Aku yakin mesti sudah ramai yang menyatakan perkara yang sama terutama yang kurus lah kan.. Kenapa mesti kurus jer dia di cop penagih? Tak ada mende lain ke nak kaitkan? Contohnya, dia tak cukup makan ke? Dia mengamalkan diet ekstrem ke? Ataupun dia yang kurus tu punya metabolisma yang tinggi ke? Takdelah sakit hati sangat kan kalau nak dibandingkan dengan penagih! Tak gitu?!
Dan macam tu lah apa yang aku rasa.. Sekali dua aku tak kisah la kan.. Tapi kalau berkali-kali orang cakap macam tu pun memang sakit hati.. Sampaikan orang yang sama menyatakan perkara yang sama berkali-kali.. Bila sekali aku dah katakan ‘tidak’ maka jawapan untuk kali kedua dan seterusnya tentulah ‘tidak’! Takkan itupun tak paham..
FYI, aku tak pernah mengambil mana-mana pun najis dadah waima untuk mencuba sekalipun.. Tak pernah! Diulangi, tak pernah! Menyentuh memang pernah.. Ya.. Itulah yang aku bersyukur sangat dengan kekentalan hati yang tidak pernah berminat pun untuk mencuba najis-najis ini.. Yelah, dulu aku memang ramai rakan-rakan yang mengambil dadah, tapi aku tak pernah bangga pun nak mengikut rentak mereka..
Lagi satu, memang gen keluarga aku kurus-kurus belaka.. Tidak pernah ada yang berbadan besar.. Cuma aku nie saja yang terlalu kurus.. Mungkin sebab kesan dari episod kemalangan yang dulu.. Baca pengalaman aku -> Kemalangan v2.6.. Ataupun mungkin sikap aku yang malas makan nie.. Ataupun sebab aku suka makan megi.. Dan mungkin kadar metabolisma badan aku yang tinggi, makan banyak mana pun badan aku tetap slim! Mungkin sahaja..
Rokok? Memang aku perokok yang tegar.. Tapi menghisap rokok tak semestinya perlu mengambil dadah.. Itu pemikiran yang tradisional ok! Dari dulu lagi aku dengar “jangan hisap rokok, sebab rokok lah boleh terjebak dengan dadah” Haha.. Aku nie ok jer.. Tak pernah pun nak ambil dadah walaupun peluang untuk mencuba itu memang tinggi (rujuk perenggan di atas).. Lagipun, ada jer orang tu ambil dadah dulu sebelum menjadi perokok.. Macam mana tu?
Ouh.. Aku tak pernah pun menyarankan sesiapa diluar sana untuk menghisap rokok.. Rokok tu memang membahayakan kesihatan.. Itu memang satu fakta yang tak boleh disangkal.. Aku cuma mahu membuat perbandingan pemikiran kita dalam sesuatu subjek.. Memang itu yang menjadi kebiasaannya.. Berfikir cuma didalam kelompoknya.. Cabangkan pemikiran sebelum tuju pada satu titik yang pasti.. Chow!
walaupun aku kurus, aku tetap kuat beb! =P
Dibawah file: aku memang, aku penagih dadah, aku sorang penagih, dadah, dadah-gambar, diet tak menjadi macam mana ni, foto orang kurus, foto orang kurus di dunia, foto orang-orang kurus kering, fotoorangkurus, gambar dadah, gambar gambar dadah, gambar ganja, gambar ganja kering, gambar gemuk, gambar gemuk ke kurus, gambar hisap dadah, gambar hisap ganja, gambar orang ambil dadah, gambar orang diet, gambar orang ganja, gambar orang gemuk dan kurus, gambar orang gemuk jadi kurus, gambar orang hisap dadah, gambar orang hisap ganja, gambar orang hisap rokok, gambar orang isap dadah, gambar orang kurus, gambar orang makan dadah, gambar orang mengambil dadah, gambar orang merokok, gambar orang penagih dadah, gambar orang-orang kurus, gambar penagih, gambar penagih dadah, gambar penagih-penagih dadah, gambar penagihan dadah, gambar perbandingan, gambar perbandingan org gemuk dan kurus, gambar-gambar orang merokok, gambar-gambar orang penagihan dadah, gambar-gambar penagih dadah, ganja gambar, gemuk ke kurus, gemuk sebab ganja, ggmain, ggweb, hisap dadah - gambar, hisap ganja kurus ke gemuk?, hisap rokok, katakan tidak, kemalangan, kenapa aku kurus, kenapa aku kurus kering?, kenapa aku kurus sangat, kenapa aku tak hisap dadah, kurus, logo, macam macam dadah, mat peehon, mat pit, najis dadah, nama penagih dadah, orang gemuk ke kurus, orang gemuk sensitif, orang hisap dadah, orang isap dadah, orang isap ganja, orang kurus, orang yang isap dadah, orang yang sangat kurus, orang yang terlalu kurus, pemikiran, penagih, penagih dadah, penagih ganja, penagih kurus, perokok, perokok tegar, punca hisap ganja, saya kurus, nak jadi gemuk, sebab aku ambil dadah, sebab orang mengambil dadah, sikap seorang penagih dadah, start, statistik dadah 2010, statistik hisap dadah, statistik pelajar ambil dadah 2010, statistik penagih dadah 2010, statistik penagih dadah disember 2009, statistik penagih terbaru pada oktober 2010, statistik penagihan dadah 2010, terlalu kurus, testimoni gemuk ke kurus, web
[...] This post was mentioned on Twitter by menteil, menteil. menteil said: menteil.net – Orang Kurus Bukannya Penagih!: Aku yakin mesti sudah ramai yang menyatakan perkara yang sama terutam… http://bit.ly/dDnurv [...]
Salam bro…jadi kurus salah, gemok pun salah bro…orang kita mulut kalau tak berkata tentang kekurangan orang memang tak sedap, rasa mulut ni tak best kalau tak mengata…aku pun kurus bro, tapi jarang gak orang berkata, tapi tak tau plak dihati dorang macam ne…ada gak yang pompuan pandang macam tu, so nak wat macam ne kan…huhu
ada gak popmpuan pandang macam mana bro?
dah nasib orang kurus.. huhu..
yela…kalau tengok sikit dah pandang semacam, ingat kite ni penagih ke, tak tengok orang sukan sana-sini, tengok medical check up la!!!marah la plak…hehe
saye adalah kurus
saya penagih cinta
eh?
hahahaha
saya adalah kurus
tetapi BUKAN penagih cinta..
geli! haha..
kadang2 isap rokok pun boleh effect jadi extreme kurus.
tapi aku tak terlalu extreme menghisap rokok
alasan =P
klau selalu hisap rokok (walaupun tak extreme), still ada effect kot.
mungkin takde statistik lagi (or belum terjumpa), tapi kalau ikutkan.. majoriti perokok ni kering2 je..
:P
haha.. so aku kena berenti merokok la ye..
payah jugak tu.. huhu..
tak la azah..
ni pengomen bawah nie, still berlemak lagi walaupun dia perokok tegar..
hisap gudang garam lagi.. haha..
jangan marah syah..
haha.. kan aku kata majority, tak semua…
bila “ramai” yang kering, maksudnya merokok ni maybe ada bagi effect la kot.
hehe… x nak benti la tu.. :p
pe pulak. aku isap rokok bergantang gak tp x kurus pun. lg gemuk ada la :P
tu yg malas nk stop smoking tu nnt badan naik huhuhuu
cant agree more
gyahahaahahahaha~
alangkah bestnya jika aku leh bg sikit isi dan lemak aku kepada engko kan.. sian aku tgk ko.. hahaha.. rilex bro, ape org nak kata, lantak situ…
haha.. kalau boleh pindah2 suka2 macam tu, dah lama aku curik lemak ko bro.. itupun kalau disahkan halal la lemak tu.. hahaha…
aku kurus dan reject benda2 haram
seriously, mmg ada persepsi camtu. aku pun kurus gak. cuma nasib baik skg dah makin berisi. dulu2 ada je dengar orang duk sebut…
wahh..ko kuat macam-macam nih..
salam
aku pon da kena da, itu hari aku pegi karaoke ngan member aku kat alamanda, ari jumaat malam sabtu
ttibe ade buat rush, jabatan narkotik, pas da kumpul2 ic, dlm proses nak serahkan balik, dia tgk tuan empunya ic atas bawah
dia suh member aku kuar, tapi aku kena tunggu utk urine test sebab aku kurus, ahaha sempoila, yup im a smoker but not a drug addict, pas da kencing puas2 dlm bekas dia tu wat test, clean, pastu soalan last yg aku terima, maybe agak bangang, “bile last isap ganja?” what’s the point??? kan da check tadi? konpius aku, da check pastu tak caye
dia mane tau sejarah aku tak cukup makan spnjg nak dapatkan degree, mkn skali shari, maggi aku tak berape layan, aku suke roti hu hu, baker’s cottage roti sedap yummy
Thanks for the post. Interesting stuff. I especially liked the guy whose metabolic rate shot up by 30% and gained muscle but little fat. So what happened to his metabolic rate when he stopped eating so much I wonder.
hi stag,
i had an experience not eating any food for about 3 days, and only drink a water from dispenser, my life while being a student is so horrible, dont want to think about it anymore, but still thinking lol
n now already working, eating a lot, 5-6 meals perday, but still, my weight cant even reach 60kg, and last month lost another 2kg, weird 0_o what happen to me?
I found this fascinating. Thanks for posting it. I wonder how habitual dieting (i.e., eating in a way that is presumably not what your body needs or wants) affects these processes. The volunteers were all presumably normal eaters before they began the experiment.
nak beso amalkan diet aku..makan tido rukuk,jangan buat aper2 selain menghadap facebook..aahh..ko pon makan bukan selaloo abih.amik jer banyaak
saya kurus dan saya adalah seorang penagih… tp ta pnh pown org kte sy penagih.. kenapa? kenapa mereka ta nmpak diri sy yg sbenar!!!!!!!! ahhhh dunia pancaroba yg kejam!!
memang mentaliti rakyat malaysia mcm tu, fikir hanya negatif je dia tau
Aku pun kurus gak,makan kuat tapi badan same je hehe..mgkin disebabkan rokok n jarang tido pg sbab aku on9..Orang nk ckap aku penagih ke..aku wat bodoh jer…
kalau dah kurus tu janganlah biarkan serabut. kemaskan diri pakai smart-smart bagi ensom. kan semua orang suka. ni tak rambut dah la macam ape-ape….betul tak.
Walaupun entry nie dh lame tapi xpelah aku nk komen jgk…. aku nie perempuan.. kurus sehhh.. org penah tanya kat aku “kenapa kurus sangat? xcantiklah”.. ape ke bodoh sgt soalan dia, adakah manusia yang menentukan kurus atau gemuk?bukankah itu semua takdir dari Allah?kita hanya lah berusaha sahaja kan? penah juga orang kate aku tengkorak kering & zombi.. adoilah nak menangis rasa… apakah aku boleh jawab soalan tu? aku xnk pk, tp aku terpikir jgk, cakap nak buat bodoh tapi dalam hati tetap xboleh nak buat bodoh jgk….