menteil?

menteil?

Assalamualaikum…

Nama dia menteil.. Berasal dari Hulu Selangor.. Lahir pada 11 Oktober 1986.. Anak seorang peneroka dan suri sepenuh masa.. Keluarganya tidaklah susah dan tidak pula senang.. Walaupun apa pun dia tetap bersyukur..

Bukanlah seorang yang bijak.. Pandai tu ada la.. Itu katanya..

Seorang yang agak sensitif terhadap tingkah laku..

Dulu dia adalah agak periang, namun kini dia berubah menjadi seorang yang serius.. Mungkin ingin menganjak umurnya ke satu tahap yang baru..

Agak kasar dalam berbahasa.. Sehingga ramai yang berkecil hati dengan sikapnya itu.. Namun di sudut hatinya langsung tiada sekelumit pun niat untuk menyakitkan hati sesiapa.. Kerana caranya agak berbeza..

Cukup bersederhana dalam kehidupan.. Hanya suka berseluar jeans Levi’s berkemeja T di siang hari dan malamnya hanya suka berkain pelikat bersama kemeja T.. Jumpa kekasih sendiri pun hanya berselipar jamban!

Walaupun luarannya kelihatan gagah perkasa bak superhero malaya tetapi dalamannya cukup lemah lembut.. Tapi itu bukan bermakna dirinya lembut bagai sotong..

Langsung tidak ambil peduli dengan tohmahan anasir-anasir busuk.. Cuma dijadikan modal dalam pengsejarahan perjalanan hidup..

Cukup benci dengan manusia yang hipokrit, berhati busuk, sombong, riak, takbur, meninggi diri dan ‘berlagak pandai’ ..

Terlalu banyak kenangan pahit dalam hidupnya dan sedikit pula kenangan manis tercatit.. Mungkin belum tiba masanya.. Malah dia sentiasa sabar menunggu saat kemanisan hidupnya tiba.. Gelodak hatinya cuba memujuk dengan itu..

Rakan karib ataupun tidak selalu menjadikannya sebagai tempat luahan hati kerana dia adalah seorang pendengar setia dan penasihat yang baik.. Namun tidak pula dia bercita-cita menjadi kaunselor kerana itu adalah paling dibencinya..

Sudah memasuki alam pekerjaan pada awal tahun 2010 setelah berhempas pulas tanpa rela menghabiskan pengajian di sebuah institusi awam.. Sentiasa berpesan pada diri supaya berusaha mengubah hidup.. Bukanlah dia tidak bersyukur atas apa yang ada sekarang, cuma dia mahu sesuatu yang bermakna dalam hidupnya..

Dia ingin menjadikan blog ini sebagai tempat curahan pergolakan jiwa.. Suka mengkritik mentaliti masyarakat zaman ini.. Bukanlah dia cukup sempurna.. Kadang kala apa yang dicurah itu adalah perlakuan diri sendiri juga..

Kalau ada pun yang tidak berpuas hati.. “apa aku kisah!!” katanya..

Tahniah pada siapa yang berjaya menghabiskan bacaan ini.. Tepukan untuk diri sendiri.. Sebenarnya masih banyak lagi yang ingin dicatat.. Apakan daya.. Tukang ketuk papan kekunci ini amat malas menjalankan tugas..

Salam..

menteil
- facebooktwittertumblrwp.com -

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog