Kelahiran Semula

Dia bakar lagi Nusantara hijau.. Biasalah masa poket kering cuma rokok RM3.00 itu sahaja pilihan yang ada.. Tak macam selalu, Dunhill menjadi teman setiap hari.. Sambil berbaring diatas katil dia menghembuskan asap yang sudah merosakkan jantungnya itu, dia termenung lagi memandang siling bilik berkunci itu.. Bermacam gambaran yang terlukis pada hamparan putih diatasnya itu.. 

Dengan tangan terletak pada dahi, matanya terus menonton gambaran kehidupan rakan-rakan sebayanya yang sudah berjaya.. Pada gambaran itu juga terdapat seorang insan yang duduk keseorangan sunyi tiada sedikit kegembiraan pun terpancar pada wajahnya.. Diamatinya betul-betul siapakah pemilik wajah sunyi itu.. Setelah dia yakin baru dia sedar itulah dirinya sendiri! Sunyi! Bukan sunyi tidak berteman, tetapi sunyi tidak berharta!

Makin laju asap rokok keluar dari mulutnya, dan semakin kasar hembusan angin yang mendengus.. Agaknya berulang kali dia menggelengkan kepala mengenangkan kehidupan sendiri.. Baru dia sedar dia sudah tersalah langkah.. Ternyata dia belum mampu menguruskan kehidupan sendiri.. Disiplin yang tidak pernah mahu erat padanya juga menjadi faktor.. Masakan tidak; bangun lambat, solat tinggal, kerja sekejap, main banyak.. “Aihhh…” Menyesal dia dengan cara hidupnya yang tidak berdisiplin..

Pantas dia bangkit dari pembaringan, terus terduduk, tunduk menghadap lantai.. Disandarkan kakinya kedalam lengan sambil jari-jemari tangannya bersilang erat bersama.. Genggaman itu semakin ketat bila dia memikirkan cara.. Semakin lama semakin sakit jari-jemarinya sama agresif mindanya berfikir.. Akhirnya dia tekad! Ya! Perlu berubah! Pasti! Selamat tinggal dunia internet, selamat tinggal dunia blog!

Komputer ribanya dijual, talian internet ditamatkan perkhidmatannya.. Dia begitu tekad mahu meninggalkan dunia internet.. Ke serata tempat dia menjual diri mahu menceburkan diri dalam dunia pekerjaan.. Ke pelusuk syarikat diberinya resume pengenalan diri.. Bukanlah dia tidak pernah berkerja sebelum ini.. Cuma sudah agak terlalu lama dia meninggalkan dunia itu.. Setiap minggu, dua tiga kali dia berpakaian kemas menghadiri temuduga.. Masya-Allah teruji hidupnya bila menunggu setiap satunya untuk diberi perkhidmatan..

Bukan semua diberi nasib yang baik.. Bapanya sendiri sudah bosan bertanya kemana dia pergi setiap kali berpakaian kemas, pasti mendapat jawapan yang sama; “interview”.. Ibunya tak putus-putus beri kata peransang, berdoa disetiap solat.. Dia semakin tumbang tak mampu berdiri mengenangkan nasib yang tak pernah mahu lekat yang baik.. Percaya dengan rezeki tuhan, dia terus mencuba.. Cuba dan terus mencuba..

Diubahnya cara hidup.. Benar orang kata; “bila dah susah baru nak ingat tuhan..” Samalah sepertinya.. Berusaha dia tidak meninggalkan kewajipan seorang muslim.. Dipanjatkan doa memohon keberkatan kehidupan dunia ini.. Beberapa kali dia menahan air mata seorang lelaki dari tumpah di atas sejadah.. Tapi sekuat mana pun manusia pasti akan tersungkur bila sedar kelemahan sendiri.. Ternyata tuhan masih mahu memberinya peluang..

Setelah agak lama juga dia menunggu, berkat doa dari ibu, berkat sokongan keluarga, berkat usaha diri sendiri, akhirnya tawaran tak putus-putus tiba mengajak dirinya melangkah ke alam pekerjaan.. Alhamdulillah.. Walaupun dia kini kembali merangkak dia masih tetap bersyukur.. Kerana dia pecaya suatu hari nanti dia pasti akan berlari!

Cuma satu yang ditakutinya, takut dia kembali dengan kehidupan lalu yang lalai.. Minta dijauhkan.. Amin ya rabbal alamin..

Nota Kaki;
1. Maaf dengan bahasa yang tidak baik.. Sedia maklum sudah 6 bulan tidak merangka cerita, jadi agak kekok untuk mula bicara..
2. Terima kasih pada anda yang masih sudi singgah di teratak buruk ini..
3. Selamat ulang tahun untuk diri sendiri

Dibawah file: , , ,

19 Komen untuk "Kelahiran Semula"
  • Atiqah Nasir October 11, 2011 at 9:35 am

    Selamat hari ulangtahun kelahiran. Moga Allah beri kebaikan disepanjang umur dan di sana nanti.

    P/s: cerita benar kah ni? :P

    • menteil October 12, 2011 at 12:51 am

      Amin… terima kasih.. ya, cerita benar seorang insan.. =P

  • Fazrol October 11, 2011 at 12:27 pm

    Selamat ulang tahun!
    Akhirnya dah ada udpate dari salah satu blog feveret aku…

    • menteil October 12, 2011 at 12:52 am

      Wah.. terima kasih… =)

  • umie October 11, 2011 at 9:21 pm

    selamat hari jadi…=) .semoga panjang umur murah rezki amin…best la baca blog awak..tahniah..^_^

    • menteil October 12, 2011 at 12:53 am

      Aminnn… terima kasih ya.. =)

      • umie tahirah October 14, 2011 at 3:34 pm

        =)

  • Mr Final October 12, 2011 at 12:29 am

    selamat ulang tahun menteil~ best wishes utk segala yg sedang kamu usahakan :)

    • menteil October 12, 2011 at 12:54 am

      Thanks bro! Mana blog kamu?

  • Kujie October 13, 2011 at 7:23 am

    sebelum dapat taip komen ni, kena hembus² abuk 14 inci :p

    lepas tu termenung – kekok nak bersapa bicara, maklum dah lama keyboard kelu :p

    apa pun – selamat ulangtahun kelahiran yang dirahsiakan ( #retis, kan ) – semoga segala yang akan mendatang dalam kesejahteraan.

    • menteil October 15, 2011 at 12:01 am

      Hahaha.. ayat pertama tu agak pedas juga..

      Eh? Saya ada rahsiakan ke kak jie? Ada gitau lah.. apa pun, thanks! =)

  • suffer8zine October 17, 2011 at 2:55 pm

    hai… test komen :D chersss

  • samanosuke_04 October 18, 2011 at 10:58 pm

    lek bro, rezeki ade kat mane2.. jangan berhenti berharap.. doa byk2..

  • fiezaradzi October 21, 2011 at 12:55 pm

    alhamdulillah, nampaknya diberi peluang kedua. tak semua org dapat.. moga lebih tabah lepas ni.. usaha.. usaha..

  • Nia Ridzwan October 31, 2011 at 1:22 am

    Wah, happy belated birthday!

    Semoga berjaya dengan dunia baru dan semoga istiqamah dengan perubahan yang dilakukan. Ujian tu asam garam hidup. Ujian hebat untuk orang hebat :)

  • hafidz November 3, 2011 at 1:43 am

    selamat ulang tahun ya. moga panjang umur murah rezeki. dan teruskan berblogging ;)

  • cidimidi November 12, 2011 at 7:44 am

    Alhamdulillah :) smoga berjaya..

  • paktam December 2, 2011 at 10:10 pm

    salam
    sedih ku mendengar cerita ini…..
    ‘jgn lap di jlan yang lurus’

  • Syukri909 December 11, 2011 at 4:05 pm

    selamat ulang tahun ya. moga panjang umur murah rezeki. dan teruskan berblogging ;)
    smoga berjaya..

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog