbaik. ganbare!
*aku tak paham entri ko ni pasal apa tapi aku harap komen aku tak off-topic…hoho*
mimi rosli kah ini? er.. sori kalau salah.. blog baru ker?
haha.. entry pasal kehidupan, biasalah… tak kisah off ke on ker.. janji bunyinya ikhlas.. =P
aku ske entri ko nih. =) huhu ak slalu je layan blog ko nih.hehhe byk isu menarik dan lain dr yg lain cara pendekatan ko dlm setiap entri.heheh
p/s: ak ade blog tp malas nk melayan.heheh kurang mase. (kuota berdating terlampau byk.heheh)
thanks… tak pernah nampak nama marissa sebelum nie… 1st time komen ek? hehe..
tak kisah pon malas melayan.. janji ada blog kan.. mana tau nanti bosan2 boleh update..
manusia beb…mestilah ader masaalah.(kecuali org gile).
nak hidup 24 jam takder masaalah bosan ler beb hidup
sebab tu terciptanya entry nie en pian..
mana duduk?
dok puchong ler ..per cer skrg??
Salam kenalan bro.
Begitulah orang punya perangai hasad dengki.
Sebagai orang teraniaya, berdoalah agar mereka ini dapat pembalasannya.
salam kenalan juga dari aku.. =P
thanks atas sokongan itu..
suruh org yg byk ckp tu buat keje lah
sibuk
malas… bukan kecik lagi.. dah ada otak…
ko sibuk ke aku sibuk? hehe.. jarang dah masuk blog ko..
Nampaknya curahan hati ni.. sapa ni yang bikin masalah?
manusia yang punya hasad.. tapi hasadnya terpesong… =P
ckckck… manusia manusia…
hehe, “belum sempat genggam bara, dah ader orang yang siram”.. cool giler ayat.. chill bro..
alhamdulillah, aku setakat nie tak penah lagi dapat kawan2 yang buat jahat seperti ape yang ko ceritakan nie.. takde lagi yang jenis curik kredit untuk keje yang aku buat.. haha, so xde nasihat sgt yang aku bleh bagi
hemm..ada orang kasi susah kat ko ker..
kategori ‘orang melayu’..susah nak bendung….
dunia sememangnya tak pernah lari dari permasalahan…
kadang-kadang, terapi dan cara untuk memelihara diri dari jadi gila
adalah dengan membina tembok pemisah antara diri dan masalah.
pendek kata abaikan jika tidak penting dan bersikap optimis dengan
apa juga situasi sebaik mungkin…
cara itu yg selalu aku gunakan. tak nak cuba? :)
*ayat2 ko bro agak puitis dan mendalam maknanya. selalunya aku
jumpa dalam novel 80an-90an haha… jgn salah faham. aku suka ;)
setiap manusia memang tak lari dari menerima ujian ,hmm aku pun tengah serabut dengan ujian yag aku terima sekarang ni,tatau la nk settlekan macam mana
P/s : entri yang sungguh menari
salam…
ada hikmah apa yg b’laku..
kena byk b’sabar…
kalo x leh gak..
‘genggam bara dlm api’..
heheheeeee….
peh..sungguh berat ujianmu..moga berjaya menghadapi ujian selanjutnya..
:)
memang lh berat nak terima semua yang kita tak suka tapi allah nak uji untk kita sedemikian pada kita emm..aku pown sedih tapi nak buat macam anye dah utusan allah pada kita..
hemm.. “MENGAPA AKU DIUJI SEBERGINI”… baca ja tajuk terpanggil untuk menjenguk blog ni.. Mempersoalkan “MENGAPA” seolah-olah mempersoalkan ujian dan dugaan yang diberi oleh takdir.. Ujian datang kepada Insan-insan yang disayangi.. untuk menguji tahap kesabarannya.. sebagai tanda peringatan atau muhasabah diri.. SABAR adalah ubat paling mujarab.. Yes! betull.. SABAR mudah betul diungkapkan.. tetapi nak laksana.. alahai!!.. tapi sahabat.. Jika kita Faham Definisi SABAR dan memahami konsepnya.. Insyaallah.. ketenagan yang tak tergambar akan dicapai… wish u a great Day!!!…
banyyakkan bersabar..
byk maksud tersirat… aku tak bape paham… explain probs..
kata-kata Al-Ghazali:
Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.
kenapa aku di uji begini sekali
kehidupan ku kini derita… kerana tidak dapat menerima ujian mu ini
bolehkah aku perbaiki diri ini yang telah salah membuat keputuasan sebelum ini?
kerana ujian mu aku tewas,,,
ya allah berialah kesempatan pada ku
untuk memperbaiki hidup ini
ya allah kerana ujian mu aku tewas..aku berputus asa.. ya allah kau temulah jodoh aku dgn seseorang y benar iklas utk aku ya allah