Menteil.Net Tak Popular Pun!

Sebenarnya perkara nie dah berlaku lama dah.. Sehingga ramai segelintir yang mengatakan menteil.net itu sebuah blog yang popular.. Bukanlah! Ingin aku nyatakan, menteil.net bukan blog yang popular.. Opss! Sebelum tu ingin aku tegaskan, ini bukan nak ambil simpati atau aku sengaja nak merendah diri.. Ianya memang kenyataan ok!

Kenapa blog menteil.net dikatakan popular tapi aku tak anggap begitupun?

Pertamanya korang jangan terpedaya dengan jumlah komen yang ada di dalam blog ini.. Blog nie kan pakai thread comment.. So boleh bilang berapa banyak komen yang ada di blog nie.. Komen aku sorang jer dah mencecah 2581 sewaktu entry ini ditulis.. Lagi satu, sila bahagi berapa banyak pulak entry aku kat sini.. Kenapa ya? Salah satunya sudah tentulah aku nie jarang berblogwalking.. Lagi satu sebab mungkin penulisan aku yang tidak dapat perhatian pembaca..

Yang keduanya, aku jarang melakukan promosi.. Samada di twitter ataupun facebook.. Kalau aku ping di gengblogger pun, aku tweet sekali dua jer.. Kat personal facebook apatah lagi.. Cukup sudah auto update di profail page menteil.net..

Tengok pulak status ranking aku di alexa.. Masih lagi di takuk tidak membanggakan.. Nak lawan kak jie? Jauh panggang dari api.. Huhu.. Mestilah sebabnya aku jarang mengupdate blog dulu.. Tak bermain dengan SEO dan sebagainya..

Jika dulu Google page rank blog mendapat PR3 tapi sekarang dah jadi not available.. Ini mungkin kerana update terbaru dari google yang memantau semua perkara.. Aku nak buat macam mana lagi..

Korang try pulak taip ‘menteil.net’ di google.. Tengoklah.. Baru je google meng’index’an blog aku setelah aku bereksperimentasi dulu, sekarang dia tarik balik lagi.. Keputusannya tak menentu, harini diindex esoknya boleh hilang.. Puncanya mungkin sebab tangan gatal nak mencuba kononnya.. =P

Kalau tengok blog lain, orang yang melanggan (subcribe) sampai beribu-ribu.. Blog aku seratus lebih jer.. (er.. sebenarnya aku bersyukur sangat-sangat ada yang sudi melanggan blog nie).. Puncanya mungkin aku tak letak gadjet atau perkara yang berkaitan kat paparan blog aku nie.. Er… Silalah langgan menteil.net.. Hehe..

Lagi? Er.. Tiba-tiba otak aku blank! Tadi banyak je idea.. Sebab aku bakar rokok la nie time aku tengah menaip.. Ciss!! Oklah! Sampai sini jer..

Ha.. Tengok! Ini pun salah satu punca blog menteil.net tak popular.. Cerita tergantung! Lain kali bagi habis! Dan lagi satu, jangan hisap rokok!

See ya…

Kalau pembaca blog nie bijak, sila ambil yang positif di dalam negatifnya penulisan nie.. =P

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

23 Komen untuk "Menteil.Net Tak Popular Pun!"
  • Kujie July 1, 2010 at 11:51 am

    kak jie tak langgan tapi selalu dtg sini…lebih baik kot mcm ni

    popular sebebarnya hanya dlm komuniti itu sendiri – kalau kita keluar , kita akan jumpa berbagai2 komuniti dan setiap komuniti ada yg popular … jadi benda ini bukan isu besar pun

    kadang2 rasa mcm – eh kenapa isu popular yang timbul….

  • x-po July 1, 2010 at 11:51 am

    hehe time ko aktif dulu, ko memang popular bro..skrg, amik la masa slalu update ye..hehe

  • zool July 1, 2010 at 12:00 pm

    Lebih popular dari aku le ni

  • Adlan Khalidi July 1, 2010 at 12:06 pm

    blogging ni bukan populariti contest. popular cuma relatif. popular ni pun dalam skop dan komuniti tertentu. komuniti blogger ni sangat ramai. yang aku tau ko lagi popular dari aku. haha

  • [...] This post was mentioned on Twitter by mohd hafizuddin and menteil. menteil said: menteil.net – Menteil.Net Tak Popular Pun!: Sebenarnya perkara nie dah berlaku lama dah.. Sehingga ramai segelinti… http://bit.ly/aKfVnL [...]

  • fiezaradzi July 1, 2010 at 1:11 pm

    tul..tul.. popular ni kena tgk pembaca.. lau pbaca suka, kira glamer la.. subscriber bukan pengukurnya.. hehee.. tapi mmg suka pun baca blog ni.. cuma lately de masalah sikit..hihi.. yg nyata blog ni lebih popular & hebat dari blog saya

  • zaryl July 1, 2010 at 3:19 pm

    ok la tu ada gak subsriber sampai seratus… dari puluh2 je lagi tak popular (mcm aku)
    komen pun banyak…
    pendek kata ko tak lah tak tak popular yang ko sangkakan hahaa

  • pzah July 1, 2010 at 5:11 pm

    ok la tu . takde la tak popular langsung.

  • h3r0 July 1, 2010 at 5:30 pm

    ok la tue.. popular gak.. sebab antara blog yang aku suka…

  • Wan Perlis July 2, 2010 at 12:44 am

    saya hanya freshie

  • yonna July 2, 2010 at 2:38 am

    aku rasa blog ko glemer dari dulu. tp mungkin sekarang ko dh jrg blogwalking and so on so on, lagi2 dgn pertumbuhan blog yang mcm cendawan je aku tgk la ni, mungkin jugak blog ko tenggelam.

    tapi,apa lah ada dgn semua tu kan? asalkan kau ada kawan2 yg sentiasa sokong hobi blogging ko ni hehe :)

  • hafidz July 2, 2010 at 4:43 pm

    janji jangan sampai blogs kita dilabelkan “popular” disebabkan sekadar entri kosong =P

  • nazra July 3, 2010 at 10:56 am

    popular ada pelbagai skop & alirannya. tp takda masalah popular atau tak, yg penting blogging dgn penuh dedikasi nya :)

    *wekkk ayat aku T____T

  • mijie July 3, 2010 at 1:09 pm

    popular bagi aku tak penting, yang penting trafik masuk dari search engine mencurah-curah dan itu yg best tu

  • jawatan kosong July 4, 2010 at 8:31 pm

    suatu saat nanti boleh la jadi popular..:D

  • denaihati July 5, 2010 at 12:59 am

    Popular jangan dicari tapi datang sendiri tanpa diundang.

  • titan July 5, 2010 at 11:51 am

    bagi aku blog ko tetap popular. Sebab aku masih ingat. haha..

  • azizan4444 July 5, 2010 at 8:55 pm

    biar x popular..yg penting penyampaian dan cara penulisan besh…

  • naz July 7, 2010 at 1:08 am

    blog ko popular dow. kalau ariel peter pan buat blog pun blum tentu die bleh popular mcm ko. :D

  • .::wanie::. July 10, 2010 at 2:05 am

    masa ko update hari hari dulu, blog ko adalah wajib datang hari hari

    back were the days where kau punye entry sume meletup2

  • ashraf July 10, 2010 at 3:51 am

    ok la tu…. dapat gak innity approve blog kau.. aku? hahaha hampes… :p

  • Amirez July 22, 2010 at 4:44 pm

    bagi aku ko memang popular menteil kalau nak dibandingkan dgn aku huhu.
    tapi blogging bukan sekadar untuk menjadi popular, betul tak?

  • ShueQry August 1, 2010 at 9:58 pm

    Popular atau tidak, itu belakang kira, janji kita terus menerus perbaiki stail penulisan, membaca lebih banyak kemudian mem’post’ lebih banyak. Tulis terus dari hati, kesannya populariti akan datang sendiri.

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog