Seronoknya Menjadi Seorang Student

Teringat aku dulu masa aku masih lagi menjadi student, selalu aku merungut “kalau lah aku keje terus je dulu kan bagus! xpayah nak pening kepala otak nak study, hidup pun senang ada duit!” Selalunya aku berkata macam nie sewaktu menghadap nota-nota dan modul-modul yang ada untuk menjawap exam keesokan hari. Dan orang yang selalu meracau pada malam exam dah tentulah aku orangnya..

Ok.. Aku mengaku dulu kehidupan aku sangat enjoy sebenarnya.. (baru sekarang aku mengaku kehidupan seorang student sangat seronok).. Kenapa aku cakap macam tu? Meh aku uraikan secara peribadi;

Kalau waktu aku jadi student, masa aku memang banyak sangat, (sampai xtau nak isi macam mana lagi, huhu).. Apa lagi, internet la! Sebab tu menteil.net nie tercipta semasa aku menjadi student dulu.. Sekarang? Huh! Balik keje, buat report keje, terus terlentang! Tido! Bangun pun memang ada masa nak update blog, tapi tetap malas nak menaip entry.. Sebab tu kalau nak buat entry baru, aku takkan karang di laptop, tapi aku buat dalam handset! FYI, 90% entry menteil.net untuk tahun ini, semuanya dibuat didalam handset! Aku cuma email kemudian baru edit di laptop..

Kalau dulu memang tak menjadi masalah bagi aku untuk berjalan-jalan ke blog kawan-kawan aku dan meninggalkan jejak.. Sebab tu dulu menteil.net ramai responder dari rakan blog.. Sebab aku rajin melawat blog orang lain! Sekarang? Huh! Memang tak macam dulu, kalau aku lawat pun tak akan meninggalkan jejak.. Sebab nak memikirkan komen pun dah tak terdaya dah! Tak mustahil lah sekarang ni menteil.net menjadi sunyi! (opss! Aku tak pernah menyalahkan pembaca aku sebab ini memang salah aku sendiri!).. Sebab tu sekarang nie aku sudah tak berapa kisah jika respon yang aku dapat tu sikit..

Kalau dulu sewaktu aku jadi student, aku boleh buat banyak blog.. Memang tamak giler! Sebab aku punya banyak masa nak handle.. Sekarang? Huhu.. Nak handle menteil.net pun dah malas.. Aku tak kisahlah jika ada yang maki aku untuk ntahla.net.. Aku nak buat macam mana kalau tak ada masa?! Sebab tu sekarang aku suka layan tumblr.. Simple n easy!! *psstt.. Sape nak beli ntahla.net? Huhu..

Oklah.. Habis untuk dunia internet, kalau larat lagi nak baca sila teruskan.. Aku nak masuk perihal peribadi pulak..

Kalau dulu masa aku jadi seorang student dah tentulah waktu yang paling tension ialah masa nak study untuk jawab exam.. Ditambah pulak risaunya hati kalau fail, ahh kena repeat paper pulak! Sekarang? Tiap-tiap hari aku tension! Tension pasal keje! Waima waktu cuti pun boleh tension memikirkan kerja yang bakal aku hadap nanti.. Dapat bezanya? Tension pun paling lama seminggu dua je masa aku jadi student nie.

Kalau dulu masa aku jadi student, tiap-tiap hari pun aku boleh dating walaupun aku lebih sayangkan blog aku daripada awek sendiri.. Sekarang? Susah lah jack! Aku cuti tak menentu, kadang-kadang hari rabu khamis pun aku boleh cuti.. Nak dating jadahnya kalau aku cuti dia keje, aku keje dia cuti.. Huhu..

Kalau dulu masa jadi student memang banyak cuti.. So senanglah balik kampung jumpa mak bapak, jumpa kawan-kawan, jumpa si gadis-gadis.. Sekarang?! Cuti aku pun terasa penat keje lagi.. Alahai… Cuti pun tak lama..

nota kaki;

1. Ini bukannya pernyataan umum, sebaliknya aku sendiri.. Sebab kerja kita lain-lain.. Mungkin kerja korang tak seteruk aku, so takde masalah-masalah macam yang aku hadapi.. Tapi aku bersabar je la untuk kebaikan diri sendiri.. Susah dulu senang kemudian kan?

2. Ini entry kedua untuk tahun ini aku merungut pasal kerja aku.. Penatnya Kerja – Ini untuk versi pertama

3. Seronok aku bila pensyarah aku kenal aku lagi masa aku datang amek sijil graduasi minggu lepas.. Anda memang pensyarah terbaik Puan Rohaza!

4. Semakin ramai yang menggunakan tumblr! Aku suka!

Dibawah file: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

24 Komen untuk "Seronoknya Menjadi Seorang Student"
  • Jaws May 8, 2010 at 8:35 am

    hurm..
    dulu aku masa praktikal cam ko gak..
    tension giler keje..
    time belajar ni enjoy jer..
    tak g kelas pun ikut suka jer..
    byk masa terluang..l
    tidur pun ikut suka bila2 nak..
    hurm..aku nak cari kerja yg paling tak sibuk dan kurang masa kerjanya.,.
    supaya aku boleh buat benda yg aku minat..
    akan aku cari satu hari nanti.

    • menteil May 8, 2010 at 9:09 am

      Itulah.. Aku pun sekarang tengah nak carik kerja macam itulah.. Mungkin belum ada rezeki aku lagi..

      Banyak yang aku rancangkan masih lagi terbantut.. Huhu..

  • .::wanie::. May 8, 2010 at 8:44 am

    so kire masa student ko kurang sikit membuta, skrg dah keje ko kaki membuta

    gitu?

    ahahahahaha…

    gadis-gadis?

    • menteil May 8, 2010 at 9:10 am

      Huhu… Setuju sangat2.. Memang macam tu lah..

      Kenapa dengan gadis-gadis? Salah cakapkah? Hehe..

  • [...] This post was mentioned on Twitter by menteil, menteil. menteil said: menteil.net – Seronoknya Menjadi Seorang Student: Teringat aku dulu masa aku masih lagi menjadi student, selalu ak… http://bit.ly/dA39dt [...]

  • zaryl May 8, 2010 at 12:48 pm

    aku sokong.sbb situasi aku pn mcm ko gak.
    apakan daya…

    • menteil May 8, 2010 at 7:39 pm

      nak buat macam mana kan.. sabo jer la..

  • beliamuda May 8, 2010 at 7:16 pm

    situasi aku dan rakan-rakan sekarang ni, tak sabar2 nak gi latihan industri sebab rasa cam dah tension sangat dengan studi. entah macam mana bila dah start LI nanti…

    • menteil May 8, 2010 at 7:41 pm

      kalau LI nanti rileks je kot..
      tension pon bila nak buat report..
      lagi2 orang yang buat last minutet (macam aku) hehe..

  • MrFinal May 8, 2010 at 7:42 pm

    oh.. oh… aku dah rase dan alami dah ape yg ko ckp tuh.. kitaaa serupaa laa beb, seb bek skrang still masih ley consider diri student… hohoho.. tp adelah xsame cam student pada waktu dlu.. aish…. tapi sempat ah skit2 dan hanya kalo kesempatan.. utk berblog… weyh pejadah tumblr tuh.. story sket~

  • Kreuger May 8, 2010 at 8:49 pm

    normal la tu.. bile dah kerja ni.. jangankan nak kate balik ke kampung.. nak telepon mak ayah kat kampung pon kadang-kadang tak sempat. bila dah balik rumah.. dah mula rasa penat. then tido.. terus tak tepon kampung.

    mase belajar plak yang paling malas adalah nak buat homework.. hahaha…

  • jawatan kosong May 9, 2010 at 5:56 pm

    macam itulah manusia, tak pernah puas adanya. Dulu saat masih student ingin sekali rasanya terus kerja, setelah kerja, ingin kali rasanya jadi student lagi.. manusia.. manusia..

  • [...] erkk… saya gunakan SEO Smart Link. Sila lah cuba di sini. Info tersebut telah disebarkan oleh Menteil dan Just Khai Nota3: Tengah buat persedian untuk jadi penulis jemputan kat blog akak kita. Tengah [...]

  • azizuan May 12, 2010 at 2:25 am

    aku baru ja say babai kat zaman belajar..ni yg buat aku maleh nak kerja lak neh..haha

  • myadlan May 12, 2010 at 11:22 am

    sama la aku pun. tapi sekarang bila wat keje freelance, lagi la tak byk masa nak update blog. tapi time sekarang ni lagi banyak buat duit dari time student!

  • zikzik May 13, 2010 at 10:54 am

    masa jadi studentlah paling bestt… yeahaa!!

  • chempaka May 13, 2010 at 9:31 pm

    Itu la… aku tersangat la rindu time study dulu…
    Best ada cuti lama2.. skang cuti 2 hari jer satu minggu…
    Best sebab leh pilih kelas waktu apa nak pergi… skang setiap pagi kena g kerja sampai la ko benti kerja… huuhuhu…
    Best sebab macam harga student price dapat… skang semua kena bayar sendiri tak pun bayar penuh…
    Best sebab ramai kawan.. skang orang yang ko jumpa semua dak opis jer la… balik keje dah penat nak berlibur…
    Best sebab leh layan tv tanpa had.. skang kena limit sbb penat…
    Best sebab waktu tido flleksibel.. skang dah kena tido awal.. huhuhu…

    sekian wsalam…

  • titan May 14, 2010 at 9:07 am

    tau takpe. Zaman kerja ni, lain sikit dengan zaman belajar dulu tu..

  • abrar May 15, 2010 at 4:06 pm

    dan tidak lama lagi aku akan meninggalkan saat ini sebagai seorang student. rindu banget dengan masa ni…

  • SAHabat May 20, 2010 at 10:33 am

    seronok2 gak..nie aku ader satu task..sasaper ader taw cmner nak decrpt image?ader mner2 software tak.aku nak decrpt gambar anak najib tengah mengawan..

  • ahmadhaikal March 8, 2011 at 7:52 am

    huhu, best zaman student ni. riang ria. Bebas. Macam dunia ni ana yang punya walaupun kerja sekolah berlambak kena siapkan..

  • ieman March 28, 2011 at 3:11 am

    ahaha..mmg best jadi student..cume duit r payah sikit..

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog