Dalam sibuk² pon aku tetap nak update kat sini.. Hehe.. Biasalah.. Kena jugak amek masa menenangkan fikiran.. Dan cara aku tentulah dengan blog aku nie.. Apa cerita kali nie? Cerita diri sendiri la.. Bosan? Terima jer lah.. Haha…
Hari tu dalam sebok², aku tetap jugak mengenjoykan diri bersama kawan².. Ada sorang member internet nie ajak ke subang berjumpa kawan² kelab LClians.. Sesampai jer kat sana terkujat arnab aku (bak kata dieyla, arnab tu comel) bila tengok rakan² kelab ramai giler! Ada la dekat 100 orang..
Alamak! Apa nak buat nie? Adat melayu yang baik, jika berjumpa haruslah bersalam-salaman untuk menunjukkan er… tak tau lah! Tapi memang dah diajar dari kecik bersalaman nie seperti perkara yang diharuskan bila berjumpa..
Takkan nak salam sorang²? Letih ar aku.. Apa aku buat? Ini cara² yang selalu aku buat..
1. Salam sorang dua pas tu ajak sembang dan terus duduk..
2. Salam sorang dua dan angkat tangan dengan menghalakan pada semua dengan senyuman.. Maknanya dia paham la tu aku malas..
3. Terus amek tempat duduk dan angkat tangan dan cakap “salam semua!” (ini lebih sesuai kalau semuanya rakan yang rapat)
Tapi itu kalau ramai sangat.. Kalau setakat 10 orang no hal la nak salam² nie.. Tak berpeluh pon tapak tangan aku nie.. Kalau sanggup berjalan dan menghulur tangan elok la diteruskan niat murni tu.. Hehe..
Kalau kenduri pon mesti macam tu kan? Jumpa ramai orang dan bersalaman.. Pernah pegi kenduri kesyukuran atau doa selamat di kampung? Sebelum korang kena duduk, wajib rasanya untuk salam keliling dan baru boleh duduk.. Kalau la korang datang² terus duduk, memang kena usha panas la ngan pakcik² otai kat kampung tu.. Huhu…
Ermm… Aku tak tau la mende nie wajib atau tak.. Tapi yang pasti ia serupa adat kot.. Maknanya tak salah jika tak melakukan tapi terasa kekurangannya.. Baik diamalkan supaya tak pupus.. Sebab aku tengok anak² muda sekarang nie nak bersalam orang tua pon payah!
Korang macam mana?
Dibawah file: adat, adat bersalam, adat bersalaman, adat melayu, adat melayu gambar bersalam, angkat tangan, bersalam letak tangan dekat dahi?, bersalam orang tua, bersalaman, bersalaman gambar, bosan, doa bersalam tangan, doa bersalaman, facicon, gambar bersalam, gambar bersalaman, gambar bersalaman melayu, gambar orang bersalam, gambar orang bersalaman, gambar orang bersalaman besar, gambar tangan, gambar tangan bersalam, gambar tangan bersalaman, gambar tangan besalam, islam, kawan, kenduri, letih, logo, macam mana bersalam sama orang tua, member, orang duduk sambil bersalam, salam, salam bersalaman, salam dekat dahi, sebab bersalam dalam adat melayu, web
hehehe…betul tu kalau nak g kenduri, mesti nak salam keliling dulu…tu yg aku malas nak g kenduri tu…ekekeke
tak baik oo orang pompuan malas gi kenduri…
nanti kawin kang takde orang nak datang..
huhu…
mak aku selalu cakap macam tu…
hahaha…mak aku pun slalu cakap cenggitu…hahaha
ntah bila la nak insaf…ekeke
haah..letih bersalam dah tak lalu makan..
silap bersalam kang orang ingat sombong plak..haih
satu yang diya perasan kan. budak laki kalau berjumpa jumpaan sama diorang, mesti salam2 even tak kenal satu sama lain. suka tengok. hi hi hi
itulah yang aku ceritakan di atas..
nak tak nak kena salam jugak.. hehe..
lama menghilang? mana pegi?
err.. aku ke diya yg menghilang?
hahaha. comel la menteil ni. tergelak diya. haip. diya ke menteil yg menghilang? hik hik hik. diya ada je ni. memerhati je lebih. =p
oh! tiba2 aku pengsan…
……….
masih pengsan….
jangan cakap cam tu..
sebab menteil memang comel..
haha…
huhu.. bg tips nmpak. tp betul bro, aku misalnya.. klau member aku bawa aku jumpa member diorg mcm tak sah je jumpa tu tak salam even aku tak kenal. mcm terasa yg aku ni sombong sangat klau x salam. huhu..
tp klau byk sangat nk kena salam, yg jauh tu aku akan angkat tangan je la jawabnya sbb aku yakin yg diorg pun tak kisah sbnrnya kalau aku tak salam. wakakaka.
er.. itu cara aku la.. bukan tips..
sila jangan ikut k.. hehe…
kalau dengan kawan2 ok la..
tapi dengan orang2 tua nie payah sket..
Bersalaman tuh mengeratkan hubungan silatulrahim. So, jgn malas nak besalam k. Tak pelu nak salam dgn seme org kalo telalu ramai, sebaiknya besalam dgn org yg paling hampir ngan kita atau kat tpt yg kita nak duduk. :)
hehe.. baek kak…
betul la tu..
cara yang paling disenangi mungkin…
:D
salam dgn org terdekat yg menjadi laluan kita ke tempat duduk
faham kot apa yg kak jie maksudkan.
Ish..melampau tu kalau 100 orang kau nak salam? aku rasa kalau parti macam tu, kau salam yang kau kenal je, kalau kau xde yang kau kenal, kau salam yang kau nak kenal je.hehe
pada bozzo masa masuk jawi dulu lah yg paling best salam ngan org…salam berisi…he he he…
aku rasa cukup kalau kau cakap kuat kuat…
“Assalamualaikum semua!!”…
ehehehe.. ko x penat dan takde yg berkecik hati sbb ko x salam..
aku setuju dengan khai…
hohoho…
biar semua orang sedia maklum …
mwahahaha
bersalam tu….
dah memang adat…
cakap “assalamualaikum” pun…
mesti gak bersalaman gak….
huhuhu… salam keliling…
aku ingat salam keling.. biaser ar
nko ngan si khai kan pobia pasai keling
ni… hehehe ops.. sentimen. sentimen
sorry…
seingat aku salam keliling yang pernah
aku abeskan mase aku khatam alquran
mase aku darjah 5.. pergh.. dah la surau
kat kampung aku tu besar macam masjid…
orang yang datang plak ramai… adoi ai..
tapi setiap salam mesti bukan dengan tangan
kosong… yang seronok.. keliling salam..
keliling la dapat duet.. yehaaa~
besoknye… aku dah tak bleh nak salam
keliling orang plak datang ziarah aku.
hahaha… sebabnye keesokan harinya
aku diistiharkan sebagai orang dewase..
keh keh keh.. so terbaring jer la.
tapi still dapat duet.. yippiiesss~
best gile zaman kecik kecik…
boleh lagi skali tak?
ish ko nie..
tak baik cakap macam tu.. hehe…
sama macam bozzo ar nie salam berisi…
kalau aku malam last baru dapat..
tunggu kawin ar bro..
dapatkan anak..
hehe….
alahai begitu la ye..hemmm:baik2:
hohoho..bila la aku nak boleh dapat sebijik LC ni..nak jugak wei !
haha.. angkat la sebijik wei..
bukan mahal pon..
leh join club..
:baik2:
hai!
kalau shaye..shaya salam dua org terdekat je.Betul.kalau dorg tak pandang muka aku.jgn harap aku nak salam.hehe..tapi saya baik orgnye~
erk? macam tu pulak? sombongnye.. haha…
Kelakar plak salam keliling..
Tapi aku ada lain macam cara budak2 zaman sekarang salam cium tangan.. bukan cium tangan, tapi diletakkan kan dahi diaorang (adakah ini cara baru mengelakkan tercium bau belacan??) :P
haha… kalau aku dekatkan kat idung jer..
cium bau, bukan cium mulut.. haha…
macam pelik plak letak kat dahi.. haha…
… aku pon rasa pelik!
Kalau kat kenduri mmg kena pakai bukak bunga…lama tuh nak salam nga org kampung….kalau nak kena cop anti sosial .Huhuhh
Senang citenya akalau pegi umah orang kawin, mst kena bukak bunga pnjang. Yela….nak salam ngan orang kampung…huhu..bukan kampungboy…kalau xsalam kata smbong, anti sosial….mula r nnt soksek
hoho..org laki kire okay lagi sbb slm simple gtu je..org pompuan cium pipi kiri kanan agik..kalo kat surau or masjid lagi lah..kalo nak blah gtu jerr, nmpak cam biadap plak kan..:alaa:
aku salam pandang muka dan senyum.. hehe
hoho.. 1st aku nak komen favicon ko dah dalam mood chenta ke neh..hehehe.. pink agi tuh.. ape kata ko tuko link kaler biru jadi pink..hehehe….
ok ckp tentang LC dan perjumpaan di subang, nape la ko tak dtg jumpa aku dulu.. hahaha. waktu balik ke… lets me be the 1st.. miahahaaa..
tentang salam…, mmg betol lew takkan nak salam keliling ye tak? kalo aku angkat tangan aje pada semua… tapi salam yg mana betol2 kenal aje.. hehee…
heh! aku penah pakai lama dulu facicon nie..
aku sedang mencari cinta ar.. haha…
la… ko tak gtau.. haha..
nak kontek ko pon aku tak tau..
inikan pulak nak jumpe…
letih bersalam satu hal
yg ppn ni nak salam nak cium2 pipi aku yg xberapa nak kenan ni terpaksa lar…huhuhu
kalau aku, aku angkat tangan dan ckp assalamu’alaikum je..sambil senyum dan tersengih2..
tapi, better salam semua la..kalau larat la.
Kalau larat salam sumer laa….kalau tak just senyum sambil anggukkan kepala…..
bila ko sebut psl salam² masa kenduri kesyukuran, baru aku teringat yg aku jrg sgt salam org lain sebelum duduk. tak terniat pun tak nak salam. sebab salam tu tak diamalkan oleh aku sendiri, maka aku jd begitu huhu. thx menteil sedarkan aku. kena amalkan salam mulai skang
Nabi S.A.W bersabda ” siapa saja dari 2 org Islam yg beriman bertemu lantas saling berjabat tangan kecuali Allah s.w.t mengampuni dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah.”