Assalamualaikum.. Rasanya blog nie dah dua tahun tapi tak de satu pun informasi yang baik untuk aku kongsi kan.. Takperlah.. Mulai hari ini, aku akan cipta satu kategori informasi untuk kegunaan bersama.. Dan untuk post yang pertama aku kongsikan mengenai lubang² besar yang menarik ada di dunia..
Kimberley bermula sebagai sebuah bandar yang dipanggil “New Rush” dan diganti namanya Kimberley pada 5 Jun 1873. Lubang sedalam 1097 meter ini terjadi apabila digali manusia sendiri dan telah menghasilkan lebih 3 tan berlian sebelum ditutup pada 1914. Tiga daripada sisa lubang; Toitspan Du, Wesselton, dan Bultfontein juga ditutup pada tahun 2005.
——————————————————————————–
The Great Blue Hole adalah lubang pembuangan air yang besar di luar pantai Belize, sebuah negara di Amerika Tengah. Lubang ini dibentuk sebagai sistem gua kapur selama zaman ais terakhir ketika permukaan laut jauh lebih rendah.
Terdapat banyak lubang biru di dunia tetapi tidak dapat menandingi kehebatan lubang biru yang satu ini. Ia telah pun menjadi Tapak Warisan Dunia United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
——————————————————————————–
The Bingham Canyon Mine, juga dikenali sebagai Kennecott Copper Mine dimiliki oleh Rio Tinto Group, sebuah syarikat perlombongan antarabangsa yang berpusat di United Kingdom. Galian telah beroperasi sejak 1863 sehingga hari ini dan telah mengakibatkan terciptanya sebuah lubang yang merangkumi 1.900 hektar (7,7 km ²).
Bingham Canyon Mine penggalian buatan manusia yang terbesar di dunia. Ini telah diakui oleh National Historic Landmark pada tahun 1966 di bawah nama Bingham Canyon Open Pit Copper Mine.
——————————————————————————–
Pada 23 Februari 2007, sebuah lubang sedalam 330 kaki telah terbentuk dan mengakibatkan ianya menelan 12 rumah dan 3 orang terkorban. Lubang ini menyebabkan bau busuk. Pihak berkuasa menyalahkan lubang pembuangan di aliran kumbahan bawah tanah pecah.
——————————————————————————–
Lubang ini pertama kali dilihat dan dijelajahi pada tahun 1974. Ia terletak di Jaua-Sarisariñama, Taman Negara di Venezuela. Ia dikatakan masih menjadi misteri geologi.
——————————————————————————–
Terletak di Monticello Dam di Tasik Berryessa, California Utara, lubang raksasa ini bertindak sebagai injap tasik. Empangan dan injap ini dibina diantara tahun 1953 dan 1957. Ia mampu menelan 48.400 kaki padu per saat (1370 m³ / s) dan jarak daripada saluran ke titik pintu keluar adalah sekitar 700 meter. Jenis injap pada asalnya adalah saluran konkrit gergasi. Lubang diameter terbesar adalah 72 meter dan mengecil sekitar 28 meter.
——————————————————————————–
Diavik Diamond Mine adalah lombong berlian di Daerah Utara Northwest Territories, Kanada, sekitar 300 kilometer (186 batu) utara Yellowknife. Ia telah menjadi bahagian penting untuk ekonomi daerah sehingga mampu menggajikan 700 perkerja dan dan menghasilkan 8 juta carats (1600 kg) berlian setiap tahun. Tapak galian ini dimiliki oleh perusahaan antara Harry Winston Diamond Corporation dan Diavik Diamond Mines Inc, anak syarikat Rio Tinto Group. Usia lombong ini dianggarkan 16-22 tahun.
——————————————————————————–
Lubang buatan manusia kedua terbesar di dunia ini adalah sebuah lombong berlian yang terletak di pinggiran Mirny, sebuah bandar kecil di Siberia timur. Galian ditemui pada 13 Jun 1955 oleh ahli geologi Soviet Yuri Khabardin, Ekaterina Elagina dan Viktor Avdeenko semasa Ekspedisi Amakinsky. Galian adalah 525 meter (1.720 kaki) dalam dan mempunyai diameter 1.200 m (3,900 ft). Ruangan udara di atas lombong ditutup untuk helikopter kerana beberapa kejadian di mana mereka telah disedut oleh aliran udara ke bawah.
——————————————————————————–
Derweze daerah yang kaya akan gas asli. Mengikut sejarah, ahli geologi pada tahun 1971 secara tidak sengaja menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan sumber gas asli. Malangnya tanah di bawah mengalami runtuhan dan meninggalkan lubang besar dengan diameter sekitar 50-100 meter. Untuk mengelakkan pembuangan gas beracun, maka diputuskan untuk membakar gas yang keluar. Geologis itu berharap api akan keluar dalam beberapa hari tetapi gas terus membakar selepas itu. Ada beberapa tempat di seluruh dunia yang penduduk percaya adalah pintu ke neraka.
——————————————————————————–
Kat negara kita nie takde ke yang berlubang² nie? Eh.. Mesti lah ada.. Tahap bahaya dia lagi best.. Nie tengok..
Dibawah file: 7 lubang dunia, amazing hole, amazinghole, cerit blue yg menarik, cerita lubang neraka, cerita lubang neraka darvaza hole, cita menarik, dara, dimana letak negara guatemala, Gambar, gambar lubang api, gambar lubang api di turkmenistan, gambar lubang neraka, gambar menarik didunia, gambar paling menarik di dunia, holes, kerja, letak hole guatemala, letak negara guatemala, lombong berlian, lombong berlian dunia, lubang, lubang api di turkmenistan, lubang api turkmenistan, lubang besar di dunia, lubang besar penuh api di turkmenistan, lubang besar serbia, lubang dalam, lubang darvaza,pintu ke neraka, lubang di dunia, lubang di serbia, lubang dunia, lubang misteri didunia, lubang neraka, lubang neraka darvaza, lubang neraka darvaza hole, lubang neraka di dunia, lubang paling dalam, lubang paling dalam di dunia, lubang paling dalam didunia, lubang raksasa di serbia, lubang tanah keluar api, lubang terbesar di siberia, lubang2 besar di dunia, lubang2 besar didunia, lubang2 dunia, menarik, misteri darvaza hole, negara guatemala, sedut, sky, tempat menarik, yang menarik
lubang kat bawah tu paling bahaya. tengah2 jalan, accident kang. huhuhu
ada lagi lubang yg ko tak tunjuk bro hahaha
uish.. ada.. tapi malu nak tunjuk.. haha..
gambar diatas membuatkan aku terpikir tentang kebenarannya…hahaha…yg no 2 tu je mcm pernah tngok gmbr tu….
lagi satu yg terakhir tu…konpem berlambak kat mesia…haha..
menarik2..banyak lubang kat dunia ni yang dasat2 kan..huhu lubang yang sedap pn banyak kan bro..waakaka
haha… contohnya?
lubang idong?kn?kn?
lubang… lubang terkecik lubang pe lak?
ouh.. aku tak kaji lagi..
nice infor bro~ teruja aku baca…hihi
tajuk yang catchy. ahaha~
double meaning.. =P
Lubang kat malaysia ..yang last tuh , paling best…kalau termasuk lubang… huhu
hehe. mcm2 lubang ada. leh wat bungee nie~
bro, gua nak post dlm forum ok tak..? hoho….
boleh je.. letak kredit skali.. hehe.. *gila populariti
haha.. tu mesti la bro… mana leh cetak rompak hasil karya org lain… huhu… tak berkat (ayat tak bleh blah…haha..)
thanks bro.. :)
hai abg menteil ! mak kite ajak main hello kitty sama sama .
good article ! ko ciplak mana?? tak kredit ke sesapa?? uncle google barangkali??
kekekekekek
google n wiki.. =P
haaaahaaa..baru best blog menteil kali ni.
aku suke tengok lubang… eh.. maksud aku
gambar lubang kat atas tuh… *chis pantang betoi double meaning*
menarik gilerr gambar2 tu semua..thanks for sharing
subhanallah.. lawa nak mampus lubang yang no.2 tue.. ‘blue hole’ hohoho, menarik gak post kali nie.. tak tepikir lak pasal lubang2 nie.. hehe
Ngeri jugak tgk lubang2 camtu kan?
orang cakap pasal lubang besar, ramai lak duk tanya pasal lubang2 kecik ni. haha…
rasa tertarik lak ngan lubang yang ada api tu…
amazing and nice
lubang-lubang yang menarik..
tapi ada lubang yang sedap…
haha,,,
malaysia nyer jalan penuh lubang..
yg bwh tu mmg berbahaya…boleh mengakibatkan kematian yg tidak sijangka…sukar diterima akan lubang itu di malaysia ni…huhu~~
oh..tak tahu kenapa..hatiku berdebar-debar kencang ketika melihat lubang-lubang ini..bukti kekuasaan Allah…
ade lubang paling best…
>”lubang”un tidur…hahaha
yap. aku tahu kebanyakkan lubang tu. Kat Malaysia, ada satu lombong paling besar. Kat Penjom, pahang. Dalam gak. Aku gi sana masa praktikal.
Lu punyer aktikel ..semua best2 lah bro..wa slut..problemnya..aku punyer blog yg xperfect lg..huhu.tgh blajo lg..
best r mne dapat gmbar2 ni nak jgak
hehe3, good article.
aku dh mmg lame mncari maklumat tntg kjadian nie..
http://news.yahoo.com/blogs/upshot/sinking-feeling-woman-finds-giant-sinkhole-under-her-203620309.html
lubang3 byk nye lubang cantek…lubang yg no2 comey skli
cuba cari makhlok2 pelik lak,,memang aku suke benda2 unik dan pelik neh,,
benda2 paling cantik di didunia ada x> aku mint benda2 gtu,hihihihii