Takde apa nak update.. Hari tu aku balik kampung saje nak tengok macam mana meriahnya pilihan raya kali nie.. Dan juga memeriahkan ekspo bersama rakyat kononnya.. Mungkin baru lagi, so takde apa yang menarik sangat pon.. Bendera dan poster pon tak banyak lagi (belum sampai atau bajet kurang aku tak tau).. Macam biasa bila lepak kedai pekena kopi, semua bercerita pasal politik, kutuk mengutuk, caci mencaci, lumrah biasa.. Cuma yang aku belum tengok lagi agenda tumbuk menumbuk..
Disebabkan aku semakin malas bercerita, layan gamba jer la..
Dan ini bukti yang aku cakap dulu bukan omong kosong, bila ada pilihanraya jer la korang baru sebok nak repair jalan. Sebabnya mungkin dua jer..
1. Korang nak amek hati rakyat kononnya
2. Korang sendiri senang nak lalu
Ini keratan berita tentang apa yang aku ceritakan sebelum ini;
HULU BERNAM: Jalan sepanjang kira-kira 10 kilometer menghubungkan Sri Keledang menghala ke Felda Gedangsa, di sini yang dulunya selesa kini tidak ubah seperti laluan balak selepas ‘dikerjakan’ lori yang membawa pasir sejak dua tahun lalu.
Jalan itu yang dibina kerajaan Pusat dengan belanja jutaan ringgit mengalami kerosakan hampir 90 peratus selepas aktiviti membawa keluar pasir tidak dipantau kerajaan Selangor secara efektif.
Difahamkan, aktiviti mengeluarkan pasir menggunakan laluan itu dihentikan sejak enam bulan lalu selepas permitnya dihentikan.
Selepas syarikat itu mengaut keuntungan hasil jualan pasir berkenaan, lebih 1,000 penduduk di Sri Keledang dan SKC Jaya terpaksa menerima kesan buruknya.
Jika dulu, ketika laluan itu masih dalam keadaan elok, ia digunakan penduduk untuk ke Felda Gedangsa, Sungai Besar, Berjuntai Bestari, Felda Sungai Tengi, Felda Soeharto dan beberapa kawasan lain dengan tempoh singkat.Disebabkan kerosakan itu, penduduk yang ingin ke Kuala Lumpur terpaksa mengambil masa lebih dua jam kerana perlu melalui jalan ladang kelapa sawit sebelum ke Slim River, Perak serta melalui Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), berbanding hanya sejam jika melalui laluan sebenar.
Ketua Umno cawangan SKC Jaya, Mohd Salleh Maalim, berkata kerosakan jalan itu menimbulkan rasa marah penduduk kerana menyukarkan mereka berhubung dengan masyarakat luar. – sumber
KUALA KUBU BHARU: Kementerian Kerjaraya mendedahkan kerajaan Selangor hanya menyalurkan peruntukan RM1 juta untuk pembangunan dan penyelenggaraan jalan di daerah Hulu Selangor daripada RM315 juta yang diberikan kerajaan Pusat untuk tujuan itu, tahun lalu.
Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata peruntukan diagihkan dari dana Malaysian Road Registered Information System (Marris) itu amat sedikit bagi memastikan jalan di Hulu Selangor sepanjang 220 kilometer diselenggara dengan baik.
Beliau berkata jika dikira secara purata, kerajaan negeri berkenaan membelanjakan RM200 sebulan untuk tujuan berkenaan yang turut membabitkan kos penyelenggaraan bangunan dan memperbaiki lampu jalan yang rosak.
“Saya terima laporan dari JKR (Jabatan Kerja Raya) daerah yang menyatakan mereka hanya terima peruntukan Marris RM1 juta tahun lalu dari kerajaan Selangor.
“Peruntukan itu (RM1 juta) bukan saja digunakan untuk jaga jalan tapi pengurusan bangunan, tukar lampu untuk satu tahun. Di Hulu Selangor ada 220 kilometer jalan, kalau RM550,000 digunakan untuk perkara lain seperti pengurusan bangunan, 220 jalan setiap kilometer mereka belanjakan RM200 setiap bulan, agak-agak cukup tak untuk turap jalan baru, tukar lampu? – sumber
WTH!!!
