Tanah Kubur Itu Masih Merah Lagi

Minggu lepas, aku balik ke kampung dengan kadar segera selepas mengetahui jiran sebelah rumahku telah sampai masanya menemui tuhan.. Menceritakan riwayat hidupnya pasti bukanlah sesuatu yang enak.. Apakan daya, penceritaan aku ini mungkin dapat menjadi pengajaran pada sesiapa yang masih belum menghargai kehidupan dunia ini..

Pemergiannya membuatkan aku terkenang bagaimana dia secara tak rasminya menjadi atuk aku yang mana aku ini sendiri tak dapat merasai kasih sayang seorang atuk.. Aku memangilnya Angah, mungkin ada yang mengatakan seperti kurang ajar bukan? Tapi memang itulah panggilan aku padanya sejak kecil..

Angah, hidupnya simple.. Rumahnya pun hanyalah bentuk asal rumah FELDA dulu.. Siapa yang duduk di FELDA pasti tau bentuk rumahnya macam mana kan.. Tapi siapa sangka, dia punya harta yang banyak.. Cuma caranya yang suka hidup kampung sebegitu yang membuatkan dirinya tenang..

Anaknya cuma seorang, anak angkatnya yang seorang lagi dah lama menemui ajal.. Aku tak tau sangat mengenai kisahnya sebab tak pernah mengenalinya pun.. Anaknya yang seorang lagi adalah seorang ‘doktor’ dan juga sudah menemui tuhan kerana ‘kedoktorannya’ itu..

Tinggallah Angah dan juga isterinya berdua.. Nasiblah cucu² angkatnya masih ada mengingatinya.. Sudah menjadi pensejarahan perit hidup Angah agaknya, tidak lama selepas itu isterinya pula sampai waktunya disanyai tuhan.. Sedih jugak aku kerana di waktu ini aku tak dapat pulang ke kampung..

Selepas itu tinggallah Angah seorang diri meneruskan kehidupan yang sunyi.. Selalu cucu²nya membawanya tinggal di rumah mereka, tapi sudah menjadi ragam usia, hidupnya tak senang tinggal di tempat orang.. Biarlah dia susah hidup sendiri asalkan dia tenang..

Suatu malam selepas pulang dari kenduri arwah, Angah ditimpa kemalangan.. Masih lagi aku terbayang betapa peritnya Angah menanggung kesakitan sewaktu aku memapahnya masuk ke dalam kereta untuk dihantar ke hospital..

Selepas kemalangan, Angah tak bebas bergerak kemana².. Kesian aku tengok Angah tatkala dia mengesot kemana² untuk bergerak.. Alahai.. Sudah berlopak mata aku ini menahan air untuk turun, tapi sedaya upaya aku menahan agar Angah tidak tahu..

Sejak itu Angah selalu sakit².. Sudah menjadi nasib usia senja tidak mampu lagi menahan kesakitan.. Sehinggalah……………..

Selesai saja urusan pengebumian aku pergi mandi menyucikan diri.. Sedang aku berpakaian terdengar aku suara teriakan bertekakrama di rumah Angah.. Topik yang ditekakkan sudah tentulah harta! Sejak dari kubur lagi aku dah terdengar topik nie hangat dibincangkan..

Aduh.. Memang sudah resmi raja di hati manusia adalah WANG!

Tidak mahu mengambil tahu supaya tidak meyakitkan hati, aku keluar pergi melepak di tempat aku dan Angah selalu bercerita.. Terbayang aku senyuman gembiranya dulu sambil menghisap DUNHILL.. Sabarlah Angah.. Walupun aku ini selalu mengepau rokok DUNHILL mu, tapi aku masih tak pernah mintak sesen pun darimu..

al-Fatihah……….. Semoga riwayatmu di sana tenang………

Dibawah file: , , , , , , , , ,

24 Komen untuk "Tanah Kubur Itu Masih Merah Lagi"
  • mie March 23, 2010 at 6:48 pm

    siapakah yang sibuk ttg harta tu???
    septutnya banyak kan berdoa..
    bukan nya bertekak soal harta/….
    isk isk isk

    • azizuan March 23, 2010 at 7:28 pm

      mintak simpang la adik beradik aku dari wat perangai camtuh

  • mrkay March 23, 2010 at 8:08 pm

    Masing2 bukan anak cucu betul pon kan? cucu angkat kan? tak tau malu punya manusia.

    • menteil March 24, 2010 at 9:57 am

      aku rasa yang masuk campur orang luar.. cucu² hanya jadi mangsa je kot..
      aku pun tak berapa pasti la sebab tak nak amek tau.. myb la..

