Aku semakin hari semakin sakit otak bila memikirkan ragam manusia.. Ye.. Aku tak kisah kau nak bikin onar apa sekalipun, tapi bila itu melibatkan aku, boleh bikin hati ini panas! Tak akan lah setiap kali kau buat aku kena tegur.. Aku tak pernah pun dibayar gaji sebagai penasihat peribadi..
“ah tak apelah.. Si polan kan pandai.. So xpayah risau..”
“alamak aku tak boleh buat la.. Nasib si polan ada..”
“pergh.. Malas gila la.. Untung si polan tu rajin buat kerja..”
Sebenarnya semua dialog diatas akan terpacul di dalam hati tatkala diri itu sudah ditanam mati sikap kebergantungan pada orang lain.. Maka dah menjadi wajiblah tindakan seterusnya adalah duduk diam langsung tiada niat untuk bertindak..
Bagaimana sikap ini terbentuk? Yang pertamanya adalah ‘malas’, yang kedua sebab ‘malas’ diikuti pula dengan sifat ‘malas’ dan begitulah seterusnya cik adik abang dan kakak oi.. Kenapa tiada sikit pun refleksi untuk mencuba atau bertindak?
Agaknya sampai bila mereka ini mampu hidup? Tak akan la mahu sampai makan pun orang lain yang tolong suapkan.. Boleh terima lagi tu.. Kalau berak pun nak orang lain basuhkan? Ambil parang kasi tetak kepala dia..
Apa jadi pulak kalau tempat bergantung dia itu hilang? Ahh!!! Aku percaya orang ini akan berusaha untuk mencari ‘tali’ yang baru.. Eh? Pandai pulak dia berusaha? Pelik kan?
Sikap itu seperti kayu! Bila ia sudah dibentuk maka kekallah ia begitu.. Tunggulah usia yang berkuasa mampu mengubahnya.. Maaf, aku tahu ada yang tidak setuju.. Tapi memang itu yang aku nampak!
*Created; April 06, 2010 @ 04:48, Schedule for: May 11, 2010 @ 20:22
Dibawah file: bergantung, blah, gantung, kerja, onar, perangai, serabut, sifat, sikap
[...] This post was mentioned on Twitter by menteil. menteil said: menteil.net – Sikap Terlalu Bergantung: Aku semakin hari semakin sakit otak bila memikirkan ragam manusia.. Ye.. A… http://bit.ly/aEnLEZ [...]
Betul la tu, kita tidaklah boleh selalu bergantung dengan orang lain. Kita harus bisa sendiri. Kalo tidak dicoba siapa yang tahu.
bila dah jadi seperti satu jenis budaya.. susah nak tinggalkan.
kalau kita ‘nampak’ situasi mcm tu pun apakan daya kita kan?
kat tempat aku pn mcm tu. ‘nampak’ tapi tak terdaya sbb takde kuasa.
sbb tu kadang2 aku berangan jugak utk berada di tempat lebih tinggi utk senang
aku nak ubah budaya buruk, salah satu mcm yg ko ckp tu.
nak ditegur seba salah. tak nak tegur menjadi2. kat blog je la pun yg boleh dijadikan
tempat meluahkan.. huhu
sebab tu lah tercipta menteil.net hehe..
tak pernah terbayang untuk merasa di tempat yang tinggi, cukup sekadar apa yang ditegur diterima.. bukan buat tak tau..
aku tak nak benda nie dicop budaya..
belajarlah berdiri di kaki sendiri
jgn terlalu mengharap
hohoho.. relax arr bro.. kenapa x cool nih… x menteil laa gini… hohoho. [doa orang yg malas2 tuh tersedar lah... ameeenn]
Rilex ar menteil. Ko kene buli ke? Huhuhuhu
aku tak anggap ini membuli, tapi mendajal..
bukan nak muji diri sendiri, tapi aku jenis tak berkira dengan kerja.. dah nama pun tanggungjawab kan..
mmg mcm itu. aku faham perasaan ko, sebab OHSAS, ko tau OHSAS? kalau kompeni lain siap bukak dept lain suruh buat benda tu. Tapi aku galas sorg. orang lain tak nak amik tau. Bila mintak tolong sume cakap tak tau.. even aku tak tau pun aku harus buat-buat tau dan cari sumber mana yang boleh.
Bila ditanya aku jwb seorang, bila salah, aku salah seorg, bila ada progress org lain yg kene puji.
Bila aku mc masuk spital ni keje tu tak jalan, semua sentap ngn aku. Padahal aku keje bhgn akaun. Xdek kene mengena ngn benda2 ni.
Jadi aku faham perasaan ko menteil. Mereka akan nampak kita bila terdesak je. tp sbb kerja, satu kompeni sama2 cr makan nak berkira pun salah, tak berkira jadi gini la..semua longgok kat sorg jek.
erk! ko lagi bengang dari aku rupanya.. macam sama je situasi kita nie.. aku pun rasa macam tu jugak,,
tapi…
aku tak tau apa itu OHSAS..
sila terangkan puan wanie yang baik hati..
setuju! =.=”
benar.. kekadang pelik bila org keliling hanya mengharapkan org yang diharap itu buat kerja….
belajar perkara baru langsung taknak.. dibibir mereka hanya meniti perkataan ‘tak tahu la’ ‘entah’ dan memacam lagik benda yang x patut diucapkan,.,.
patutnya … bukan perkataan itu yang dikeluarkan… ambil langkah drastik utk bertanya sekiranya tak tahu,…
kan dah dapat ilmu
dah dapat ilmu leh dikongsi..
jgn pulka kedekut simpan sengsorang….
ini dah la malas…
ada ilmu taknak kongsi….
apa pun tepuk dada tanya selera lah..
kalau nak majukan diri memacam boleh buat dari mengeluarkan perkataan tak tahu dan tak membuat apa apa…
emmm pikir pikir kan laaa.. :D
perkataan lain yang menyakitkan hati
“malas la…” “nanti la..”
pernah jugak merasa oraang yang tak tau tapi tak nak bertanya..
akhirnya aku sendiri yang susah.. dia punya pasal, aku pulak yang kena setelkan.. cis!!
ada masalah ke encik menteil? aku rasa ko tak penah ada probs hahaha
menteil……calon menantu ni..rajin budaknya
hjehehe
ouh… tak boleh hantar merisik ke kak jie? huhu..
ramai sekarang yg bersifat sebegini.. dan satu lagi ambil mudah.. maaf, tapi ramai student yg saya lihat sebegini.. ubah sikap jika benar2 ingin berjaya
enchik menteil..berdasarkan firasat hamba yang tua ini.
dan berdasarkan keputusan yang diputuskan oleh majlis raja-raja malaya
adalah dengan ini berkata
“die suruh buat bodo sudah..bukan die bayar gaji ko pon”
sekian wassalam
en pian aka SAHabat.. ini bukannya pasal kerja yang disuruh.. tapi dah nama pun kerja.. memang dia tak bayar gaji aku, tapi kompeni bayar gaji aku.. so aku buat la kerja aku.. yg menjadi masalahnya, ada orang lain yang main lepas tangan.. semua serah dekat aku..
malas memang susah dipisahkan..huhu
sabar cik menteil..manusia ni mmg suka mengambil kesempatan kt org lain..lagi2 yg jenis tak berkira n rajin cam cik menteil ni..lgla diorg suka mendajal..kalau cik menteil buat taktau or tanak wat keje tu cmne?
er.. aku nie tak la rajin mana, cuma buat apa yang dah dipertanggungjawabkan.. itu jer..
hehe.. pasal buat tak tau tu (konon2 nak balas dendam la kan)
huh! tak jalan jugak.. last2 terpaksa la buat jugak..
biasa la….
lumrah kehidupan…
yang penting kita buat yg terbaik..
[...] Menteil – Aku selalu ckp dia mentel dulu sbb selalu ckp nak “habis belajar” dan keje keje..takde ckp nak berhenti pun [...]
haha.macam la ko tak faham. Itu la manusia akhir zaman nih sekarang..
aku ni kalau bab study memang tunggu orang je..sebab malas..jujur dan mengaku ni..haha..tapi kalau benda yang aku suka memang tak bergantung pada orang dah..one man show la jwbnya..
nak buat camner, dah segitu adanya
menteil..aku mmg setuju 200%..kat tempat aku pun same..suka sgt bergantung dan berkira..akhirnye..die telah memecatkan diri sendiri..habis cerita..
susah juga bile benda ni dah jadik sebati..sukar diubah, melenting bila ditegur..apa nak dikata?
selaku seorang pemalas, aku kecik ati..haha..
kena tambah sikit
pemalas + sangat percaya kat orang
kalau tak percaya tak kan nak bergantung..heheh