Komen aku, rakyat bukan bodoh lagi.. Lagi? Salah salah.. ‘Lagi’ tu tak sepatutnya ada.. Rakyat tak pernah bodoh.. Yang bodoh cuma korang yang lalai! Sekarang sudah ada nama baru, harap (bosan dengan perkataan ni yang selalu diguna pakai) lepas ni bukan seperti dulu..
Update tentang cerita sebelum nie.. Baru sekarang la aku nampak muka pengurus kampung aku.. Kalau tak ko kemana? Hampeh!
Bapak aku dah ‘atas pagar’.. Haha.. Kalau tak BN karat beb! Aku? Pun atas pagar jugak.. Aku nak researh dulu colan-colannya dan parti-partinya.. Baru aku boleh yakin nak pangkah mana satu..
Dibawah file: bajet, BN karat, bosan, felda gedangsa, gedangsa, kerja, menarik, paksa, Parti Keadilan, pemimpin, penyelenggaraan, pilihan raya hulu selangor, pilihan raya kecil, Politikus, rakyat, yang menarik
Betul la sangat.. time pilihanraya baru la keluar berita melawat orang susah la.. sumbangan sana sini la… betulkan jalan rosak la.. abis pilihanraya? ramai yang mati kelaparan on the SPOT!!
hoho kalau aku still kt upsi lg ni, sure best gle
setiap kli pilihanraya..benda sme je yg sering dibangkitkan….
dah lumrah mcm tu…
nak minta wakil rakyat selalu ditimpa musibah rasanya jahat sangat…
tapi siapa yang menetapkan ‘peraturan’ mcm tu… terpaksalah :P
kalau ko tak undi nanti depa rosakkan jalan balik
ahahahhahahaha
Hari mengundi nanti jgn lupa bwk buah dadu…hehe
hehe, best gak ader pilihanraya, dapat jalan raya baru.. hoho, pendek kata, kalo nak maju kena pilihanraya tetiap bulan.. sebab keje yang diorang betol2 buat adalah sebelum pilihanraya, bukan time dah jadik pentadbir… haish!
susah gak woo nak decide..sebab ngan 1 undi wakil rakyat or adun boleh naik, kerajaan boleh tubuh dengan majoriti mudah or 2/3..1 undi punya pasal ja..memang la sangat mustahil tapi who knows..
pangkah la elok2
btoll..lagi satu..kalo ko perasan ler kebodohan pemimpin kte sendiri..
ble dijemput obama gi lawatan bkan maen ngada2 lagi die jadi..bini die dari ader tudung sipi2 terus buang tudung die..
iran yang sebelom nie die sokong terus diketepikan kate nyer export minyak hanyer dasar perniagaan sajer..korang taw tak..pemimpin kte nie dah abaikan saudara islam untuk seorang pemimpin us??
korang taw tak sepatutnyer us takder hak dalam mengawal nuklear..saper yang bom hiroshima n nagasaki??
kalau betol ler diorang nak sekat nuklear bkan ker patut sekat israel terlebih dahulu seblom sekat iran???
konon nyer la..
bro, dulu salahkan kerajaan persekutuan tak buat kerja, sbb kerajaan tuuuu yg pegang tampuk kuasa negeri selangor, tapi sejak 2 tahun lepas, mereka yang menang tu dapat pegang kerajaan negeri, kena buatlah kerja! :D
Rasa nk menulis jugak pasal Hulu Selangor ni..
mengapa mesti sokong sy? sy menang encik samy bersara. yeay!
bagi diaorang nie keje sikit… tapi bila time pilihanraya je kot.. habis tuh..senyap balik… aduan rakyat… dipekak kan kembali…
ni anak sape ni?kg.mana? ha..ha….lahir tahun berapa ek?
gedangsarian ke?
kg keliling..
taun 86..
OOO…MUDA LAGI…smg ke? kg kita dekat je le….keep on your blog lah…
kg mana? aah.. smkg..
‘akak’ nie tak nak perkenalkan diri ker?
x pelah..biarlah rahsia….rumah dekat2 smg tu le…
siapakah dia orang gedangsa yang duduk di seri kembangan… huhu,..