Testimoni

Testimoni

“Blog ni pun aku tak ingat macam mana boleh jumpa. Seronok aku baca entri blog ni. Macam-macam ada.” – Zharmin

“Tengok aja facebOok si pembuli ini, pelik-pelik kan dalam tuh? Tumblr beliau pon sama aja .. pelik ! tapi follow jugak ? masalah betOl kan?” – Azhani Ali

“Kawan yang ni la yang mula-mula buat aku terjebak dalam dunia blogging/alam maya. 4 tahun lepas kot..” – Ashraf Latif

“Dalam pengembaraan saya dari blog ke blog, saya berkenalan (diperkenalkan) dengan seorang blogger muda ni : menteil. I like his blog. Sebab? Sebab dia muda tapi dia jaga penulisan dia.” – Itawazi

“Antara sumber inspirasi aku dalam dunia blogging yang bagi aku nak self-hosted nie justkhai dengan menteil la.Korang memang sempoi la beb.Tambah tambah menteil . Kau la blogger paling tak sombong pernah aku jumpa. Puji nie heheh..ikhlas.”  – Nik Amirul

“Seorang yang mula-mula aku rasa ada sakit mental rupanya beliau normal. Penulisan yang bagus dan mempunyai point untuk disampaikan kepada pembacanya. Tidak hipokrit dan meluahkan apa sahaja terlintas di fikiran dan hatinya.” – Jerung Perkasa

“Telah mengenali dia bertahun jugak, was like a brother to me. Though manjang nye cam bercakaran. Blog dia cool. Jadi, Jeram? aku nak banjer ni? Tak nak sudah, jangan la merajuk lama-lama sangat. Aku tak tau pulak aku unfollow twitter ko..alaaaa apa ko kisah sangat.. aku kan bukan sapa-sapa. Dia adalah Menteil.” – Wanie

“Penulisan dengan gaya bahasa yang sungguh baik, dalam pada masa yang sama tidak panjang berjela atau membosankan. Sering membawakan topik-topik yang menarik dan segar, sentiasa boleh buat aku memberi komen yang panjang berjela juga. Banyak tip-tip dunia blogging dan internet yang menjadi panduan ketika aku baru bermula lebih setahun dulu. Yang paling menarik, dia boleh membawakan isu atau persoalan semasa/sosial menjadi perbincangan di blog.” – Hurulaini

“Tak lupa juga Encik Meintel dengan blognya yang begitu bermakna bagi sapa yang pandai selaminya. Ini baru kata orang lama berblogging yang berfaedah, bukan blogging lama tapi hampehss…” – Luth Textile

“Ini pulak real punya Minda Bercelaru dari orang kita untuk versi Bahasa Melayu. Saya memang cukup suka blog-blog yang melahirkan pemikiran yang kreatif. Laju jer jari jemari nak berkomen. Kadang-kadang… sampai komen terpanjang dari artikel pon ade. Terlampau “Passion” (ghairah) bak kate Omputeh. Memang cukup seronok baca blog si Menteil neh.” – Azman Ishak

“Macam saudara menteil. sapa tak kenal beliau. Aku dulu zaman tok kadok rajin baca blog dia sampai la satu masa dia stop sekejap dari menulis dan sekarang dia dah start blogging balik. Tahniah pada beliau.” – Roslan Nazri

“Kadang-kadang, diya rasa menteil ni ada sikit persamaan dengan diya. Dan kadang-kadang jugak diya nampak menteil – diri diya tapi dalam versi lelaki. Hahaha. Mungkin sebab tu, tak susah untuk diya suka dengan apa yang dia tulis.” – Diya

“Jadi, sesebuah blog itu akan nampak kemas dan rapi. Disebabkan faktor kemas ini, hari-hari saya melawat blog Nadia Yuna dan Menteil. Blog mereka kemas menurut pendefinisian saya tadi. Warna pilihan juga menepati citarasa.” – Sarah

“InsyaAllah dengan kesedaran yang diberikan Menteil dalam blognya akan jadikan aku seorang yang murah dengan salam.Thanks Menteil.” – Amirez

“Oh ya, kalau tak silap mental aku ni lagi, ketika aku mula mengenali blog menteil, aku sungguh meminati template blog kau yang berjalur jalur hijau. Maknanya, kau sudah capture pandangan pertama mata dengan layout cun dan ceria itu” – Halym

“Aku ingat nama menteil digunakan utk mewakili mental.. juge menyebabkan aku selalu sangat salah eja id dia mentail.. selalu juga dia marah sbb salah eja nama dia.. maka jelaslar menteil ini sangat sensitif orangnya..padahal itu id dia jek..bukan nama dia pun.. kesimpulannya aku PASTI si menteil ini jenis hati tisu.” – Wanie

“walao ape pon,aku tetap respect kat hasil penulisan dier….kire dier ni bleh d ibaratkan dokter centa lar…dr myteam hingga lah ke blog….dier cukup suke bercerita hal2 centa….aku sukekan dier….punye tulesan…..” – Afeera

“Setelah sekian lame meneliti blog beliau… Baru ku tahu yg die ni seorang yang berjantinakan lelaki… Lalu aku terjatuh cinta!!! (erk… bukan dengan beliau… tetapi page beliau, ok!!!) Kenapa aku boleh jatuh cinta…. ouh… Page beliau sangat la cantek!!! sangat la tersusun!!!” – eni

“Sesapa yang tak pernah lagi jejak kat blog dia, silalah berbuat demikian. Eceh. Aku suka dengan blog dia. Blog die kemas je. (Menteil. Sile kembang. =P) Tapi dia suka bertukar background color. Pastu color yang die pakai pulak sume jambu-jambu. Pink la biru la kuning la. (Wei! Ko ni jambu ey Menteil? =P)” – Dieyla

“Boleh tahan jugak penulisan mamat sorang ni.. tak heranlaa blog dia ni ramai jugak orang berkumpul. Kalau tanya aku tentang pengisian blog dia. emm.. boleh tahan bagus dan yang pasti ia tak mencelarukan minda…” – Nuaeman

“Banyak juga kisah tentang cinta di buat dalam blog tu dan kemungkinan wujudnya emosi yang sensitif yang terdapat dalam diri menteil membolehkan dia membuat entri sedemikian. Tahukah anda, pernah pengomen lain menjadikan menteil Dr. Love? Hmm, jadi ada masalah cinta pergilah bertanya kepada menteil. Dia pakar.” – Taukey

“Aku tak tahu kenapa dia celaru begitu. Mungkinkah mindanya bermasalah? Aku tak tahu. Tapi, blognya yang kemas dan cun itu, langsung tak mencerminkan kecelaruan mindanya. Dia seorang lelaki, tapi blognya agak jiwang. Oh, harap-harap dia tak mengalami kecelaruan jantina. Aku tahu, dia memang lelaki sejati.” – Hairul

“Kalau tak silap aku Menteil ni adalah bermaksud seorang yang manja atau ngada-ngada. Biasanya seseorang tu digelar menteil tu bila dia terlalu manja dengan orang yang paling dia rapat. Mungkin keluarganya. Atau kekasihnya. Mungkin juga sahabat baiknya sendiri meskipun sama jantina.” – PakciQue

“Dia nih kalau aku tanya apa-apa… mesti dia jawab ikut sukati dia… hampeh… tapi demi ilmu di alam blog…aku tabah an hati, cewah… poyo lak! Dan daripada dia nih lah aku kenal dunia blog… baru lah aku tau “blog” itu apa kegunaannya… hahaha. Tenku lah sir!” - Syzn

“Sebenarnya aku sudah lama kenal dia, dia dulu sama macam aku selalu aktif berforum. Nampaknya kini kami beralih kepada blog sepenuh masa. Mungkin blog kami berbeza, dia lebih lebih suka bercerita tentang kepenatan kerja seharian, pandangan tentang isu semasa dan layout dia sedikit kearah feminim.” – Marzuki

Artikel Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Langganan Blog