  • Hafizd March 23, 2010 at 9:11 pm

    stended masyarakat sekrang…bila meniggal jer bab harta menjadi no satu~ satu harta satu keluarga~!!

    mintak dijauhkan~

  • Wan Perlis March 23, 2010 at 9:59 pm

    tersentuh hati dan aku amat hina manusia ni(pasal harta)
    emo suda

  • jemari March 24, 2010 at 6:18 am

    al fatihah…..
    moga tenang Angah di sana…
    Kau,
    yg suke mengepau rokok dunhill angah,
    jangan lupa sedekahkan doa & al-fatihah..
    Moga kau tak lupa jasa angah….

    aku,
    yang membacanya…
    terasa insaf ,moga orang lain juga insaf…
    harta mmg penting tapi jgn dipentingkan diri kita demi harta?
    paham mksud saya?
    tak paham~~sila belajar untuk memahami

    • menteil March 24, 2010 at 9:58 am

      dah tentu la aku sedekahkan mana yang mampu..
      dan sudah tentu la aku paham.. =P

      • jemari March 24, 2010 at 9:11 pm

        hehe..sian ko kan..
        aku salu sangat komen kasar-kasar kat sini…
        sori r bro….
        harap ko tak kecik ati ngan gaya pengkomenan aku….

        • menteil March 25, 2010 at 9:41 am

          er… gaya aku reply tu ada macam marah ke? tak la.. aku ok jer… =P

  • Luth Textile March 24, 2010 at 12:47 pm

    anak2 angah tak tak hang ada blog, bro? ermm..
    aku taktau nak kata apa la.. kalau nk bincang tu boleh tapi agak2 la.. jangan sampai bertengkar.. ye tak?

    biasanya bagi abehla hilang letih dan lelah dulu, bru nak bincang itu ini

    • menteil March 24, 2010 at 5:30 pm

      aku tak pasti la dorang ada blog ke tak.. sebab dorang pon tak tau aku ada blog.. =P
      biasa la.. bab2 duit nie mana boleh tangguh2.. takut melepas pulak..

  • azizan4444 March 25, 2010 at 4:01 pm

    aku rase bnda ni da jd tradisi..bile ad yg mnggl..pasti la harta yg dibincangkn..pape pon jgn la mse arwah tu xde..isk3..

  • wanie March 25, 2010 at 6:42 pm

    aku tak paham betul orang yang gila harta ni

    apa cacat ke tak reti nak cari harta sendiri! nak berebut2 lagi

    hish

  • samanosuke_04 March 25, 2010 at 11:21 pm

    emo seyh post nie… bagus tapi, bleh ingat pasal mati.. takziah…

  • x-po March 26, 2010 at 9:30 am

    harta dan wang leh watkan orang bergaduh walaupun sesama adik beradik

  • mokteh March 26, 2010 at 7:21 pm

    rasa mahu menitis air mata baca entri ni
    dah la aku tengah layan music sedih ni
    innalillahi wa inna ilaihi roji’un
    kasihan arwah Angah….patutnya waris dia banyakkan berdoa untuknya
    walau pun bukan dia darah daging sendiri

  • Frantz-Senpai March 26, 2010 at 8:30 pm

    dalam bab nie, ilmu pasal harta warisan mesti ada.. yang aku bimbang, waris lelaki yang dulu menghilangkan diri tetiba datang mintak harta 2/3 (tidak terbabit dalam citer nie)

  • beliamuda March 27, 2010 at 7:19 pm

    kalau bab harta ni, mmg pasti akan menjadi rebutan. al-Fatihah untuk Angah.

  • Jaws March 27, 2010 at 9:48 pm

    cerita betul ke ni?
    sadisnya…
    hurm…
    tak feel harta pusaka ni..
    feel harta yg kita cari sendiri..

  • Dr House March 27, 2010 at 11:00 pm

    Kalau buat wasiat, memang xde yang boleh bangkang dah.

  • titan March 28, 2010 at 12:14 pm

    tak hairan. orang sekarang memang bab harta nih susah nak cakap. Benda ni masalah universal. Kalau kat negara luar, sampai berbunuh-bunuhan untuk dapatkan harta keluarga..

  • fiezaradzi April 1, 2010 at 5:17 pm

    mmg byk kes berebut harta ni.. de tu, lum lagi pergi insan tu, sibuk dgn harta nye.. moga kita tak tgolong sebegitu..
    nak harta, carilah sendiri kan…itu lebih bmakna..jgnla sbb harta, habis hubungan adik beradik…

  • syahirul April 12, 2010 at 12:15 pm

    al-fatihah… bodo tol manusia yg berebut harta tatkala kubur masih merah agi.. langsung tak menghormati si mati.. takziah menteil..

Tinggalkan Pesanan:

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog