Aku tengok sekarang nie sudah ramai yang menceburkan diri untuk menjana pendapatan di dunia internet samada separuh masa atau sepenuh masa.. Dan aku juga melakukannya walaupun tidak secara keseluruhannya.. Apa yang pasti dah lama aku terfikirkan untuk menjana lebih lagi pendapatan dengan melakukannya sepenuh masa..
Yang menjadi penghalang sudah tentu diri aku sendiri yang masih tak berani untuk menceburkan diri dalam arena ini.. Tak berani nak mulakan dan tak berani lakukan perubahan..
Sebenarnya dalam kepala otak aku nie sentiasa terfikir idea-idea baru dan segar yang pada aku pasti akan menguntungkan jika aku melakukannya.. Disebabkan aku takde masa yang banyak untuk melakukannya, aku hanya mampu mencatit idea-idea aku dalam buku nota dan olahkan di dalamnya.. Takut tak akan kekal lama dalam kepala otak aku nanti.. Dan sekarang buku nota itu dah hampir penuh dengan idea-idea aku..
Bila keberanian aku tu nak datang aku pun tak tau.. Ye lah.. Kalau aku nak buat sekarang jangan harap.. Kerja aku sangat penat.. Selalunya aku tak dapat online dengan lama.. Paling lama pun boleh tahan dua jam.. Lepas tu terlentang tido je lah..
- Sesi Soal Jawab -
Kenapa tak buat part time jer?
Aku dah cakap tadi.. Kerja aku perlukan rehat yang cukup.. Blog nie pun aku tengok kejap-kejap jer.. Nak tengok blog orang apatah lagi..
Buat la sikit-sikit, lama-lama jadi la dia..
Masalahnya aku tak suka buat kerja bertangguh.. Sekali buat biar habis.. Kalau aku buat separuh jalan, nanti aku lupa pulak nak sambung dari part mana..
Boleh yakin ke kalau ko berenti kerja then buat internet marketing nie boleh jadi? Kalau tak jadi macam mana?
Sebab tu aku cakap aku tak yakin lagi.. Aku tengah buat olahan yang sempurna dalam pembentukan perniagaan internet insya-Allah.. Bila aku rasa dah cukup, barulah aku mula.. Itupun kalau keberanian aku datang sekali la.. =P
Kalau tak jadi jugak macam mana?
Aku akan cuba dan cuba dan cuba sampai jadi jugak.. Takde yang mustahil kalau diikutkan dengan usaha..
Habis blog nie ada lagi tak?
Insya-Allah.. Akan ada.. Itupun sebagai diary agaknya.. Aku dah tak de pape untuk dikongsikan.. Kepala aku dah sarat dengan kecelaruan..
Aku akan meletakkan target dalam dua tiga bulan lagi insya-Allah..
Dibawah file: berani, internet marketing, keberanian, kerja, perniagaan, perniagaan apa yang aku nak buat nie?, perniagaan internet, tak suka, usahawan internet
hoho apa yg ko buat sampai tak ada ms lgsg utk blog dan perniagaan tenet scara part time?
aku keje la bro… kompem takde masa nak handle punya…
tidok pon best kan??? hehehehe
aku pon pening nak meniaga apa dalam tenet
ni… profit online tadek langsung.
[...] This post was mentioned on Twitter by menteil, menteil. menteil said: menteil.net – Perniagaan Internet? Aku Masih Tidak Berani: Aku tengok sekarang nie sudah ramai yang menceburkan di… http://bit.ly/9gKc4F [...]
aku pun akan mengorak langkah ke sana nanti. tgh explore dan mencari idea yg bernas
aku pun tak berani lagi… niah di hati nak try gak tapi macam risiko jer….. huhuuhu….
penting apa yg utama dulu
aku pun hanya mampu lakukan secara perlahan.
Untung setakat sikit-sikit je..
Tapi dimana ada kemahuan, insyaALLAH ada jalan..
Yang penting kita kena seronok apa yg kita buat..
sama la kita.. masih blom berani lg..
aku nak beli barang online pun tak berani, lagilah nak buat online marketing ni. memang keyakinan aku ke tahap paling bawah hahaa.
hoi! sukanya gambar mata tu. lawaaaaaaaaaaaa!
tak pernah try? jadi sila jangan cuba.. nanti ketagih macam aku.. haha..
pentingkan hidup dialam nyata dari alam maya..
maksudnya? kerja di alam nyata lebih bagus dari di alam maya?
Salam ni kali pertama mengomel kat blog ni. Bisnis online ni ada macam-macam termasuk juga adsense google. Ada banyak bisnis online yg tak perlu masa yg panjang di depan komputer yg perlu hanya strategi yg betul.
ya.. tapi apa yang aku rancang nie memerlukan masa yang banyak di depan komputer.. huhu.. lagipun aku sukar nak menumpukan pada banyak perkara..
apa pun thanks dengan nasihat dari otai IM kita nie.. =P
de hati gak nak kerja online ni biarpun part time jer.. tapi sumber tu, malas nak cari.. huhuuu
nak memulai perniagaan internet, mestilah perlu perancangan yang cermat. Mestilah tentukan goal terlebih dahulu.
dalam apa jua bidang yg kita ceburi,kita kena cuba dulu..baru nampak jalannya…
aku baru jer berjinak-jinak ngan perniagaan internet ni… dan yang pasti bukannya program2 mengarut yang entah betul entah tidak tu.. :p
perniagaan internet jenis cmne 2 ek?
aku jual hosting skrg bro… not bad… sbg org baru dalam industri hosting antarabangsa… :)
masuk jer google advert.ko post iklan kat page ko.dapat la skit2 duit kopi.
buat aje bila dah berani. :)
betul tu, saya pun belum bersedia untuk terjun ke dalam perniagaan online…sbb rasakan belum bersedia dan kekangan masa
hoho, internet marketing, i loike my new job. mmg best, tapi kena hati hati, jgn silap pilih yg scam. aku baru 2 bulan, macam macam aku try, CPA, PPC, affiliate, so far tak menghampakan. sbenarnya, mcm2 lagi bleh buat, klau ko pandai menulis esei resepi memasak kailan ikan masin, ko bleh offer kat forum (oversea) ade je org nak, maybe org akan beli resepi ko utk diselitkan dalam ebook diorang, bleh jadi good bisnes jugak an. hoho. tp kne ingat yg penting dlm internet elakkan benda2 berbau scam seperti klik klik jadi jutawan, mlm, matrix, getpaidto etc. :D
perniaggaan internet klau tahu cara yang betul dan ikhlas selain sentiasa menjaga hubungan dengan pelanggan sanagt penting bukan keuntungan semata-mata..
Salam, bagi saya marketing kat internet dgn marketing kat dunia luar lebih kurang sama…konsep die kita kena carik volume(yang in kita kena belajar) cuma perbezaanya kat internet nie kita tak perlu keluar dan banyak belanja. Gunakan seperti iklan google, facebook iklan berbayar nie…supaya kita dapat reach kita punya target. Faktor pemilihan produk juga penting untuk kita pasarkan. Kalau korang nak saya bole cadangkan satu biz affilate baru produk die mmg bakal hit di pasaran…upNetworktv macam astro ada lebih kurang 100++ channel tv ada axn,hbo,mtv dan lain-lain lagi. http://UPNetworkTV.com/?id=bigdaddy <—daftar sini. Selepas daftar guna kan iklan berbayar untuk promote. =) selamat mencuba.